Memaparkan catatan dengan label CATATAN KENANGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CATATAN KENANGAN. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 31, 2010

Kenangan dan Harapan...

Penutup kata penyudah bicara,
2010 sentiasa diingatan,
hati menyimpan seribu rasa,
minda terasak pelbagai kenangan.

Sekadar menyimpul kata sepanjang perjalanan 2010.
Apa yg telah kulalui...kenangan terindah dalam hidup...suka duka...pengalaman jadikan pengajaran....yang buruk, jadikan sempadan....yg baik, jadikan ikutan.

Apapun yg telah berlaku sepanjang 2010 sgt memberi impak besar dalam hidupku.....menjadikan aku lebih tabah dan tenang dalam menghadapi kehidupan....sehari umur bertambah...sehari jua pengalaman tercipta...apa yg telah berlaku takkan berulang seperti apa yg telah terjadi...ia akan hadir dengan cara yang berbeza.....namun berdasarkan pengalaman...kita perlu waspada menanganinya dengan cara yg berbeza juga...

2010...macam2 hal berlaku dalam hidupku....dan ada ketika aku rasa seperti tak mampu lagi menghadapinya...namun, kembalilah ke jalanNYA...insyaAllah penyelesaian ada di depan mata. 2010 benar2 menguji hati dan perasaan. Alhamdulillah segalanya dapat kulalui dengan tabah.

2010......impian nak menukar kerjaya tidak kesampaian....tapi akhirnya aku bertukar tempat kerja...haha...segalanya ketentuan Allah. Aku terima dengan redha....sesuatu yg tidak dirancang tapi perlu dilaksanakn dgn penuh dedikasi.

2011 bakal menjelang sedetik cuma....kuharap kedatangannya akan lebih membawa sinar dalam hidup kita semua...Semoga 2011 aku menjadi insan yg lebih baik...menjadi ketua yg dedikasi...dihormati dan disegani...yang boleh bertindak serasional mungkin dalam menangani pelbagai permasalahan yg mungkin berlaku (aku dah nampak beberapa masalah yg perlu diselesaikan segera...huhu)...

2011 menjelang tiba,
kehidupan baru tambah ceria,
anjakan paradigma perlu dibina,
transformasi diri harus bermula.

Salam Tahun Baru....dari saya buat semua...

(",).. :x

Sabtu, Julai 24, 2010

Kisah Semalam...

Alahai...sebenarnya ada beberapa hal berlaku semalam dalam pada nak bersantai kat luar tu.....(haha...ini pun nak cerita...saje je sebab dah lama tak ada pengalaman mengarut kan)....

1.. Ops lupa nak kabo....aktiviti aku semalam disertai juga oleh Syira.....sigadis manis yang semalam mukanya kelat jer....rupa2nya PMS...huhu...sian dia...

2. Masa nak ambik si Ira ni kat rumah dia aku sempat pusing2 kat Taman Pulai Indah tengok2 rumah yang cantik2 di situ...hehe (sebab masa tu awal lagi)

3. Bila sampai kat depan rumah...si Ira ni tak balik lagi...penat tggu depan rumah (lagipun tuan rumah pun tak kluar - takut jiran2 kata kami pengintip plak) maka kami pusing pi beli goreng pisang kat simpang...pastu duk dlm kereta sambil makan goreng pisang dan pot pet pot pet...aku tengok org yg jual goreng pisang tu asyik tgk jer kami yg duk dalam kereta...mesti dia ngumpat kai tu...
bnyk story dpt kongsi dgn Ina....yelah wpun satu skolah tp susah betul nak jumpa.....so bila dpt kluar camni barulah dpt story mori...even masa Ira dah sampai pun crita kami tak habis lagi malah semakin rancak....pening agaknya kepala Ira dgr mcm2 crita...hehe sori ira...

