Memaparkan catatan dengan label Catatan Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Diri. Papar semua catatan

Khamis, Disember 20, 2012

Salam 20122012

Assalamualaikum wrt. wbt...

Berzaman sudah kutinggalkan arena penulisan blog ini...atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan...ceh ayat skema ni..emmm.

Okay, hari ini tergerak untuk meninggalkan sedikit catatan memandangkan tarikh hari ini dirasakan cantik jugak...[tahun ni banyak tarikh yang cantik2 kan...antaranya 12/12/12....1/2/34...dan hari ini 20/12/2012] set no telefon cantik jugak...tapi mesti mahal yg amat...

Sebenarnya takdelah yang istimewa sangat dengan tarikh hari ini. Setelah sekian lama menyepikan diri, tetiba tergerak pula untuk menulis malam ini. Itupun kerana ada sebab jugak. Kalau tak, takkan adalah coretan ini.

Sepanjang beberapa bulan yang telah berlalu, banyak sangat  perkara/peristiwa yang telah dilalui...kebanyakkannya 'menyakitkan' jugak...memerlukan ketabahan yang sangat tinggi dari dalam hati dan jiwa...apa nak buat...nama pun hidup sendiri, justeru kenalah hadapi semuanya sendiri...apapun Alhamdulillah sangat sebab semuanya dapat dilalui dengan perasaan redha menghadapi segalanya. Makanya, cuti sekolah kali ini masa telah digunakan sepuasnya...sepenuhnya dengan cara aku sendiri.

Terima kasihlah  kepada anak saudara Alya Nur Najiha yang sudi menemani aku kemana saja sebagai memenuhi acara 'percutian'ku...Emmm selepas ini takde kawanlah aku, sebab berdasarkan keputusan peperiksaan UPSRnya yg cemerlang memungkinkan dia menghuni mana2 sekolah berasrama...mudah2an cita-citanya nak jadi doktor tercapai...In Sya Allah.

Rasanya cukuplah dulu. In Syaa Allah...ada kesempatan akan ada coretan lagi dariku...Wassalam.

Isnin, April 02, 2012

Hari ini dan esok

Astagfirullahalaziimmm...rasa nak marah dengan semua orang....apa ke halnya ni...takkan lah kerana 'nila setitik rosak susu sebelanga'. Selalu cuba untuk tidak membenarkan peribahasa itu...tapi apa yg berlaku hari ini...benar2 membuatkan perasaan jadi macam itu...geram...sebal...kecewa...semua rasa ada....duhai hati, tenanglah....

Semakin kucuba untuk melupakan, semakin kuat ingatan itu hadir. Kesal sungguh. Ya Allah, ampunilah aku.

Esok, semoga segalanya kembali pulih. Esok semoga semuanya baik2 belaka. Esok semoga hatiku kembali tenang...damai dan sabar menghadapi segalanya. Semoga esok lebih baik dari semalam. Semoga esok merupakan hari terindah kembali dalam hidupku.

Sesaat kau datang
sesaat kau hilang
kemunculan dirimu penuh misteri..
sungguh kejamnya dirimu.

(".)


Rabu, Mac 07, 2012

Sebulan Yang Berlalu..

Bertemu kembali...

2012 nampaknya merupakan tahun malas nak mengupdate blog...banyak benar kekangan dan rasa kemalasan melanda. Hari ini rasa rajin pulak nak menulis. Tulis apa ya? Emmm sepanjang sebulan berlalu...banyak benar yang dialami. tak mampu untuk dicurahkan di sini. Segalanya berkaitan hati, perasaan dan pekerjaan. haha buat suspen je kan. Apapun segalanya dapat dilalui dengan baik. Alhamdulillah.

