Memaparkan catatan dengan label PERJALANANKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERJALANANKU. Papar semua catatan

Selasa, Disember 15, 2009

Sarawak 2 - 10 Disember 2009

Taraaa.........sebagaimana yang dijanjikan....saya coretkan sedikit ilustrasi perjalanan sepanjang percutian selama 8 hari di Kuching Sarawak.....

Percutian ke Kuching kali ini sebagai nak mengambil peluang sementara anak sdra kami Mohd. Saddeq masih ada rumah di sana....so savelah budget nak sewa hotel....bermula feb atau mac tahun depan (selepas isterinya Sarah habis pantang) mereka akan berpindah ke Shah ALam....dah beli rumah pun....


Dalam kereta nak pi Senai Airport....Najiha yg begitu excited nak naik kapalterbang

Kat Pasar Satok Pagi Ahad....tu kakakku tgh tanya macam mana nak guna bumbu (bumbu tu kawan saya yatie yg tengah pregnant pesan....)

Najiha boring lama sangat...Asyraf dok gelakkan mak dia sebab mak dia ckp sarawak..

Balik dari Santubong....minta driver singgah kejap atas jambatan tu sebab nak amek gambar berlatarbelakang Gunung Santubong...tapi part kepala dan kaki tak dapat...hu...hu... Thanks to driver yg sgt sporting itu...


Kat Depan Kg Budaya...selepas tak kesampaian hajat nak masuk dalam (tiket mahal tuu..dewasa Rm60, kanak2 Rm30.)
...kakak saya ajak amek gambar kat tepi shuttle bus tu...kelakar jer...



Ini antara buah-buahan yang hanya boleh di dapati di Borneo.....Yg mcm durian tu buah terap....dalamnya mcm isi durian belanda....sedap....buat cekodok lagi sedap.....yg layu kuning tu depa panggil buah delima....tak berapa ingat isi cam mana tp warna putih jugak .....saya tak ingat sebab tak berapa suka......satu lagi tu buah mangga....rasa mcm mangga epal....
Ada 2 jenis buah lagi yg sedap dan popular di sana...paling popular buah dabai...macam buah kurma....cara nak makan kena rendam dengan air suam kuku.....tp takleh lama....dah lembik boleh makan...atau buat ulam dengan nasi panas....atau boleh buat nasi goreng.....atau kalau dah jadi lembik mereka simpan dan boleh cecah dengan ikan....sedap gaknya....
Satu lagi buah tampoi...warnanya kuning...kulit tebal isi seciput je....isi pun warna kuning macam durian...tapi rasa macam rambai...kalau makan telan dgn biji2nya sekali....org yg jual tu kata buah tampoi kaya dgn vitamin D......saya pelik gak....kat Johor takde plak jumpa buah tampoi.....


Gambar atas ni kakak dan abang ipar saya...kami dari water front nak pi makan kat Top Spot....tempat makan paling best (kata anak sdra...)...tu kakak saya dah penat mendaki bukit....sebab tu dah kena heret dgn abang ipar....kerana kami semua dah jauh ke depan....he...he...


Sebelum keluar....Najiha sempat berangan macam org kerja kat office....ish! dia ni memang suka berangan....tu kat office anak sedara saya...Mohd. Saddeq...he...he...office dia kat rumah je...

Ni saja nak tunjuk yang majoriti orang Sarawak masih menggunakan parabola untuk mendapatkan siaran tv antarabangsa....yg tak pakai parabola baru mrk guna astro .....gambar ni diambil di belakang rumah anak sdra....dia guna astro je....huk...huk...


Bersantai di Tribal Remedy Spa....fuyyo...pegi spa tu....gambar tu semasa tunggu kakak saya buat urutan refleksology kaki....masa tu saya pun baru lepas buat fish teraphy dan facial....facial kat MZ beauty twin lagi best dan relaks...

Najiha dan Syaza masa ni tengah frust tak dapat tengok Delima (orang utan kat Semenggoh) Delima tak nak keluar sebab ramai sangat orang....mungkin kerana dia beranak kecil....takut manusia apa2kan babynya kot...he....he...tapi saya dapat gak tengok dari jauh...nak amek gambar tak sempat sebab dia 'mengamuk'....


