Isnin, September 20, 2010

Dunia Baru

"Setingkat kita dinaikkan...setingkat kita diuji..., semoga ada hikmah disebalik perubahan yang diarahkan...." itulah antara kata-kata tuan PPD semasa taklimat penyerahan surat arahan pertukaran jawatan dan sekolah kepadaku tempohari...sehinggakan aku tidak berupaya untuk menolaknya...aku memandang ke hadapan, dan berharap semoga hikmah disebalik pertukaran ini adalah yang terbaik buatku...mudah2an....amin.


Hari ini, 20 September 2010 bermulalah 'perjalanan' yang penuh cabaran...
Jika selama 14 tahun berkhidmat sebagai guru aku melalui jalan mudah setiap hari....keluar rumah jam 6.50 pagi memandu pada kelajuan 60km sejam....santai...dan sampai ke sekolah selewat2nya jam 7.00 pagi...waktu balik pula, paling lewat jika tiada mesyuarat...aku dah berada di rumah seawal jam 2.00 petang... Tapi hari ini, segalanya berubah...aku terpaksa keluar seawal mungkin...percubaan pertama...aku keluar jam 6.20 pagi...memandu pada kelajuan 80 -90 km sejam dan akhirnya setelah melalui 11 lampu trafik, akhir aku sampai ke sekolah baru jam 6.50 pagi...Fuh!! menggigil aku hari ini...


Sekali fikir...rasa macam...macam tak munasabah kenapa aku menerima jawatan ini sedangkan tiada elaun akan diberikan...fikir kali kedua, rasa seronok pulak memandu dikedinginan pagi....dan agak puas dapat mendengar radio lama sikit...hehe...Ntahlah...apapun aku telah menerima jawatan ini dan aku perlu menanam tekad untuk melaksanakan amanah yang diberikan sebaik dan secemerlang mungkin...insyaAllah.


Sekolah baruku biasa2 ajer...minta maaf jika kukatakan bahawa sekolah lamaku jauh lebih baik...dari segi pelajarnya, frasarananya, pencapaian akademiknya...hehe...tempat jatuh lagi dikenang...lama2 esok, bila aku dah biasa...tentu akan jatuh sayang pula....biasalah kan...huhu...


Hari pertama...aku dah masuk kelas...sekadar menyambung tugas guru lama...kelas 1 KRK. Alhamdulillah dapat kerjasama sepenuhnya dari semua pelajar....mereka tak rasa takut, dan aku pula tak merasa ragu2...walhal mpelajaran yg diajar, tdk pernah kuajar sebelum ini...KHB pilihan 1-Kemahiran Teknikal. Latarbelakang pelajar yg sama macam di skolah lama membuatkan aku sangat selesa...semoga aku dapat melalui hari2 seterusnya dengan cekal dan tabah..

Waktu P&P aku tak banyak....so banyak masa terluang....dan pada hari pertama...aku kebuluran sebab rasa 'segan' nak pi kantin sorang2...aduhai...mujurlah aku terbiasa bawa bekalan air mineral....takdelah kehausan sangat...ish..ish...penakut juga aku nie...(memang pun)...

Aaaah...sehari ini dapat kulalui dengan baik meskipun aku terpaksa berlagak selamba dengan seseorang....(ada cerita disebaliknya...cerita haru-biru)...akulah seorang pelakon yang baik hari ini... hik..hik...

Okeylah...penat dah....next time aku stori lagi...daaa...Terima kasih kerana baca coretan aku.... luv u all...

(",)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...