2 hari lagi cuti...dan untuk pertama kalinya cuti akan dilalui tanpa melibatkan kerja2 sekolah. Ingin bercuti sepenuhnya sebab tak mahu pisang berbuah 2 kali...rehat itu penting. Tak mahu dah menjadi penghuni wad mana2 hospital. meskipun hanya 2 hari, serik rasanya...kecuali kalau terpaksa atau berehat bersantai tanpa sakit...ala-ala percutian gitu. Tapi ada ke? Bukanlah teruk sangat kalau kena tahan di wad tu...tapi bila kena cucuk sana sini...ambil darah...masuk ubat...huhu sakit...telan pil ok lagi..serik sungguh.

Dalam masa sebulan ini, sesuatu yang hilang muncul kembali....tapi aku rasa keliru..serba salah. Aku takut disakiti lagi. Namun, berkat kesakitan itu, aku kini lebih pasrah dan redha menghadapi segalanya. Semoga aku sihat sentiasa zahir dan batin, rohani dan jasmani...Amiiin.


(",)



Sabtu, Februari 04, 2012

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wrt. wbt..

Lama sungguh tak bersiaran...eceh. Ermm..sebulan adalah satu tempoh yang sememangnya lama. Biasalah, awal tahun sesi persekolahan, macam2 tugasan perlu disediakan. kepenatan sangat dirasakan kerana terpaksa menhadiri mesyuarat hampir saban petang...tak termasuk latihan rumah sukan...Saat dan tika ini pun, tugas tak habis-habis. Persediaan awal tahun telah lengkap (apa lagi buku rekod mengajarlah). Menjengah bulan februari...kelas tambahan akan bermula, ujian diagnostik juga perlu disedia. Persediaan harian tentulah agenda utama. Hurm..memang takkan habis. Apapun, diiringi dengan keikhlasan, segalanya tidaklah dirasakan beban. Alhamdulillah segalanya dapat dilalui dengan mudah. InsyaAllah.


*************************************************************************************

Alhamdulillah juga, hari ini aku masih bernafas...diberi Allah nikmat untuk meneruskan kehidupan....menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Diberi Allah kesihatan yang baik untuk mengharungi liku2 kehidupan.

Semalam 3hb Feb, genaplah usiaku setahun lagi....TERIMA KASIH kepada semua....sahabat handai....anak2 saudara.....anak2 murid....atas ucapan dan doa kalian. Semoga Allah membalasnya. Pada ulangtahun kali ini, hadiah yang sangat bernilai adalah doa supaya saya sentiasa sihat...semoga ada juga sihat. Ingatlah lima sebelum 5....dan salah satunya, sihat sebelum sakit.

Walaupun, saya pernah ditahan di wad tidak sampai 48 jam sebulan yg lalu, tetapi pengalaman itu sangatlah membuat saya sangat serik. Mungkin tidak jika sekiranya saya hanya berehat di wad...tetapi menjalani pelbagai ujian itu yang membuatkan saya tidak sanggup. Semoga saya sihat walafiat zahir dan batin.

Semoga saya sentiasa tabah menghadapi segala ujianNYA.

*************************************************************************************

Ops...sesuatu berlaku semalam...samada kenyataan atau sekadar mimpi. Benarkah apa yang saya dengar? atau sekadar ilusi. Biarlah keadaan yang menentukan. Pasrah pada ketentuan. Segalanya adalah Rahsia Allah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Semoga saya dipelihara daripada sebarang musibah. Semoga hati saya terhindar daripada rasa gundah.

Yang utama, semoga impian saya jadi kenyataan...yang antaranya, ingin segera menjejak kembali ke Baitullah, solat dan berdoa di Hijr Ismail, bermunajat di Masjid Nabi dan Raudzah...oh alangkah indahnya saat itu.



(",)


Khamis, Januari 05, 2012

Ujian yang berlalu

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan lagi usia untuk terus berbakti di dunia di samping mempersiapkan diri untuk akhirat.

Sebulan lebih tidak menulis apa2 entry dan pagi ini terpanggil untuk mencoretkan sesuatu.

