Memaparkan catatan dengan label WACANA ILMU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WACANA ILMU. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 14, 2010

Khasiat Kurma

Salam Ramadhan....
Terasa nak berkongsi tentang khasiat kurma pulak di bulan ramadhan kali ini..... bacalah ya...semoga bermanafaat....InsyaAllah. ;)

KHASIAT BUAH KURMA




Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak. (Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.

Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Sumber : http://permai1.tripod.com/kurma2.html


(",)



Isnin, Ogos 09, 2010

Menangislah

Perkongsian ilmu .....diambil dari blog Agussafi...

Mengapa Kita Menangis?


Pernah ada yang bertanya, mengapa kita menangis? Karena Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi wa Salam menganjurkan kita agar menangis. Menangislah karena Allah, sebab menangis karena Allah adalah perbuatan mulia. Bahkan Allah akan memberikan dua hal bagi orang yang menangis karena Allah.

Pertama, mendapatkan cinta Allah. Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi wa Salam bersabda, 'Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai Allah karena takut kepada Allah selain dua tetesan dan dua bekas. Yakni tetesan air mata takut kepada Allah dan tetesan darah yang mengalir di jalan Allah. Ada dua bekas yakni bekas dari jihad di jalan Allah dan menunaikan salah satu yang Allah tetapkan.' (HR. Tirmidzi).

Kedua, tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka. Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi wa Salam bersabda, 'Dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka, yakni mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang terjaga karena waspada di jalan Allah (HR. Tirmidzi).

KIta dengan segala kesibukan duniawi kita seringkali lupa diri sehingga sadar atau tidak kita melakukan dosa dan kesalahan yang menyebabkan Allah memberi kita berbagai macam ujian, cobaan dan musibah. Menangis karena Allah menjadi titik balik kesadaran kita menemukan diri sendiri. Kita menjadi manusia yang memiliki sebuah kesadaran diri bahwa dimanapun kita berada dan kapanpun, Allah senantiasa melihat apa yang kita kerjakan.

Jadi, menangislah karena Allah!

(",)

Sabtu, Jun 26, 2010

Mengapa Wanita Menangis?


Salam penuh ceria.....semoga semua rakan pembaca berada dalam keadaan sihat dan gembira di samping keluarga dan persekitaran yang damai...

Hari ini sekadar nak berkongsi apa yang telah saya baca di pagi nan indah ini.......silalah klik....semoga kita sama2 menjadi seorang insan yang berilmu dan berpengetahuan....;))



Menangis bukan kerana sedih sahaja....
(",)

Ahad, November 16, 2008

Seminar Kesihatan Wanita - ANGKASA


Sabtu 15 November, aku berpeluang menghadiri satu seminar anjuran ANGKASA Johor yang diadakan di Persada Johor. Seminar tersebut membentangkan dua kertas kerja berkaitan kesihatan dan pemakanan wanita, juga perancangan kewangan. Sasarannya adalah seramai 120 orang koperator wanita seluruh Johor. Namun entah dimana silapnya, hanya lebih kurang 40 orang sahaja yang menghadiri seminar ini (termasuk jawatankuasa terlibat). Membazirkan? Bayangkan pihak penganjur menyediakan tempat duduk dan makanan untuk 120, tapi yang hadir hanya 1/3.... Topik yang dibentangkan juga amat menarik. Rasa tak rugi sangat. Walaupun selama ini dah tahu sikit2 tentang cara pemakanan yang betul, melalui seminar ini aku lebih faham cara2 untuk mengatur diet dengan betul. DIET? semua orang selalu beranggapan bahawa diet adalah menyekat makan untuk kuruskan badan. Tidak sebenarnya, diet adalah mengatur pemakanan secara teratur dan terancang mengikut sukatan yang betul. Adalah salah jika kita menyekat diri daripada makan nasi kerana nasi adalah sumber utama untuk tenaga. Kita perlu makan 3 kali sehari dengan jumlah zat yang betul. Makan dengan cara yang betul sebenarnya adalah cara untuk menguruskan badan dengan berkesan. Bukannya dengan langsung tidak makan! Itu adalah sebahagian intipati yang telah aku dapat dalam seminar tersebut...
Selepas itu, ceramah tentang pengurusan kewangan oleh En. Shamsudin Jidin dari Bank Negara Malaysia. Bagaimana kita perlu mengatur kewangan dengan baik. Utamakan simpanan kemudian baru berbelanja ikut keperluan. Cuba minimakan hutang dan rancang aliran penggunaan wang dengan baik. Wah! bagus...bagus. Selepas ini pasti aku akan catat semua yang aku belanja dan apa yang diperolehi. Sebelum ni buat juga, cuma taklah teratur sangat.
Ok! tamat seminar jam 1.30 tengahari... makan time.... ikut diet tak? He...he lauk banyak dan sedap2 belaka. Tapi...amalkanlah makan ikut keperluan. Yahoo...aku berjaya makan hanya secawan nasi dan lauk pauk ikut keperluan....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...