Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

Selasa, November 01, 2011

1.11.11

Hari ini adalah antara tarikh yang perlu diabadikan dalam entry Yang Terindah.

Apa yang unik hari ini ya...ermm hari ini dapat melalui 2 saat gembira, pertama menerima berita gembira, kedua melakukan sesuatu yang menggembirakan semua orang. Apakah itu? biarlah hanya aku saja yang tahu. Namun aku berharap ia merupakan permulaan bagi setiap detik terindah dalam hidupku seterusnya. Semoga pengorbanan yang kulakukan mendapat barakah dari Ilahi. InsyaAllah kerana apa yang kulakukan adalah semata-mata kerana NYA jua. Amiiin Ya Rabbal Aalamiin.

(",)

Rabu, Oktober 05, 2011

Aku Tidak Pandai

Aku tidak pandai menabur kata
Tidak juga suka menabur berjanji
Aku hanyalah insan biasa
Yang sentiasa ikhlas dari sanubari

Aku tidak pandai berpura-pura
Tidak juga suka bergelak ketawa
Yang terlahir segalanya dari jiwa
Semoga diberkati sepanjang masa

Aku tak pandai pun nak cipta pantun ni
Entah kenapa tetiba ia terlahir diminda
Lantas terluah tercatat di sini
sebagai kenangan buat anda...

ish...entah apa2...(segalanya tercipta akibat kecelaruan yang melanda...)

(^_^)

Khamis, Disember 16, 2010

Wayang....

Suatu ketika dulu pernah terdengar rakan2 sekerja bersembang tentang wayang....mereka kata tidak mengapa membawa anak2 sesekala menonton wayang agar terbuka minda dan supaya mereka dapat berfikir dengan lebih terbuka....mereka telah mempraktikkannya dan hasilnya anak2 mereka lebih cemerlang dalam pelajaran dan lebih kreatif dalam berfikir dan membuat keputusan...tapi janganlah jadikan ia satu aktiviti yang kerap dilakukan...kelak akan merosakkan moral pula....itu kata mereka.....

Maka, pada cuti persekolahan pertengahan tahun lalu, saya pun membawa anak2 saudara menonton wayang....cerita kegemaran mereka tentunya...kebetulan masa tu saya pun tengah 'stress'...hehe....mereka rasa seronok dan teruja dapat menonton di panggung.....

Apakah suratan atau kebetulan???? Peperiksan akhir tahun kesemua mereka menunjukkan pencapaian yg agak memberangsang....alhamdulillah.

Dan bagi memenuhi impian mereka, semalam....sekali lagi saya membawa mereka menonton wayang pilihan mereka....apalagi...Narnia ler....mulanya nak menonton 3D tapi terlewat sampai....cukuplah sekadar normal sahaja.....huhu mujur juga...tak tahulah kalau tgk versi 3D...mau tanggal jantung dibuatnya....

The chronicles of Narnia..The voyage of the dawn trader...

Filem yg membosankan aku mulanya (budak2 sukalah...)...tapi akhirnya membuatkan jantung aku berdegup laju dan at last kena gelak dgn Hakimi sebab aku nangis di akhir cerita...hahaha...

Ermmm...keluar panggung jer budak2 tu semua mengecek nak tengok wayang lagi bila cuti sekolah nanti...siap janji2 dan tetapkan target masing2.....haha...aku tak suruh....huhu...
so sape2 yg nak tengok wayang....maka jadilah anak saudara aku....haha...ops....yg kecik2 je ye...yg dah kerja dan kahwin pi tgk dgn suami hang masing2...hakhakhak...


(",)



Selasa, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum wrt. wbt...

Kepada semua samada saya kenal ataupun tidak...diucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha....semoga pengorbanan yang telah kita lakukan akan memberi kebahagiaan buat semua...apabila berduka dan kecewa, maka sematkan dalam hati bahawa :
"setiap kesulitan yang dihadapi, pasti ada kemudahan..."
(al-Insyiraah : 5 - 6)

Salam persaudaraan dan salam sayang....

(",)

Jumaat, September 17, 2010

Bersabarlah....

Hari Raya ke 8....

Semua orang gembira....tapi aku masih macam ni....;) Bersabarlah duhai hati yang pasrah....berserahlah kepadaNYA....Allah mengetahui segala yang tersurat disebalik segala yang tersirat... semoga sinar yang sejati akan menyinari hati, jiwa dan kehidupanku....