Alhamdulillah. Allahuakbar. Dengan izinNya dapat saya menulis lagi di sini. Sepanjang disember keadaan sangat tidak menentu..sepanjang 16 tahun menjadi seorang guru, disember 2011 adalah cuti yang paling sibuk saya rasakan. Namun alhamdulillah segalanya dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Dan sepanjang 16 tahun menjadi guru juga, januari 2012 lah kali pertama saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada hari pertama persekolahan. Fuh! kenangan terindah kan? Hehe...walaupun terpaksa melalui pengalaman berada di wad. Dan itu pastinya terindah.

Pertama kali di tahan di wad, hanya 2 hari saya terpaksa melalui pelbagai ujian pengesanan.....ECG, Xray, MRI, CT scan... sungguh2 pengalaman terindah wpun perit...ermmm hanya kesabaran dan ketabahan bertahta di hati.

Walaupun terpaksa melalui semua ujian itu, saya sangat berpuas hati kerana mengetahui apa yang selama ini saya alami. Ada sedikit masalah dikesan namun tidaklah begitu serius. Buat masa ini tidak perlukan pembedahan tetapi perlu ubat2an. Segalanya kesan daripada aktiviti semasa kecil. Semasa kanak2 dulu saya pernah jatuh terhentak di bahagian kepala. Dan luka itu meninggalkan parut yg memberi kesan kepada saraf...sebab tu selalu migrain...huhu. So doktor kata kena kawal perasaan supaya tidak tertekan. Dengan lain perkataan kena bertenang sentiasa....Semoga saya mampu lakukannya. InsyaAllah.


Ok. oleh kerana saya dapat cuti untuk merehatkan otak...maka adalah masa untuk saya menulis entry lagi..

Sehingga itu, stop dulu. Masa untuk makan ubat sekarang...bye.

(",)




Isnin, November 21, 2011

Selamat Bercuti

Alhamdulillah. Setahun telah berlalu. Kujalani hari-hari di sekolah baru dengan pelbagai cara untuk mendekati mereka. Pelbagai teknik dan kaedah P & P telah dibuat. Namun harus kuterima hakikat bahawa sekolah lama takkan pernah sama dengan sekolah baru (merujuk pelajarnyalah). Terbukti persekitaran kawasan, sosio ekonomi keluarga, latar belakang keluarga, pekerjaan ibu bapa, rakan sebaya memberi pengaruh besar bagi seseorang pelajar dalam tingkah laku dan peribadi masing2. Semangat dan azam untuk mencapai kecemerlangan juga dipengaruhi faktor2 berkenaan. Apapun, sebagai guru aku telah berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Tahun hadapan, insyaAllah perjuangan akan tetap diteruskan. InsyaAllah diharap akan jadi lebih baik nanti. Baik untuk diriku juga untuk anak muridku. Kelemahan telah dikenalpasti. Kecemerlangan harus digapai walau apa jua keadaan yang bakal ditempuhi.

Dikesempatan ini, diucapkan selamat bercuti buat semua warga sekolah, walau di mana jua anda berada...samada di Malaysia mahupun Singapura atau mungkin juga di seluruh Asia Tenggara. ;)

Sekian. Hingga bertemu kembali.

(",)


Khamis, Oktober 27, 2011

Makan lagi...;)

Waa....ia makan2 lagi. Setelah bercuti 5 hari! hari ini hadir ke sekolah dengan jiwa yang berbeza....seawal 5 pagi dah bangun untuk menyediakan 'sarapan' untuk kawan2. Plan awal kami nak buat 'makan-makan' hari ini dengan menu ubi rebus....tapi apakan daya, ia hanya perancangan. Bila kawan yang sepatutnya menyediakan ubi rebus terlupa untuk menyediakannya, maka aku yang telah siap menyediakan sambal tumis terpaksa menyediakan makanan utamanya....on the spot yang terlintas hanyalah lempeng...atau omputih kata 'pancake'. Alamak...lempeng akan menjadi lebih enak jika ada kelapa..atau sekurang2nya santan....tapi tiada stok pula di rumah. Oleh kerana dalam peti ais ada susu segar, maka susulah penggantinya...hasilnya sangat memuaskan....sedap dan enak sekali...nyum...nyum. Tambah2...kengkawan pun kata sedap...hinggakan tuan punya tak dapat merasa...tak apa, asalkan kawan2 puas hati....hehe. mengelak kempunan, petang, sekali lagi buat lempeng untuk makan malam. PUAS.