4. Kami singgah solat asar kat petronas......pastu singgah Mydin semata2 nak belikan Hakimi pencil colour...

5. ok...Balik dr makan2....Haha...nilah yg nak criter sebenarnya....masa nak hantar Ira balik....nak masuk kawasan rumah dia tu ada traffic light...maka aku pun tunggulah...fuyyo sikit punya lama...mulanya relaks lagi...dgn tanggapan tak ramai penduduk kat situ maka lampu tu tentu lama baru nak tukar hijau...sekali....dua kali...eh tak hijau...relaks lagilah sebab Ira pun kata kekadang lebih 2 kali dia baru nak tukar...eh bila dah nak masuk 4 kali terpingga2 jugak....haha...
tetiba kan...adalah sorang lelaki sudah ketuk cermin tingkap aku...terkejut tak terkata..ingatkan apa kes pastu dia kata...'depan sikit...ada sensor kat depan' hahaha...sebelum gerak ke dapan sikit tu aku melihat deretan kereta yang amat panjang di belakang....haha..huhu.hihi...kalaulah hanya kereta aku disitu....sudah pasti akan kutunggu tapa beranjak sedikit pun...fuh! nasib baik org tu ada...dan kereta2 yg di belakang aku tu mesti kata...dari manalah agaknyer dia org ni....haha...sori yer semua...yang bestnyer Ira pun tak tau...apalah Ira...

6. Aku sampai rumah kepenatan....lepas solat...bukak sekejap lappy...go through fb dan blog...then tidur sbb nak kena bangun pagi lagi....

Wassalam...


(",)


Sesuatu yang berlaku samada pahit atau manis...suka atau duka...sedih atau gembira tetap akan jadi Kenangan Yang Terindah dalam hidup aku...Terima Kasih buat sesiapa saja yang menceriakan hari2ku...


Ahad, Januari 10, 2010

Ahad 100110

Salam.....

Rasanya ramai yang merakam tarikh indah hari ini.....begitu juga saya........saja suka2 nak masukkan entry pada tarikh ini.....

Emm...hari ini saya buat satu perancangan untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna..
Rasanya belum terlewat....bak kata pepatah inggeris, "its better late than never..." Sekolah pun baru je seminggu bermula. Tahun ni semuanya serba baru...tugas baru....silibus baru (Prinsip Akaun ler).....azam? kenalah ubahsuai sikit dan jadikan ia 'baru'..he...he...he... yang penting memang ada sesuatu yang baru yang perlu saya rencanakan dan laksanakan... So saya kena buat semuanya dengan teliti supaya saya tidaklah kelam kabut nanti.

Sepetang saya cuba merangka penyelesaian masalah....tapi tak juga selesai masalah. Emmmm masalah memang tak akan pernah selesai.... tapi sekurang2nya petang ini saya dapat merungkai sedikit sebanyak apa yang terbuku di minda saya.... Saya pasrah pada ketentuanNYA. Semoga Allah memberi saya petunjuk ke Jalan Yang Lurus.....yang diredhaiNYA.


Eh.....saya sukalah lagu ini.....sebenarnya dah lama saya dengar lagu ni tapi entah kenapa baru hari ini saya rasa melodi dan iramanya sangat2 menyentuh jiwa saya...

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMU
Bisikkan doaku

Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padaMU Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih

Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padaMU atas segala cinta....

Jumaat, Januari 01, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Bismillahirrahmanirrahim....

Selamat menyambut 2010 buat semua pembaca blog.....Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di mukabumi ini.... Semoga hari2 mendatang akan menjanjikan beribu warna dalam menyerikan kehidupan kita..... semoga kita sentiasa pasrah dan redha menerima apa jua ujian dalam meneruskan kehidupan kita.... ikutlah jalan yg lurus....iaitu jalan yg diredhaiNYA...
*************************************************************************************
Pendaftaran Pelajar Ting. 1...
Seawal pagi saya telah ke sekolah untuk program pendaftaran pelajar baru ting. 1. Wah! pada tahun ini seramai 318 pelajar dijangka mendaftar di SMKAB. Bermakna ada pertambahan kelas akan berlaku bagi kelas tingkatan 1 tahun ini.....
Awal pagi ibu bapa telah diberi taklimat oleh Tn. Pengetua... sebelum waktu pendaftaran sebenar bermula...pada tahu ini juga, semua pelajar terus diberikan buku teks supaya proses P & P akan terus dapat dijalankan pada hari pertama persekolahan...(hasrat kementerian pelajaran)...