Buat yang memahami....bersabarlah menempuh segala cubaan, dugaan dan rintangan...agar hidup kita diberkati Ilahi...

(",)

Selasa, Julai 20, 2010

Happy Birthday!

Buat seseorang yang menyambut harijadinya hari ini....


Semoga segala apa yang dilakukan akan diberkati dan mendapat keredhaan Ilahi ...


"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya "Ku harap mekar di hati, Agar persahabatan suci ini, Kan terus mantap, Menjadi syafaat, Terukir indah di pintu Jannah.~..
(",)
sentiasa diingatan...

Ahad, Julai 11, 2010

Seminggu Yang Sibuk

Salam...bertemu kembali...emm seminggu tak dapat update blog ni...hampir berkulat kot...hehe takpelah kan...

Sepanjang seminggu yang lalu mesyuarat setiap petang...macam2 jenis mesyuarat....penatnya...aduhai.... tak terkata....so jawapnya tidur jelah...ada sehari tu tidur selepas maghrib tetiba bangun dah hampir subuh....huhuhu.... mujurlah 'cuti' so taklah tertanggung hutang solat....emmmm. Tapi kan dalam sibuk2 tu tetiba satu hari tu aku boleh pulak tengok bola....haha masa tu perlawanan antara uruguay dan netherland...alah...secara kebetulan itupun dah 15 minit terakhir...suka gak...bersorak dan geram sorang2...mcm org gila jek masa tu...ish...ntah apa2 aku ni kan...

Minggu depan ni bakal sibuk pulak dengan aktiviti hari terbuka, hari kantin juga hari kokurikulum.... aku ni bukanlah orang yang penting sangat pun dalam semua aktiviti tu malah ada nama aku tak tersenarai langsung secara nyata...tapi aku tahu aku akan jadi sibuk juga nanti....so seminggu jugalah nanti tak terupdate blog ni...hehe....tambahan hujung minggu ada Kem Skor A+ untuk mata pelajaran prinsip Perakaunan di Tg Piai resort....wah...jauh juga perjalanan utk budak2 akaun tahun ini...selalu tu buat di sekolah jer....harap2 mereka dapat menimba ilmu sebanyak mungkin....

Emm minggu depan nanti tu aku bolehlah update blog ni beserta gambar2....sabar ye...ntah gambar apalah yg aku nak selitkan nanti tuh... ;)

Oklah...sehingga bertemu kembali minggu hadapan....insyaAllah.. sayang anda semua yang setia membaca ntah apa2 yg saya tulis ni....[ni mood tengah ok ler ni...;)]


(",)

Ahad, Julai 04, 2010

Seribu Bintang

Jom layan lagu.......

Kepada yang mengerti.....hayatilah....;)

(",)

Semoga kita happy... (^_^)

Jumaat, Jun 18, 2010

F.O.K.U.S

Hai...hai...hai...semoga semua pembaca blogku sihat dan ceria...segalanya terletak dalam hati meski banyak yang dipengaruhi oleh persekitaran...semoga kita dapat mengatasi kesedihan dengan penuh rasa kesyukuran bahawa kita masih diberi Allah perasaan...

"Tiada manusia yang tidak menemui kegagalan namun pilihan ada pada diri sendiri samada mahu bangkit semula atau tidak..." itu kata2 Jackie Chan sebagai Mr. Han dalam Filem Karate Kids...[eh ye ke Mr. Han yg kata...hehe...tak sure plak].

Selanjutnya...nak ceritalah sikit...hari ini untuk kali yg kedua dalam bulan ini aku pi tengok wayang...selebihnya adalah memenuhi permintaan budak2 kat rumah ni...so untuk menggembirakan mereka dan aku juga, maka inilah harinyer...tulat dah mula sekolah....


Filem ni...entah kenapa sejak melihat promo di tv hari tu aku terus tertarik untuk menonton [sebab aku ingat budak tu perempuan...hahaha lelaki rupanya...]. Tapi tak sia2....aku beri 5 bintang. Best sangat. Kukatakan best sebab cerita ini mampu mengeluarkan airmataku beberapa kali....sedih dengan perjuangan dan usaha Dre untuk mengalahkan lawan [kuletakkan diriku di tempat Dre itu...]...usaha dan semangat tangga kejayaan....satu lagi...FOKUS....ah...itulah yang penting sebab fokuslah yang menguasai minda seterusnya menggerakkan hati untuk bertindak dengan cara yang terbaik....alangkah bagusnya jika semua yang sedang belajar boleh fokus dalam apa yang mereka pelajari....termasuklah sesiapa saja juga termasuk yang bekerja...fokuslah dalam apa jua yg diusahakan....Minda dan Hati saling berhubung memberi makna kepada tindakan yang kita lakukan...