Dan esok....makan-makan disambung dengan menu asal....Ubi rebus....;)

(",)

Ahad, Oktober 23, 2011

Mood Makan-makan

Alhamdulillah. Setelah beberapa minggu dalam ujian....ujian hati dan perasaan, hari ini aku bangkit dengan kekuatan....kekuatan hati dan perasaan. Semoga aku redha dan mensyukuri nikmat kurniaan serta diberkati Allah sentiasa.

Hari ini terasa-rasa ingin melakukan aktiviti yang biasa aku lakukan hanya semasa cuti persekolahan yang panjang. Aktiviti masak memasak...;). kiranya, hari ini dalam cuti yg 'agak panjang' jugalah kan...Apakan tidak, hari ini ahad....cuti sampai hari rabu, so panjanglah tu....hehe.

Pepagi hari aku mulakan dengan jemput-jemput sepinggan lengkap...Ini istilah dalam sukatan pelajaran KHB. Bila mana menyediakan satu jenis masakan yang terkandung segala macam khasiat...protein...sayur...kabohidrat...maka dinamakan sepinggan lengkap. So menu pertama hari ini menyediakan jemput2 yang mengandungi segala macam bahan yang perlu....alamak! dalam kecoh2 kat dapur tu datang pula permintaan nasi goreng daripada budak2 kecik kat rumah ni....so dengan segeralah pula menyediakan nasi goreng istimewa untuk mereka. Istimewalah sebab dapat buat dengan segera...(mcm kat kedai pula rasanya). Usai menjamu selera....berehat sebentar menonton video...haha...santai sakan.

Tengahari.....menu ringkas aje...sup sayur...ikan cencaru goreng....dan bilis masak kicap. Taklah makan banyak sangat sebab perut dah penuh dengan jemput2...

Belum lagi hilang rasa kenyang, tekak terasa pulak nak makan bubur...segalanya bermula selepas terjumpa sepeket sagu dan gula melaka semasa mengemas almari. Apa lagi terus aje masak gula untuk dibuat bubur...so untuk melengkap rasa dan memenuhi permintaan budak2 kecik...terpaksalah suruh anak sedara pi cari pisang (kena beli ler sbb takda stok...haha). Sekejap jer....siap dah bubur pisang sagu. Santai sungguh agenda makan2ku hari ini. Dah penat2 masak tu lupa pulak nak snap gambar buat tontonan. Tak apalah yg penting dan selamat masuk dalam perut...hehe.

Ops...oleh kerana seharian penuh dengan makan2....lewat petang kenalah exercise untuk membakar semua kalori yang dah dikumpul seharian. Apalagi cubalah berbasikal pulak di sekitar rumah....sambil2 bakar sampah. berpeluhlah jugak...harap2..habislah segala kalori dan lemak yg terkumpul sehari ini... OK. ketika n3 ini ditulis...terasa pulak laparnya perut...haha.

OK sehingga jumpa lagi. InsyaAllah n3 akan dtg akan disertakan sekali dgn gambar. boringkan takda bahan bantu ni...

(",)

Ahad, Oktober 09, 2011

9.10.11 @ Indah

Hari ini...Ahad. Tarikh yang sangat indah...justeru kuabadikan dalam Yang Terindah. Semoga hari-hari mendatang dalam hidupku menjadi hari-hari yang indah. Semoga hati dan emosiku juga indah...Semoga segala-galanya akan menjadi indah-indah belaka...Semoga aku mampu menghadapi segala yang tidak indah menjadikannya sebuah realiti yang indah.



Impian untuk memilikinya...semoga jadi kenyataan indah. InsyaAllah.