Dalam kesibukan......guru2 dedikasi yg serba biru....kebetulan pula... ;) (gemuknya aku)

###################################################################

Cerita 31hb Dis. 2009

Penutup cerita 2009.....semalam aku telah dibawa ronda-ronda keliling bandar JB oleh seorang teman. Bersama-sama keluarganya kami habiskan masa sehari suntuk di Terminal bas Larkin....Angsana...Giant...dan.....City Square......sehari yang sangat indah dan menggembirakan....ops tak lupa mereka juga bawa aku dinner kat sebuah restoran yang berhampiran dgn The Zon...(lupa plak apa nama kedai tu....tak silap..Tom Sayam Seafoood.)....Wah! sedaplah ikan siakap steam limau...dan kerabu sotong....he...he...first time makan....tapi kurang selera jua sebab aku selsema...huk...huk.....sebelum mereka hantar aku balik, singgah pulak kat Meldrum Walk ada bazar kat situ yang menjual pelbagai jenis barang samada baru atau second hand....emm....boleh tahanlah.....bak kata temanku....JB waktu malam.......wah penatnya....kesian pulak tgk anak dia yang dah sangat keletihan......aku sampai umah jam 12.50 pagi!......Wah! hebat betul aku kali ini......sesuatu yg belum pernah kulakukan seumur hidupku hinggalah hari ini....

Rabu, Disember 30, 2009

Assalamualaikum wrt. wbt....

Sudah beberapa hari tak post entry....tak berkesempatan nak duduk depan lap top....tp hari ini sebelum bermulanya tahun baru saya berusaha juga utk menutup n3 dgn cerita tentang aktiviti akhir saya pd 2009....


Emmm....pada 26 - 27hb dis yg lalu saya telah ke Kota Tinggi, untuk menghadiri Mesyuarat Agung tahunan PPJ (persatuan penulis johor). Saya menginap di Hotel Mayres...sebenarnya untuk menghadiri mesyuarat tidak diperuntukkan tmpat penginapan kerana mesyuarat diadakan hanya pada hari Ahad 27 dis. Justeru kakak saya adalah AJK persatuan, beliau telah diberi tempat penginapan kerana pd malam 26hb telah diadakan satu sesi dialog di Restoran Bt. Sawar... dan kami dijamu dengan hidangan Nasi Ayam Baser yg amat terkenal di Kota Tinggi.

Acara pertama...Majlis Dialog Penyair Johor....

Sebelum mesyuarat, berlangsung Forum 1 Malaysia...

Ketua 1 PPJ

Majlis Pelancaran buku....Antologi Puisi Suara Ledang

Emmm...selesai majlis.....sesi bergambar...

Usai majlis, dalam perjalanan pulang singgah di Tesco Kulai....terfikir untuk membeli sesuatu sempena hari tu adalah 10 Muharram.....sunat membeli sesuatu barangan yg tahan lama dan untuk kegunaan seisi keluarga....lagipun dah jadi amalan keluarga saya sejak dulu....seperti biasa saya mesti beli sehelai selimut....dari dulu...itulah barangan kegemaran saya pd 10 Muharram...... mungkin meneruskan tradisi arwah mak yg juga suka beli selimut....... he...he...kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....










Isnin, Disember 14, 2009

Hari Yang Indah

Bertemu kembali.....

Sebelum saya menulis catatan perjalan ke Sarawak (yang akan penuh dgn gambar2) saya nak menulis sikit tentang aktiviti saya hari ini.....

Emmm...hari ni buat kali pertama saya telah ke Jaya Jusco Bukit Indah sendirian....cuak juga mulanya tapi saya tetap mulakan langkah dgn penuh rasa yakin....biasalah saya ni...kalau nak buat sesuatu yg belum pernah saya buat, terlebih dahulu saya akan istiharah...plan semalam sy nak pergi lebih awal sebab ada perkara perlu dibereskan tapi hati saya berkata bahawa saya perlu pergi hanya selepas zohor....mungkin jawapan dari istiharah saya...maka saya pun bertolak sesudah zohor....Saya sampai lebih kurang jam 2.40 terlewat sedikit dari masa yg dijanjikan....

.....emmm sepetang yang indah sebab dapat window shopping bersama rakan baru saya...Thanks a lot...for everything...terima kasih atas perhatian.....he..he...tak disangka2 perut saya tetiba sakit pulak....banyak sgt makan buah prune semalam....habis hilang selera nak makan burger....tak dak rezeki....kerana sakit perut, kawan saya telah 'escort' saya sampai Pontian...dan akhirnya sampai Ayer Baloi......kelakarlah pulak....Thanks K... Semoga akan bertemu lagi......

.....