Sesudah makan kat Top Spot gi Sarawak Plaza....sambil tu singgahlah kejap amek gambar kat "kuching2 tu"..tengok tu...mak kucing tengah berleterkan bapak kucing sebab biokan anak2 kucing bercakaran....bapak kucing buat muka selamba jek...mak kucing marah sebab 2 lagi anak kucing tak dapat masuk gambar....2 ekor anak kucing merajuk...ada kat belakang mereka....
he...he...he...best tak cerita kucing tu........cerita tu Najiha yang karang.....
pandai betul dia buat cerita...berimaginasi tinggi budak tu...

Haa..... inilah antara agenda utama kedatangan kakak saya dan keluarganya ke Sarawak....nak jumpa dengan pengasuh Asyraf masa kecil dulu...Nama panggilan Yam...nama sebenar Sabtuyah.....anak dia 2 je..seorang ting. 5 (tengah SPM) dan sorang ting. 1...
Kami pergi rumahnya selepas balik dari Santubong.....rumah dia kat Kg Demak Baru.... berhampiran rumah Taib Mahmud..(Menteri Besar Sarawak...eh masih ke?)......Yam jamu kami makan nasi....Wah! macam2 ada.....terubuk goreng...sotong goreng....udang goreng butter...kari ayam (ada pulak...)...dan yg tak pernah saya makan.....AMBAL.....sedap....sekali tengok cam buluh kecil rupanya spesis mcm kepah...eh...eh...ada satu lagi makanan Sarawak....bubur pedas....eh sedap jugaklah....alah...rupanya macam sayur lodeh....emmmm kenyang sungguh....Sebelum balik dia beri kakak saya sebijik kek Hati Pari....sedap kek tuh...


Ha....inilah tempat makanan orang2 utan tu.... sepatutnya dia keluar makan jam 9 - 10 pagi....tapi puas kami tunggu dia tak keluar....apa ke tidaknya orang ramai sangat...dah tu mereka ni sibuk berbual...so bising ler...manalah org tu nak keluar apatah lagi si Delima tu baru je bersalin....



Gambar atas tu kakak saya yg tinggal di S'pore...(Kak Yah)....kat Kuching ni umah anak dialah....dia suruh kami amek gambar dia tengah posing camtu...katanya 'konon2 pening kepala takdak duit nak masuk kg Budaya'....ha...ha...ha



Dengan Asyraf kat tangga muzium Sarawak....abis kat dalam takleh amek gambar...


Pelbagai jenis rempah dan bumbu yg dijual di Pasar Pagi Ahad di Satok


Kat Pantai Damai yang tak damai....masa ni bendera merah dinaikkan tanda amaran...keadaan laut tak menentu...masa tu ayer surut.... sebenarnya seminggu sebelum tu ada kejadian budak mati lemas kat situ sebab tu dilarang mandi-manda


Tempat ni namanya Pasir Panjang...org kampung sini panggil Pasir Pandak....terima kasih kepada driver van yg bawak kami ke mari....sebenarnya kami tak tahupun tempat ni apatah lagi plan untuk pergi ke sini....kalau tau....memang kami bawa bekalan untuk berkelah.....dan mandi manda...


Kawan saya Yati Dollah kirim beli bumbu...so kami pi pasar Satok semata2 nak cari bumbu tu....kesian kata kakak sebab dia pregnat....



Pintu gerbang sebelum masuk ke kawasan hutan tempat makan Orang Utan...
(ni dah keluar ni...)



Inilah rupa sekolah rendah kat Santubong.....SK Kg Santubong...kesian kan...masih papan lagi...teringat saya masa sekolah rendah dulu....inilah rupa bangunan kelas saya dulu kat
SK Sanglang...tapi masa tu pun dah ada bangunan batu sebuah...


Buruknya rupa....masa ni 5 minit pertama buat fish teraphy....geliiiii........
senget benget tudung....

Huh! sedap betul ikan2 tu meratah kakiku......masa ni tak geli dah...


Ni kat Matang Family park.....takde apapun kat sini...cuma ayer terjun tempat sekeluarga mandi manda....kami sesaja datang tengok.....Kakak saya kata tempat yg cantik pemandangannya ialah di Telaga Air....penghujung Matang...boleh lihat dgn jelas Gunung Santubong....mereka sekeluarga pergi...saya tak ikut sebab pergi Spa......
Okeylah ni dah nak balik.... flight delay setengah jam...penat tunggu..