Kerana nilai sentimentalnya, ia telah dihadiahkan kepadaku. Terima kasih untuk semua kenangan itu. Biarpun pahit, akan kutelan jua.


Aku yang lemah tanpamu

Aku yang rentan karena

Cinta yang telah hilang darimu

yang mampu menyanjungku....


Bila yang tertulis utkku adalah yg terbaik utkmu

kan kujadikan kau kenangan

yg terindah dalam hidupku

namun takkan mudah bagiku

meninggalkan jejak hidupmu

yg telah terukir abadi sbg kenangan yg terindah.


Bukit Indah akan tinggal kenangan.;)

(^_^)


Jumaat, September 30, 2011

Saat itu...

Saat yang terindah itu takkan kabur sampai bila-bila...

Semoga Allah memberiku kekuatan menghadapi sebarang kemungkinan..

(",)

Selasa, September 27, 2011

Buku Kecil Berwarna 'Pink"

Assalamualaikum wrt. wbt.

Bertemu kembali dalam waktu terdekat. Alhamdulillah diberi kekuatan dan semangat untuk menaip entry pada malam ini....;0.. tetiba pulak timbul kerajinan untuk menaip malam ni....hehe

Semalam, ambil CRK sebab dah tahu pasti akan kepenatan sekembalinya dari Klang. Memang penat sangat sebab lebih kurang jam 12.30 tengah malam baru sampai rumah (hampir jam 8.00 malam baru bertolak dari Klang).....

Hari ini, pergi sekolah macam biasa walaupun masih dalam keadaan lemah disebabkan kepenatan dan demam yang belum pulih sepenuhnya. Suasana sekolah macam huru hara sikit dek kerana 23 orang guru tidak hadir (MC, kursus dsbnya) ! Aduhai...kenapalah hujung2 tahun ni pulak nak diadakan macam2 kursus...tunggu awal tahun depan tak boleh ke? Sakit kepala tak larat nak dengar bunyi bising. Tetiba ada pulak helikopter buat latihan mendarat di padang sekolah. Semakin hingar bingar suasana. Masing2 macam jakun je keluar ke koridor sebab nak tengok heli tu...suara cikgu tenggelam dalam deruman enjin sang heli. Nak marah pun tak guna...so diam dan sabar ajelah...

Walaupun dah cuba untuk bertenang dan bersabar sepanjang hari, takdir yang tersurat tak dapat diubah. Petang, sebagaimana yang diperlukan dalam kad temujanji, aku menghadirkan diri di poliklinik...huhu terpaksa terima kenyataan bahawa tekanan darahku naik juga hari ini (padahal sepanjang bulan puasa dan syawal aku berjaya mengawalnya sehingga paras normal ). Nak jadi cerita kan, setiap kali ada temujanji mesti baru baik demam, atau tengah demam. Redha ajelah...dan lebih redha lagi bila kali ini aku terus dapat buku 3x5...Buku kecil berwarna pink itu sangat comelll...huhu. Takpelah. Kalau tidak, kesihatan sering terabai. kenalah berjaga2 nampaknya. Apa-apa hal pun, taknaklah makan ubat setiap hari. Cuba untuk menghadkannya. Dan untuk temujanji seterusnya....18 Januari 2012...wow..lama lagi...bererti, taklah serius sangat...ehe...

Oklah. Semoga kita semua dalam lindungan dan peliharaanNYA. Semoga kita sentiasa sihat dan dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh kesyukuran. Juga semoga hidup kita sentiasa dirahmati dan diberkatiNYA.

Wassalam.

(",)

Ahad, September 25, 2011

27 Syawal...

Assalamualaikum wrt..wbt...

Selamat bertemu kembali di pagi yang ceria ini...
Aduhai lamanya tak menulis apa2 entry...Sibuk ke? rasanya taklah sesibuk mana, tapi apa yang nyata sentiasa menyibukkan diri supaya tidak terbeban dan tension dengan perkara2 yang membebankan fikiran. Malas dah nak fikir macam2 hal, so buat2lah sibuk...itu yang terbaik buatku...huhu.

