Memaparkan catatan dengan label SEKOLAH BARU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEKOLAH BARU. Papar semua catatan

Isnin, September 05, 2011

Mereka sudah Semakin tegar...

Hari ini sekolah dibuka semula untuk sesi persekolahan seterusnya sebelum pelbagai jenis peperiksaan di penghujung tahun. Esok, bermula peperiksaan percubaan SPM. Sementara itu pelajar PMR mengikuti sesi gerak gempur sebelum menjalani peperiksaan PMR pada Oktober nanti...Akhir oktober pelajar tingkatan 4 akan menghadapi peperiksaan akhir tahun diikuti pelajar ting 1 dan 2. Penutup sesi seperti biasa SPM bermula....

Hari ini, dengan penuh semangat melangkah ke kelas untuk sesi P & P seperti biasa....namun, alangkah hampanya hati, sudahlah ramai yang tidak hadir, seawal jam 8.50 pagi beberapa org pelajar sedang tidur ketika aku melangkah masuk ke kelas...selebihnya, tidak membawa buku dengan alasan 'salah jadual'. Aduhai.... sepantas cara, mengubah aktiviti pembelajaran...bagaimanakah harus kutangani pelajar2 ini? Mereka semakin tegar...semakin bersikap sambil lewa...dalam bual bicara, masing2 sibuk membincangklan tentang kerja yg bakal dilakukan sepanjang cuti persekolahan akan datang...mereka sudah jemu untuk hadir ke sekolah, kerana kebanyakan mereka sudah mempunyai pekerjaan di luar waktu sekolah. hadir ke sekolah hanya memenuhi suruhan ibu bapa...kerana ibu bapa bekerja dan tiada siapa di rumah untuk memantau mereka......dan apakah guru yang harus menjaga dan memerhatikan mereka? Sedang guru sepatutnya mengajar dan mendidik...sedang mereka langsung tidak memerlukan didikan dan ajaran guru. Aku rasa semakin hampa dengan situasi ini...pelbagai cara telah cuba dilakukan....plan A...B...C maupun D...

Semoga aku tetap tabah menghadapi dugaan ini...semoga kesabaran sentiasa dihati...semoga aku diketemukan cara terbaik menangani segala permasalahan yang terjadi...semoga segala usahaku dan kawan2 akan dipermudahkan...amiin..ya Rabbal alamin.

(",)

Khamis, April 28, 2011

Mana Suara????

Wah! bersemangat pulak nak masukkan n3 2 hari berturut2...ikut mood kan...lagipun hari ini something wrong somewhere ngan aku...;)

Pagi2 datang sekolah bersemangat nak bercerita pasal SPSK dengan kengkawan...tak ingat yang suara aku dah 'hilang' hari ni...Ops...sebelum tu...bangun awal2 pagi dah termuntah2...keluarlah segala macam kekotoran dari badan (kotnya lah...) sakitnya tekak...sekali belek2 eh...ada darah??? terkejut sakan...bila aku cuba bersuara....eh..eh...suara aku takde....huhu sudah bisukah aku? walhal semalam tak melakukan kesalahan suara pun...huwaaa... tapi kali ini, walaupun tekak sakit...tapi taklah pulak demam...Alhamdulillahlah jugak... tak kisahlah. yg penting kena bersemangat. kalau tak macam mana nak jadi HEBAT kan...;)

Ok sampai sekolah,,,,,bila aku mula buka mulut...semua rakan2 pun tercengang...."eh, mana suaraa??" laaa....tak dengarlah...dan semua orang pun gelakkan aku....semua org pun terpaksa tengok mulut aku dan sua muka dekat2 dgn aku sbb nak dengar apa yg aku cakap...haha..lawak betullah. Ish...sebenarnya sejak selasa haritu dah ada sorang kawan yg 'hilang' suara...dan mereka kata aku jangkit daripada dialah... tapi aku rasa tidak kot. cuaca memang super panas akhir2 ini...dan minggu lepas je aku melantak asyik minum ais....tak ingat dunia...huhu.

Jam 11 pagi ada pulak mesyuarat dan aku kena pulak bentangkan sedikit sebanyak mengenai taklimat semalam...(pembentang sebenar tentulah GPK 1...aku cuma tukang sampuk je). Haha..walau takde suara aku berjaya juga sampaikan apa yg aku sepatutnya sampaikan. Alhamdulillah...semangat HEBAT semalam berkekalan hingga hari ini...