Sempat lagi posing ramai2 sebelum masuk ke Balai Berlepas.....
SELAMAT TINGGAL KUCHING.....SEHINGGA BERTEMU LAGI NANTI....
(Entah bilalah agaknya...)
Tahun depan InsyaAllah nak gi Labuan....Brunei.....KK.....Tawau....pulak...he...he..

Isnin, Ogos 10, 2009

Kembara Pulau Pisang

Alhamdulillah... satu lagi impianku menjadi nyata tahun ini....
Tanggal 9 Ogos 2009 aku berpeluang menyertai perjalanan kembara PPJ ke Pulau Pisang. ALangkah seronoknya bila diberitahu aku berpeluang menyertai aktiviti kembara tersebut...terima kasih kepada kakakku Pn. Siti Hadijah dan Cikgu Rosli Bakhir yang memberi laluan buatku...

Alangkah seronoknya dapat merasa naik bot nelayan meredah lautan luas... teringat semasa kecil dahulu aku selalu ikut bapak menaiki sampan samada ke kebun atau menjaring ikan (dulu-dulu nak pi kebun pun kena naik sampan dan sungai sebagai laluan)Bestnya kenangan sewaktu kecilku. Tapi dulu sampan menggunakan pendayung dan tugasku membuang air yang memenuhi sampan. Kini, air yang memasuki bot akan keluar sendiri secara automatik melalui saluran paip yang telah disediakan.


Pulau Pisang....
Aku datang bersama harapan
agar tidak terlepas tangan
menjejak tapak yg lama ditinggalkan
warisan nenek moyang zaman berzaman
menggamit indah kenangan silam

Rabu, Jun 17, 2009

Indahnya Memori di Tanah Suci


Sehabis solat sunat di Hijr Ismail, sempat berposing di tepi Kaabah.




Di rumah Hj Bachok. Bapa saudara Hj. Abdillah.




Dalam perjalanan balik (ke Airport Jeddah) singgah solat zuhur di Masjid Terapung di Laut Merah



Pagi Jumaat di Baitullah





Masjidil Haram


Pertemuan tidak terduga di Jabal Rahmah. Bersama Kak Yati teman sekolah yang mengikuti rombongan umrah sykt yang berbeza.


Masjid Quba, Madinah.


Masjid Nabawi (Malam)


Masjid Nabawi dari hadapan(siang)


Sebelum berlepas ke Jeddah, transit di Sri Lanka (Brown Beach Resort)


Sempat posing kat CIQ- tak perasan sebenarnya tak boleh ambil gambar. Mujur polis2 Singapore tak perasan...


Assalamualaikum wrt. wbt.

Terlalu lama tidak berkesempatan untuk meng'update' blog ini. Bukannya tiada cerita-ceriti untuk dicoretkan...tapi masa dan idea yang tidak memberi peluang untuk berkongsi cerita.

Sekian lama menyepi...akhirnya kutemui titik terindah dalam hidupku sehingga kini[harapanku agar hari-hari mendatang akan lebih indah lagi]. Impian ke Tanah Suci akhirnya tiba jua. Tanggal 28 Mei 2009 aku memulakan perjalanan memenuhi undangan Allah dengan penuh rasa kesyukuran. Terima kasih Ya Allah kerana memberiku rezeki dan kesempatan itu. Semoga aku akan kembali ke rumahMu untuk ibadah Haj pula. InsyaAllah.

Bagi sesiapa yang telah berkunjung ke sana, pastinya tahu apa yang tersurat dan tersirat di hatiku. Tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata betapa bahagianya aku di sana. Kebahagiaan yang hanya akan tersimpan jauh dilubuk hati. Alhamdulillah atas segala kurniaan yang diberi oleh Allah. Setelah kembali...rindu jua bertahta di hati.
Kini tersemat dalam hati, suatu hari aku pasti berkunjung lagi ke sana...InsyaAllah. 28 Mei - 10 Jun 2009 sentiasa dalam kenangan



..

Sabtu, Januari 31, 2009

Holiday at Singapore


Masa ni tengah window shopping kat Joo Chiat, Geylang Serai. Tak banyak kedai yang dibuka. Almaklum cuti tahun baru cina....


Di hadapan balai berlepas...semasa menghantar anak saudara (Farhana) balik ke KL.