Pagi ni berada di Klang..hehe...lama sungguh tak keluar dari Johor. Jumaat selepas balik dari sekolah (sampai rumah dah pukul 2 sbb singgah bandar dulu), terus bersiap sedia apa yang patut. Tak sempat rehat dan melelapkan mata (mcm biasa lepas balik sekolah) pukul 3.30 terus bertolak...budget sampai paling lewat pukul 8 malam.....tapi kita sekadar merancang...tersilap keluar highway, dah tersesat sampai tol subang jaya....apalah. Terpaksa keluar balik dan masuk semula federal highway utk ke Klang (plan awal nak terus aje ke Bkt Raja ni )...dan oleh kerana badan dah tersangat letih, ditambah tetiba rasa macam nak demam sangat, otak pun malas nak fikir, so call aje anak sedara dan dia sukarela datang ambil dan kami tunggu aje dekat BHP Petrol. Akhirnya lebih kurang jam 9.30 malam barulah kami sampai di jalan zapin 13, Bandar Baru Buki Raja ni...Rasa macam nak pengsan sangat dah...

Sebenarnya inilah first time kali pi rumah dia sebab dia baru pindah rumah...dan kehadiran kami pun sebab my kakak nak buat open house + kenduri akikah cucu dia...

Eh sebenarnya bukan nak story pasal tu....kali ini nak kongsi keindahan sebab Allah masih panjangkan usiaku pada harijadi tahun hijrahku...Yeah....hari ini 27 syawal, ulangtahun kelahiranku....semua org pelik bila aku kata hari ini harijadiku....sebab semua dah set dalam minda bulan masihi kan....ermmm bukan salah ibu mengandung...haha.. Apapun, semoga hidupku sentiasa diberkati Ilahi dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhiratku. Semoga aku lebih tabah, sabar dan cekal menghadapi segala ujian dan rintangan duniawi. Alhamdulillah tahun ini aku dapat menyelesaikan puasa 6 pada minggu ke 2 raya. Dapat mengurangkan aktiviti ke bazar ramadhan semasa bulan puasa haritu...Semoga Allah panjangkan usiaku dengan aktiviti yang lebih bermanafaat ke jalan Allah. Amin.

Macam biasa, bila ketika harijadiku, tak kiralah bulan masihi (februari) atau hijrah (syawal) maka secara kebetulan aku akan demam...banyak tahun dah macam tu...Semalam sungguh tak bermaya....selepas minum 100+ dan telan panadol (bukan sekaligus tau....) barulah kebah sikit pagi ni. Kalau tak tak tahulah macam mana nak bawak kereta balik petang ni....esok plak sekolah...ops....hehe esok....awal2 lagi aku dah ambil CRK...yeah....cuti rehat dan bolehlah aku berehat sepuasnya di rumah esok...kalau tak pun, esok pagi baru balik. terpaksalah pulak hakimi ponteng nanti...

Eh...banyaklah pulak melalutnya. macam nilah kalau mula menaip. non stop. hehe.

OK. nak pi berkemas-kemas. Open house start 2 petang nanti. Jemputlah datang.

Sehingga bertemu kembali di ruangan ini..InsyaAllah. Ampun maaf atas segala salah silap.

Wassalam.

(",)

Isnin, September 05, 2011

Apabila ditanya...