Kesimpulannya aku sangat puas hati....rasa macam nak pi tengok lagi...tak dapat full concentration sebab terpaksa melayan si Ahmad yang asyik merengek nak balik sbb takut gelap....[padan muka aku...sape suh bawak dia...;0]

Ha..ha...ha... yang penting enjoy dengan kerenah budak2 yg tak pernah tgk wayang tuh....Eh Najiha dan Zaza pun nangis gak per...haha


(",)

Isnin, Mei 31, 2010

Hidup Ini....

Hidup ini sukar...
dan aku cuba untuk memudahkannya...
namun siapalah aku,
tanpa bantuan orang2 di sekelilingku.


Hidup ini muafakat...
dan aku berusaha untuk bekerjasama...
namun siapalah aku,
tanpa sokongan orang2 di sekitarku.


Hidup ini indah...
dan aku gembira untuk menceriakannya....
namun siapalah aku,
tanpa kemesraan orang2 yang aku sayangi.


Hidup ini pinjaman...
dan aku redha melaluinya...
namun siapalah aku.
tanpa restu dari Ilahi.


(",)
Semoga Allah memudahkan perjalanan hidupku.

Selasa, Mac 23, 2010

Exam week...

Assalamualaikum wrt.wbt..

Bertemu kembali.....

Minggu ini telah bermula peperiksaan 1 utk pelajar men. atas...dan aku pulak sedikit sibuk...dah 2 hari tak sempat nak menjengok kantin sebagaimana biasa...mcm ni boleh kurus aku dibuatnyer.....kebetulan pula kena bertugas...so kenalah stayback sampai petang....lepak sesangat...

Semalam petang menjalani aktiviti biasa yg dah lama tak buat....emmm...happy sgt...hilanglah sikit ketensionan ditempt kerja...<3 dia...;)

takde apelah nak tulis....takde idea tetiba...

(",)

<3<3<3

Selasa, Mac 16, 2010

Seribu Bintang

Bertemu kembali...

Entry kali ni tentang bintang...bukan apa, seringkali dikatakan setiap insan berharap untuk memetik bintang2 di langit...(macamlah bintang itu boleh dipetik macam buah rambutan....;), sinonimnya...semua org mengharapkan sesuatu yg indah dan bersinar untuk dicapai dan digapai tanpa mengetahui akan rupa sebenar sesuatu yg dianggap bersinar dan berharga itu...begitu juga dengan aku yg mengharapkan suatu sinar untuk menerangi diri menuju hidup yg lebih abadi....pastinya untuk kehidupan yang lebih bahagia...(sekarang bukan tak bahagia...malah amat bahagia tp kebahagiaan dalam erti kata yg berbeza....hanya aku aje yg faham ini :))

Hati yang terusik medorong minda berfikir dan secara tiba2 senikata lagu ini bermain di bibir dan di ruang mindaku beberapa kali....





Inginku pergi jauh darimu
agar kukenal erti rindu ini
ingin aku menyelami jiwamu
agar kukenal dirimu kasih
ingin aku membenci dirimu
tapi kebencian tiada padaku
walau apa yg kau sangkakan
aku tetap cinta padamu........



Aku sentiasa merenung bintang di langit...
namun aku masih sedar ada rumput di mana aku berdiri...

Terima kasih Tuhan kerana masih memberiku kesempatan...

(^_^)

Rabu, Disember 23, 2009

Minggu Yang Sibuk dan Pantun

Salam....

Minggu-minggu terakhir tahun 2009 yang agak sibuk bagiku......macam2 aktiviti yg membuatku sibuk......bertugas kat sekolah....bertugas untuk negara....memenuhi tuntutan diri sendiri....dan macam2 lagi......waaaa.....penat sungguh.....