Salah satu panorama yang ada di Changi Airport. Hiasan dalaman ini hanya sehingga 31 Januari 2009..


Di bawah blok 237 (rumah kakak saya)


Lepas penat window shopping kat Geylang Serai, singgah makan mee upeh (Mee rebus tapi letak dalam upeh) di Bedok Corner. Harga $5.50. Semput nak menghabiskannya... makan 2 orang pun boleh.. tapi memang power. Sedap...



Assalamualaikum wrt. wbt. bertemu lagi..Lamanya tak menulis. Almaklum bila saja sekolah dibuka, maka banyaklah tugas-tugas yang menanti. Hinggalah nanti sesi persekolahan sampai ke penghujungnya. Tugasan tetap menjadi kemestian. Takkan berakhir begitu saja.

Sempena cuti Tahun Baru Cina, sekolah saya bercuti selama seminggu. Seronok! tapi yang tak bestnya kena mengganti.. Tahun ini tak seperti tahun2 sebelumnya di mana kami hanya bercuti selama 2 @ 3 hari untuk perayaan ini. Ini kerana pada tahun ini, dalam sejarah sejak sekolah dibuka.. Pengetua adalah berbangsa Cina...Walaupun bilangan pelajar dan guru bangsa Cina tak sampai 100 orang (jumlah pelajar dan guru 1300 orang). Nampaknya kenalah ikut boss baru... apa yang penting..CUTI..

Ok. Cuti kali ini saya ke Singapura pula. Bukannya tak pernah pergi, selalu.. tapi kali ini memang dah niat nak bercuti (means nak merehatkan minda). Anak saudara, Zaza dan teman saya Azlina turut sama. Seperti biasa destinasi adalah rumah kakak saya di Pasir Ris.

Rabu, Disember 17, 2008

Bercuti di Sarawak



Tempat ni namanya Serikin (terletak di sempadan Sarawak dan Indonesia). Setiap sabtu dan ahad ada banyak gerai dibuka (macam pasar lambak - kalau di Johor). Luas(panjang) kawasannya. Tak puas meninjau dalam masa 3 jam. Banyak menjual barangan dari Indonesia. Agak murah berbanding di Semenanjung. Jangan lupa berkunjung jika anda ke Sarawak.



Di Terminal Penumpang (Bot) Sibu...besar...macam di terminal bas kalau kat semenanjung.Bot-bot adalah untuk perjalanan ke kawasan pedalaman seperti kapit. Besarnya bot boleh memuatkan sehingga 150 penumpang atau lebih. Kerusi juga agak selesa (jgn terkejut kalau saya kata macam tempat duduk dalam AirAsia)serta berhawa dingin!




Bersama Kak Yah di depan Pintu Gerbang Sibu. Mercu tanda Bandar Sibu. Jauh perjalanan Kuching ke Sibu lebih kurang 450km (kalau tak silap). Mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan dgn kelajuan 100km sejam. Sepanjang jalan yang berliku bak ular dipalu.



Hari terakhir...sempat juga berposing kat replika 'Kuching' bersama Hakimi. Terletak ditengah2 bandaraya Kuching.


Kembali bersua...

Alhamdulillah... tenang sikit fikiran dan lapang dada selepas bercuti selama seminggu di Sarawak. Benar-benar saya merasakan 'cuti' tanpa memikirkan apa-apapun tentang sekolah...tugasan...e-mail...dan lain-lain. Selama seminggu berada di Sarawak (8 - 16 disember) apa yang saya buat hanya makan..tidur....menonton tv...dan berjalan-jalan...emmm shopping pun tidak tau...cuma window shopping jer.. he..he


Sebenarnya saya ke Sarawak tu cuma mengikut kakak saya dan suaminya. Mereka ada hal untuk diuruskan. Turut sama Muhd Hakimi, cucu saudara saya merangkap cucu sulong kepada kakak. Kami menginap di rumah anak saudara (Mohd. Saddeq) di Taman BDC, Stampin.


Hai...entah bila lagi saya akan dapat menjejakkan kaki ke sana. Kedatangan kali inipun selepas 19 tahun meninggalkan bumi kenyalang itu.
Dulu saya pernah menginap di sana selama 6 bulan kerana menjadi pengasuh anak saudara...sekadar mengisi masa selepas menamatkan diploma sementara menunggu masa menyambung ke peringkat ijazah.