Apabila ditanya tentang perkahwinan, maka JAWAPAN terbaik yang harus diberikan adalah :

- Kenapa Lambat? = Kerana Allah tau masa yang terbaik untukku.
- Dah Berpunya? = Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2.
- Siapa? = Nanti Allah akan perkenalkan kepada semua.
- Bila? = Bila kami sudah disatukan.. InsyaAllah jemput datang ke
Walimatul urusku nanti :)

- P/S: Janganlah selalu bertanya bila seseorang tu hendak berkahwin kerana semua rahsia DIA, terletak di tangan Allah... Sampai masa Allah akan membongkarkannya...

catatan di atas ikhsan dari wall fb seorang bekas pelajarku...haha...biasalah, bila raya, jumpa sanak saudara tentulah pelbagai soalan cepumas akan ditanya.../

*akupun sebenarnya dah letih menjawab soalan seumpamanya....orang yg bertanyapun macam tak faham2...buat2 tak faham...atau memang ungkal tak nak memahami org lain...mujur kesabaran sentiasa di hati..;)...dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA*


(",)

Jumaat, Jun 17, 2011

Aduhai kerja...

Dah seminggu skolah dibuka semula...macam tak cukup masa nak siapkan kerja yg bertimbun tambah...alahai...satu tugas tak habis...minggu depan sibuk dengan kejohanan olahraga peringkat sekolah pulak...lepas tu minggu satu lagi pelancaran 1 Murid 1 Sukan......minggu berikutnya perlu buat dan lancarkan bulan teknik vokasional....lepas tu...ujian penilaian 2...eh! ujian lagi...aduhai...pokok pangkalnya kena selesaikan segala macam aktiviti sebelum bulan ramadhan...tu yg mcm tak cukup hari jer...hehe. Tapi bagi diriku yang serba sederhana ini, hehe...dalam kesibukan pun masih boleh relak2... Yelahkan. kalau fikirkan kerja, sampai kesudah takkan habis. Dan kita kena juga rehatkan minda supaya tak terlebih fikir tentang kerja...stress nanti saya jugak yg susah...

Emm...ops...sorilah lum sempat nak publish cerita kembara HatYai...masih dalam penulisan..sabar key...;)

(",)

Sabtu, Jun 11, 2011

Bersyukurlah..

Salam pagi yang ceria...

Syukur, 2 hari lagi sesi persekolahan akan bermula...bererti dapat menikmati lebih kurang masa rehat selama 10 hari dengan agak baik walaupun agak meletihkan. Yang penting dapat merehatkan minda seketika dari hiruk pikuk persekitaran sekolah. Dapat dengar suara kicauan burung di pagi hari. Sungguh mendamaikan.

Apapun, pagi ni rasa nak post entry tapi belum ada idea nak menulis tentang kembara ke hatyai yg diikuti tempohari...dalam menelusuri fb terjumpa catatan ini di wall seseorang dan rasa nak berkongsi di sini....

BERSYUKURLAH...

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita
ada pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


Justeru, apapun situasi yang telah/sedang/akan kita hadapi maka bersyukurlah kerana itu menunjukkan bahawa kita masih mampu menghadapi segalanya dengan baik. Bersyukurlah atas segala-galanya, meskipun ia pahit untuk dirasa...kerana kepahitan dan kepedihan yang dialami itu menjadikan kita lebih tabah dalam meneruskan kehidupan. Sesungguhnya disebalik kesulitan itu pasti ada kemudahan...InsyaAllah.

(",)

Ahad, Mei 22, 2011

Special For Me??


Salam seindah pagi....

Entah kenapa 2011 ni malas betul nak update blog ni...terkadang tu idea banyak nak masuk kat dalam ni. Tapi bila dah terpampang depan mata...rasa malas tu mulalah timbul...banyak cerita2 yg dah tulis tapi tak publish dan akhirnya...delete sajalah. Tambahan, cerita tu semua bukanlah sesuatu yg penting utk dikongsi bersama.....ermmm...

OK. Pagi2 hari ni...bila check2 email...terpandanglah sesuatu
di sana...ops.....rasa tersentuh dengan iramanya....dan tetiba rasa nak abadikan sebagai entry kali ini. Kalau anda suka boleh dengar, tak suka tak apa sebab cukuplah saya saja yg suka...hehe.

Ia dari seorang kawan yang yg tak pernah ditemui tapi sangat mengambil berat dan prihatin...






(",)


Sabtu, Mei 14, 2011

Alhamdulillah...