Eh! seperkara lagi....semalam cerita yg hari ni aku tak sabar nak ke sekolah sbb ada pertandingan kawad kan...Yeah...pasukan sekolahku telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori NGO dan Naib Johan kategori GO...dan ketuanya juga berjaya menjadi pemberi koman terbaik perempuan...TAHNIAH DAN SYABAS...kamu semua memang HEBAT...

(",)

Rabu, April 27, 2011

Tugas dan Tanggungjawab...

Hai...hai...hai...Assalamualaikum wrt. wbt.

Waktu mendengar taklimat pagi tadi, hati berkobar2 nak menulis n3 malam ni...tapi bila dah menatap blog ni...rasa malas sangat2...tapi dikuatkan juga semangat untuk menulis...tak banyak sikit pun jadilah kan...hehe

Ermmmm.....'tugas dan tanggungjawab' begitulah tajuk perbincangan saya malam ini....cewah...mcm nak berbahas pulak. Ok. sebenarnya bukanlah ada apa2 pun, sekadar nak berkongsi cerita. pagi tadi saya menghadiri taklimat SPSK yang dianjurkan oleh JPNJ.... apa tu??? Ia merujuk kepada Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti...wow! hebatkan...gah aje namanya tapi taklah hebat manapun walaupun kerjanya nanti memang sangat hebat...dan ini membuatkan saya rasa HEBAT sangat...huhuhu (kena beri semangat kepada diri sendiri).

So, itulah tugas baru yang akan saya laksanakan. Saya suka tanggungjawab, dan hari ini saya telah menghadiri taklimat yang bukan tanggungjawab saya. Namun saya hadiri juga dengan penuh rasa tanggungjawab. Sepatutnya orang yg paling layak mengdengar taklimat ini adalah Penyelaras aka setiausaha yg telah dilantik...tapi bila dah arahan boss minta saya pergi bersama2 dengan PK Pentadbiran, maka saya akur wpun sy sedar saya bukan orangnya (hehe...sebenarnya dah otw nak pergi taklimat baru sedar...).

Tapi tak mengapa...saya tak kesal atau terkilan sedikit pun. Saya pergi dengan senang hati...mendengar taklimat dengan perasaan berkobar2 untuk melaksanakannya, dan mengambil catatan serta memberikan pandangan kepada PK1 bagaimana cara terbaik utk melaksanakannya di sekolah nanti. Semuanya saya lakukan atas dasar....SAYA YANG MENURUT PERINTAH...dan kali ini SAYA YANG TERKENA....redha dan pasrah pada ketentuanNYA.
Tambahan pula, di sekolah lama saya pernah mengendalikan hal yang serupa...jadi tidaklah rasa terbeban sangat kerana sedikit sebanyak saya telah mengetahui apa yang dikehendaki oleh sistem ini.

Esok akan bermulalah tugas baru itu....semoga rakan2 seperjuangan akan memberikan kerjasama yang superb nanti... dan tak sabar nak ke sekolah esok sebab sekolah telah menjadi tuan rumah dalam Pertandingan Kawad Kaki sekolah2 peringkat daerah. Mesti meriah nanti...

Ops seperkara lagi....dah beberapa kali saya ditanya samada saya nak kembali ke sekolah lama atau sekolah yang berhampiran rumah atau tidak...saya katakan bahawa saya dah SAYANG pada sekolah baru saya....sekolah tu best sangat kerana saya tak perlu memikirkan sesuatu yg sangat berat di situ...;)

OKlah.....sehingga jumpa lagi...wassalam...

(",)

Selasa, Mac 22, 2011

Result oh Result..

Tak sabar nak tulis...tak sabar nak tahu...alahai ini cuma intro, esok baru aku tulis banyak2...kalau rajinlah..

Esok hari Rabu 23 Mac 2011 bersamaan 18 Rabiulakhir 1432H akan diumumkan keputusan peperiksaan SPM 2010... Fuhh!! berdebar-debar rasaa hatiii.. hati anak2 murid akulah yg menjadi calon SPM thn lepas... hati ibu bapa yg anak2nya mengambil peperiksaan dan tak lupa hati cikgu cikgi yang mengajar terutama cikgu2 BAHASA MELAYU...kenapa BM?? Semua org pun tahu kan..;) Ermm tp bg aku, debaran tahun ini kurang sikit kurasakan. Sebabnya? Sebab aku tak berada di sekolah dimana anak2 murid yg kuajar mengambil peperiksaan. Huhu...Tahun ini di sekolah baru...calon SPMnya tidak langsung kuajar apatah lagi kukenali...namun aku berharap semoga keputusan mereka semua tak kira murid sekolah mana...akan beroleh keputusan yang cemerlang dan membanggakan. Ok...kita tunggu esok....;)

(",)

Isnin, September 27, 2010

Hari Demi Hari

Sudah seminggu aku berhijrah ke sekolah baru...hari-hari dijalani dengan debaran di hati...tapi hari ini aku mula terbiasa dengan suasana baru...rasa seronok pulak keluar awal2 pagi....meredah kedinginan menuju destinasi .....sambil mendengar tazkirah pagi di radio IKIM.