Sarawak...tunggu kedatanganku lagi...

Isnin, November 24, 2008

Trip ke Tg Balai, Indonesia.

Assalamualaikum...

Semalam 23 November, saya berpeluang lagi menyertai group kakak saya dan kawan2nya berjalan-jalan ke Tg. Balai, Indonesia. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang dah lama saya teringin untuk ke sana. Selalu sangat dengar cerita kawan2 yang selalu ke sana. Apa ada di sana? Itu yang curious sangat nak pergi walaupun belum berapa sihat. Tak sihat? Emmm.... dah seminggu lebih saya demam dan batuk. Batuk yang teruk sekali terutama pada waktu malam. Dah dua klinik saya pergi tapi masih belum sembuh. Hujung tahun... badan pun perlukan rehat dan sakit adalah satu-satunya cara supaya badan boleh berehat.. Tapi macam mana nak rehat, banyak lagi tugas yang perlu saya selesaikan sebelum menjelang sesi persekolahan akan datang uhuk...uhuk.

Berbalik pada cerita saya ke Tg. Balai. Kami menaiki feri jam 8.00 pagi. Tepat jam 8.30 feri bertolak. Keadaan laut agak tenang (saya dah bersiap sedia menelan pil mabuk sejam sebelum tu...takut mabuk sebab dah lama tak naik feri). 5 minit kemudian saya paksa diri untuk tidur sebab tak mau lihat keadaan laut. Tepat jam 9.35 feri yang dinaiki sampai di Jeti tg. Balai, Karimun.
Dalam feri menuju Tg Balai....awal pagi cerialah lagi...
Tidak ada tempat menarik pun untuk dilawati di sini. Kebanyakan yang berkunjung ke sini hanya untuk membeli belah. Bagi sesiapa yang tidak pernah ke Bandung mahupun Jakarta akan beranggapan barang2 yang dijual di sini (khusus made in Indonesia) harganya murah berbanding di Malaysia. Memang benar, sedikit murah berbanding di tempat saya (Ada juga yang lebih mahal). Tapi bagi yang pernah ke Jakarta, barang di sini agak mahal juga. Saya pun taklah terlalu membeli, beli atas dasar sebagai kenang-kenangan telah ke sini. Lagipun keadaan saya yang tak berapa sihat menyebabkan 'window shopping' saya tak berapa seronok.
Satu peristiwa yang tak mungkin dilupa di sini....waktu makan tengahari, sukarnya mencari kedai yang tidak diragui... walaupun dikatakan halal, tapi kebersihannya kurang terjaga. Tekak saya sudahlah kurang berselera (batuk2 menyebabkan saya takut nak makan...takut muntah). Akhirnya kami (hanya saya, kakak dan abang ipar) naik angkutan mencari tempat makan seperti yang dicadangkan oleh seseorang... tambangnya Rp3000 seorang (RM0.90). Sampai di tempat makan, kami pesan soto ayam. Ingatkan samalah macam ditempat kita, rupa-rupanya beza sangat. Mula2 kami diberi nasi. Beria-ia kami kata tak nak nasi. Bila soto sampai... eh ada mihun dan hirisan telur di dalamnya!! Rupa-rupanya itulah soto ayam di Indonesia. Mihun dan telur adalah sebahagian daripada pelengkapnya dan memang dimakan bersama nasi... (itupun saya baru dapat tahu daripada teman saya Nara).

Habis shopping kami kembali ke Jeti. Oleh kerana tak kenyang makan 'soto ayam' kami singgah makan nasi padang. Lepas tu sholat kat Mushola. Aduh! tiada pemisah antara lelaki dan wanita. Terpaksalah ikut pepatah 'masuk kandang lembu menguak...'(eh betul ke?) Yang penting kami dapat tunaikan kewajipan. Mushola pun tak besar sangat hanya lebih kurang 12' x 12'.


Tengah tunggu feri nak balik.... muka dah monyok..penat...
Masa untuk berangkat balik....jam 2.30 waktu Indonesia. Perjalanan balik mengambil masa yang panjang sedikit kerana keadaan laut yang agak bergelora (mujur dapat tidur...). Terasa feri terolang-aling dipukul gelombang. Tiba di Jeti Kukup jam 4.45 petang. Dalam perjalanan balik, singgah pulak makan mee bandung udang kat Rambah. Sedap...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...