Semalam.....seorang teman minta tolong aku buatkan pantun untuk dia......aduhai...manalah aku pandai sangat nak buat pantun........he...he....tapi kadang2 tu boleh je aku cipta pantun spontan......dia nak berpantun pulak ketika mengendalikan majlis makan malam tempat kerjanya......so...pagi2 tadi aku pun bukalah web sana sini cari pantun (dalam kesibukan tugas sempat lagi search internet... ;) )........akhirnya ha....kutemui apa yg dicari diluar jangkaanku.....macam2 pantun ada......aku siap beli dua buah buku tentang pelbagai jenis pantun untuk pelbagai situasi dan buku tentang penulisan teks pengacaraan majlis.....emmm kukira ia amat berguna.....nanti mngkin boleh letak kat Perpustakaan Sekolah.......akukan Guru Media....so at least kalau orang tanya tentang buku2 tu aku dah ada.....

Hari ini juga aku bertugas petang.....emm....taklah bosan sgt rupanya....malah ada rezeki datang bergolek......rakan2 pembantu pend. khas 'belanja' org pejabat KFC......wah! dapat aku join sekali....rezeki.....siapa sangka.....he..he...he...

Jumaat, Disember 18, 2009

Antara kenangan...

Hari ini 1 Muharram 1431H.

Pagi2 hari dah hujan....sejuk....ingatkan hari ni nak pi buat massage kat Azwa Refleksology......eh tetiba Anita telefon dia nak tutup kedai sebab ada saudara dia meninggal dunia......innalillahiwainnailaihiraajiun...takpelah...minggu depanlah pulak......InsyaAllah...

Selepas asar keluar ke Batu Pahat....he...he...ada orang nak belanja berbuka puasa.....mulanya malas juga....tapi mengenangkan esok dan seterusnya aku mulai sibuk dengan urusan 'negara' maka kuluangkan juga masa untuknya....kesian dia yang begitu mengharap....

Kami menuju terus ke Prima Moda...alah...aku nak menambah koleksi kain....azam tahun 2010 nak pakai baju baru....so budget bulan nilah....aku beli 3 pasang kain.....cepat je.....sampai...pilih dan bayar....tak sampai pun 15 minit aku beli kain....then terus pi solat kat surau Carrefour....lepas solat baru pi makan....dia belanja makan nasi ayam warisan gemas.....tak berapa sedap sangatlah...sedap lagi nasi ayam Eton buat.....hu...hu sebenarnya kat rumah Eton dah buatkan nasi ayam hari ni...takpelah takde rezeki....

Hujan lebat menyebabkan kami terpaksa tunggu untuk beberapa ketika dalam kedai makan tu......boring betul....then kami ronda2 sekejap dalam Carrefour. Takde ape yg menarik untuk dibeli..... sebelum balik, dia belanja aku sekali lagi....kali ni...prosperity burger dan aiskrim mc flurry? ish aku pun tak perasan apa ke namanya......burger tu kawan aku Zai yg cdgkan suruh cuba....dah terlanjur jumpa McD akupun beli ler....tapi org lain bayar....ha...ha...

Emmmm....tulah saja pengalaman aku dalam memulakan tahun baru hijrah ini......rasanya aku kena berhijrahlah.....tapi nak kemana ye....hari tu mohon pensyarah IPG tak dapat....nak try minta pensyarah Matrikulasi....sayanglah pulak kat sekolah....aku lebih suka nak mengajar budak2 sekolah sebenarnya......atau aku kena berhijrah ke alam lain..........?

Sabtu, Disember 12, 2009

Letih...

Salam semua....

Dah ada semula kat rumah....Balik dari Sarawak, tak sempat nak post new n3....harap bersabar ye...masih terasa keletihan selama 8 hari....walhal bukanlah berjalan sakan...cuma dua hari kami penuhkan masa dari pagi sampai malam berjalan....hari2 lain biasa aje...tapi kepenatan masih terasa sampai hari ni....kepala pun macam berat jek....

Nantilah...bila free dan relaks barulah nak masukkan gambar.....hari ini ada jemputan pulak kat rumah sepupu....emmm....makan best for sure...

Khamis, Oktober 15, 2009

Cuti-Cuti 1 MALAYSIA

Wah! Seronoknya hari ini.... gembira dapat pengetua baru...tambah gembira apabila Tn. Hj. Mumazaini beritahu esok dapat cuti peristiwa khas....Yahoo... bestnya dapat cuti....boring dah pi sekolah...bukan apanya...kita sungguh-sungguh nak mengajar...budak2 buat muka seposen je! Ada pulak yang sengaja ponteng kelas sebab penat asyik buat latihan jek...Apalah nak jadi dengan pemuda-pemudi harapan bangsa...

..Buat Nadiah dan Mardiana...selamat mengikuti kursus Induksi...

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...