Seminggu berlalu, aku telah dapat menyesuaikan diri, mengajar penuh dedikasi seumpama murid telah lama kukenali.....dan alhamdulillah dari kacamata pertamaku.... mereka dapat menerimaku sebaiknya...seadanya aku...hehe

Dalam kalangan rakan seperjuangan sebegitu juga...sedikit demi sedikit aku merasa selesa berada disamping mereka...semoga ia berterusan selamanya..(tp dalam hati aku terdetik bahawa aku takkan lama di sini....firasat apakah ini..)


(",)

Isnin, September 20, 2010

Dunia Baru

"Setingkat kita dinaikkan...setingkat kita diuji..., semoga ada hikmah disebalik perubahan yang diarahkan...." itulah antara kata-kata tuan PPD semasa taklimat penyerahan surat arahan pertukaran jawatan dan sekolah kepadaku tempohari...sehinggakan aku tidak berupaya untuk menolaknya...aku memandang ke hadapan, dan berharap semoga hikmah disebalik pertukaran ini adalah yang terbaik buatku...mudah2an....amin.


Hari ini, 20 September 2010 bermulalah 'perjalanan' yang penuh cabaran...
Jika selama 14 tahun berkhidmat sebagai guru aku melalui jalan mudah setiap hari....keluar rumah jam 6.50 pagi memandu pada kelajuan 60km sejam....santai...dan sampai ke sekolah selewat2nya jam 7.00 pagi...waktu balik pula, paling lewat jika tiada mesyuarat...aku dah berada di rumah seawal jam 2.00 petang... Tapi hari ini, segalanya berubah...aku terpaksa keluar seawal mungkin...percubaan pertama...aku keluar jam 6.20 pagi...memandu pada kelajuan 80 -90 km sejam dan akhirnya setelah melalui 11 lampu trafik, akhir aku sampai ke sekolah baru jam 6.50 pagi...Fuh!! menggigil aku hari ini...


Sekali fikir...rasa macam...macam tak munasabah kenapa aku menerima jawatan ini sedangkan tiada elaun akan diberikan...fikir kali kedua, rasa seronok pulak memandu dikedinginan pagi....dan agak puas dapat mendengar radio lama sikit...hehe...Ntahlah...apapun aku telah menerima jawatan ini dan aku perlu menanam tekad untuk melaksanakan amanah yang diberikan sebaik dan secemerlang mungkin...insyaAllah.


Sekolah baruku biasa2 ajer...minta maaf jika kukatakan bahawa sekolah lamaku jauh lebih baik...dari segi pelajarnya, frasarananya, pencapaian akademiknya...hehe...tempat jatuh lagi dikenang...lama2 esok, bila aku dah biasa...tentu akan jatuh sayang pula....biasalah kan...huhu...


Hari pertama...aku dah masuk kelas...sekadar menyambung tugas guru lama...kelas 1 KRK. Alhamdulillah dapat kerjasama sepenuhnya dari semua pelajar....mereka tak rasa takut, dan aku pula tak merasa ragu2...walhal mpelajaran yg diajar, tdk pernah kuajar sebelum ini...KHB pilihan 1-Kemahiran Teknikal. Latarbelakang pelajar yg sama macam di skolah lama membuatkan aku sangat selesa...semoga aku dapat melalui hari2 seterusnya dengan cekal dan tabah..

Waktu P&P aku tak banyak....so banyak masa terluang....dan pada hari pertama...aku kebuluran sebab rasa 'segan' nak pi kantin sorang2...aduhai...mujurlah aku terbiasa bawa bekalan air mineral....takdelah kehausan sangat...ish..ish...penakut juga aku nie...(memang pun)...

Aaaah...sehari ini dapat kulalui dengan baik meskipun aku terpaksa berlagak selamba dengan seseorang....(ada cerita disebaliknya...cerita haru-biru)...akulah seorang pelakon yang baik hari ini... hik..hik...

Okeylah...penat dah....next time aku stori lagi...daaa...Terima kasih kerana baca coretan aku.... luv u all...

(",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...