Rabu, September 09, 2009

09/09/09

September 9, 2009
tarikh tak akan berulang
kenangan sepanjang zaman

suatu pagi yang indah
bahagia bila ada yang mengingati


sebenarnya takde story nak tulis...sekadar suka2 sebab tarikh hari ni sangat unik dan takkan berulang bila2 pun...

Ahad, November 30, 2008

Selamat Tinggal November

Masa.....begitu cepat ia berlalu....

Tanpa disedari sudah dua minggu cuti persekolahan bermula, tapi bagi saya belum dapat merasa cuti sepenuhnya. Sepanjang dua minggu yang lalu saya masih ke sekolah menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Bukanlah saya sengaja tidak menyiapkannya sebelum cuti, sebaliknya tugasan itu hanya boleh disiapkan selepas segala data diperolehi dan kemudian diedit, dikemaskini seterusnya diperbaiki dan barulah siap untuk lapuran. Maklumat tersebut (dipanggil Laporan Headcount) perlu disediakan sebelum sesi persekolahan akan datang.

Esok, saya perlu bertugas di sekolah sebab esok kertas Prinsip Perakaunan. Meskipun tahun ini saya tidak mengajar mp tersebut, namun sebagai ketua panitia saya rasa risau juga dengan pencapaian 5 orang pelajar yang mengambil mp tersebut. Mereka tidak belajar secara khusus di sekolah sebaliknya belajar sendiri dan mengambil tuisyen di luar. Harap2 mereka dapat jawab dengan baik seterusnya lulus dengan cemerlang. Semalam dan hari sebelumnya pun saya dah luangkan 4 jam sehari untuk memberi tuisyen salah seorang pelajar berkenaan. Oleh kerana beliau dari kelas sains, maka tidak sukar bagi saya memberi tunjuk ajar. Mulanya cuak juga sebab masa peperiksaan percubaan tempohari beliau gagal. Tapi semasa saya mengajar kelmarin, nampaknya dia dapat menerima ajaran saya dengan mudah. Zulaikha, saya yakin awak boleh. Di mana ada keyakinan, di situ ada kejayaan. InsyaAllah.

Hari ini cadangnya nak pergi jemputan di Felda Sg Sayong, Kulai. Jauh tu.. harap2 tak ada aral. Sejak akhir2 ni selalu sangat kena migrain. Hari tu dah pi check tekanan darah, everythings okay. Takut jugak sebab dulu tu selalu migrain sebab rupa2nya tekanan darah rendah...uhuk..uhuk penyakit warisan ibuku... Tapi tak kisahlah...ada jugak kenang-kenangan daripada aruah mak.... Semoga aruah ibu dan bapaku tenang di sisiNya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka berdua. Amiiin ya rabbal alamin..

Rabu, Oktober 22, 2008

Raya oh Raya

Hari ini 22 syawal. Bererti sudah 22 hari kita menyambut hari raya. Tahun ini kurasakan tahun paling best beraya sepanjang 12 tahun aku jadi ckgu. Apa tidaknya aku dan kawan2 (seramai 16 orang!) beraya sakan. Mengalahkan kanak2 berhari raya.



Semalam, 21 oktober kami ada mesyuarat sempena majlis persaraan salah seorang guru juga untuk majlis anugerah kecemerlangan pelajar. Habis mesyuarat kira2 jam 3 kami terus bergerak ke rumah Kak jah Idris (Ketua bidang SS)di Taman Zalina. Kami dihidangkan dengan pizza. Tengah lapar, 2 potong juga aku makan. Selepas itu ke rumah Faridah di Pt. Sikom. Sedapnya soto yang mak dia buat. Macam nak tambah lagi tapi mengenangkan akan ke rumah pengetua, maka aku makan sikit je. Kat rumah pengetua( Bekas pengetua- sebab dia baru pindah ke sekolah lain minggu lalu) kami dijamu dengan mee rebus dan rojak. Aduhai.. perutku dah kenyang benar. Masa tu dah jam 6 petang. Kemudiaan kami berkonvoi pula ke rumah Kak Yati di Taman Barkat. Wah! makan laksa pulak. Hampir nak meletup perutku. Penutup kami ke rumah cikgu ariffin. Aduhai!... bukannya kenyang lagi tapi dah macam ular sawa.. sebaik azan maghrib selesai kami pun beransur...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...