Fuh! leganya.... ingatkan dah tak boleh meluah rasa...rupa2nya masih diberi peluang kedua...hehe. Begitulah kehidupan. Jika tertanggung sesuatu ujian, jgnlah berputus asa. serahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa. Dialah penentu segalanya...

Ok. hajat hati nak mencoret sepatah dua pengalaman menghadiri bengkel kelmarin, tapi tetiba balik dan membuka blog....sesuatu pula telah terjadi. So, terbantutlah idea...hilanglah kata2... Emmm petang ni sesaja jer check blog...tetiba boleh plak. Tp ketandusan ide plak utk menulis ptg ni....kecuali entry ini. Maka...stoplah dulu..kena cari kekuatan diri untuk menggarap ide yg lebih cun...haha. Mlm nanti barangkali... InsyaAllah.

(",)

Jumaat, April 29, 2011

Hari ini suaraku dah mula membaik.... Jika semalam, nak bercakap pun susah but today sudah ada sedikit dengung dihujung suara...Alhamdulillah kerana tak perlu menanggung ketidakselesaan ini terlalu lama...

Jumaat yang cerah ceria. Dah dua hari tak masuk kelas....hari ini diganti lagi sebab PK1 nak buat mesyuarat SPSK lagi...aduh! bersemangat betul PK baruku ini. Akupun jadi bersemangat juga akhirnya...hehe. Sampai aje di sekolah terus menyambung kerja2 mencetak maklumat...alhamdulillah beres juga akhirnya...tinggal memperbanyakkan data saja. Nampak gaya cuti 3 hari sempena hari pekerja...terpaksa juga aku bekerja...;)

Segalanya berjalan lancar hari ini. Kerja2 telah dirangka dengan baik dan teratur. Semoga segalanya berjalan lancar sebagaimana yg dirancang. Dalam pada kecerahan hari...hari ini, namun ada juga yg terasa dan terkena...ermmmm yg terusik hati yg memikir minda....sampai malam aku masih terfikir2 akan kata2 yg diungkapkan....takpe...kusemat jauh disudut hati. Menanam tekad dan azam utk membuktikan kecemerlangan.

Apapun...melalui tak semudah apa yg diungkapkan....dan hanya yang melalui akan mengerti....hanya org yg menggalas akan merasai berat yg ditanggung sementara yg memandang hanya boleh memberi komen dan/atau mengucapkan simpati...

(",)

Sabtu, April 23, 2011

Indah...

Ermmmm...
hari-hari kulalui dengan penuh kesyukuran...bahawa masih diberi kesempatan untuk memperbaiki kesilapan diri...

Alangkah indahnya hidup ini andai ada insan yang mewarnai hari-hari yang terindah menjadikan ia lebih berseri...ceria dan bahagia...semoga...

(",)

Jumaat, April 15, 2011

Singgah je ;)

Hai....Assalamualaikum semua...

Lamanya tak menulis kat sini...pasti yang selalu menjengah tertanya2 kenapa saya menyepi...bukan sengaja atau melupakan...tapi kekangan masa membuatkan saya tak berupaya mencoret apa2 n3. Aduhai...sedang hati meronta2 untuk menulis....

APRIL....bulan yang sangat sibuk....banyak tugasan perlu dibereskan...perlu disiapkan...date line semua tugasan dlm bulan april...mei.....huwaaaa...penat...letih....Sepanjang 2 minggu yang berlalu, paling awal sampai rumah jam 4 petang...letih...mlm for sure tido awal....huhu.....petang tadi sampai rumah jam 6.30 ptg.... buat apa aja ntah.....yg pasti semua yg dilakukan utk skolah tercinta...(-^-)

oklah. rasa mcm mengantuk sangat. tido jelah. Esok mcm nak pi pasar lambak. Dah lama tak jalan2 kat pasar lambak tu... oklah semua. Sehingga bertemu kembali...
(ntah apa sebenarnya yg hendak disampaikan....aku sndri tidak mengerti...;( )

(",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...