2010 sentiasa diingatan,
hati menyimpan seribu rasa,
minda terasak pelbagai kenangan.
Sekadar menyimpul kata sepanjang perjalanan 2010.
Apa yg telah kulalui...kenangan terindah dalam hidup...suka duka...pengalaman jadikan pengajaran....yang buruk, jadikan sempadan....yg baik, jadikan ikutan.
Apapun yg telah berlaku sepanjang 2010 sgt memberi impak besar dalam hidupku.....menjadikan aku lebih tabah dan tenang dalam menghadapi kehidupan....sehari umur bertambah...sehari jua pengalaman tercipta...apa yg telah berlaku takkan berulang seperti apa yg telah terjadi...ia akan hadir dengan cara yang berbeza.....namun berdasarkan pengalaman...kita perlu waspada menanganinya dengan cara yg berbeza juga...
2010...macam2 hal berlaku dalam hidupku....dan ada ketika aku rasa seperti tak mampu lagi menghadapinya...namun, kembalilah ke jalanNYA...insyaAllah penyelesaian ada di depan mata. 2010 benar2 menguji hati dan perasaan. Alhamdulillah segalanya dapat kulalui dengan tabah.
2010......impian nak menukar kerjaya tidak kesampaian....tapi akhirnya aku bertukar tempat kerja...haha...segalanya ketentuan Allah. Aku terima dengan redha....sesuatu yg tidak dirancang tapi perlu dilaksanakn dgn penuh dedikasi.
2011 bakal menjelang sedetik cuma....kuharap kedatangannya akan lebih membawa sinar dalam hidup kita semua...Semoga 2011 aku menjadi insan yg lebih baik...menjadi ketua yg dedikasi...dihormati dan disegani...yang boleh bertindak serasional mungkin dalam menangani pelbagai permasalahan yg mungkin berlaku (aku dah nampak beberapa masalah yg perlu diselesaikan segera...huhu)...
2011 menjelang tiba,
kehidupan baru tambah ceria,
anjakan paradigma perlu dibina,
transformasi diri harus bermula.
Salam Tahun Baru....dari saya buat semua...
(",).. :x