Memaparkan catatan dengan label Cuti-cuti Malaysia.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti-cuti Malaysia.... Papar semua catatan

Ahad, Julai 03, 2011

HATYAI 4 - 8 JUN 2011

Ello-ello...sebagaimana yang dijanjikan. Sebuah catatan perjalanan musim cuti sekolah baru-baru ini...Sebuah kembara menaiki keretapi bersama dengan rombongan Persatuan Penulis Johor (ermmm tapi majoriti peserta bukan ahli persatuan..dengan harapan selepas kembara, mereka semua akan menjadi ahli...hihi)


Perjalanan bermula dari Stesen Keretapi Kluang....



Sebelum berlepas (jam 10.40 pg), ada majlis pelancaran oleh Tuan Pegawai Daerah Kluang.



Sampai KL Central jam 3.40 ptg
Sebelum memulakan perjalanan ke utara pada jam 9 mlm, berehat seketika di bilik vvip (khas utk penumpang transit).



KOC Event...sangat teruja berada di dalamnya...macam disko gamaknnya...dihiasi dengan lampu kelap kelip...siap dengan set karaoke...kesannya...sampai jam 3 pagi aku tak boleh tidur sbb kebisingan...aduhai..


Yang bestnya...hanya kami saja yg berada dalam koc ini (peserta rombongan seramai 45 org) dan pagi...wow...krew KTM siap sedia bawakan sarapan....best...



Sampai Stesen Padang Besar jam 8.40 pagi....kena tukar keretapi lagi utk ke Hatyai...Aduh...penatnya nak mengheret beg...huhu


Suasana kampung sekitar laluan keretapi di Hatyai selatan..



Sampai Hotel jam 12 tghari tapi kena tunggu 2 ptg baru boleh masuk bilik...lepak sungguh.
Petang kami di bawa ke Pasar Terapung (Mcm pasar mlm), uniknya, peniaga Islam akan berjualan di dalam perahu (ada juga 2 , 3 perahu peniaga bukan Islam...nak kenal, peniaga Islam yg bertudung). Semua barang jualan dalam perahu adalah makanan...Macam2 ada....paling unik kurasa mereka jual air dalam labu sayung atau buluh....minat nak beli sebab labu tu ada macam2 bentuk, ada jugak beli 2, 3 labu tapi tak larat nak bawa balik dan terpaksa tinggalkan di hotel...





Nak bayar kena hulur duit dalam bekas yg dihulur oleh penjual tu..


Di daratan kebanyakan peniaga adalah bukan Islam. Macam2 juga ada, baju, kasut, beg, tapi satu benda pun aku tak beli...


Keesokkannya, kami melawat Witayakarn School. Sebuah sekolah integrasi Islam terbesar di Hatyai (atau mungkin di Thailand). Di Thailand, uniform pelajar sama aja, dari sekolah rendah sampailah peringkat universiti. Baju Putih, seluar/kain warna hitam. Bila dah peringkat master baru mereka boleh berpakaian bebas.


Kantin sekolah....budak2 tak berebut2 pun macam kat Malaysia...


Mereka menyambut kami dengan jamuan makan tenghari... simple je...nasi bungkus dengan lauk telur dan tomyam...(tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah kelaparan..;) )
Gambar bawah ni, GPK HEM dia (istilah kat Malaysia, jawatan dia Asst Director- Students Affair) muda lagi baru berusia 28 tahun.



Persembahan nasyid - rasanya mereka tak bersedia sangat pun, berpeluh2 budak2 baru lepas PJ disuruh bernasyid... simple dan sempoi.



Selepas itu, kami ke Prince of Songkhla Universiti. Pakaian mereka masih sama kan??
Ada persembahan puisi di sini, kemudian kami dijamu makan malam...



Hari terakhir... dalam perjalanan pulang, singgah di Konsulat malaysia di Songkhla. Hanya ketua rombongan dan beberapa peserta lelaki yg berjumpa tuan konsulat...kami yg lain apa lagi...posing2 lah sementara menunggu...


Di hadapan sebuah masjid lama di Songkhla.



Bersama Ketua 1 PPJ. En. Amiruddin


Lawatan terakhir, ke Pantai Samila. Pantai ini ada lagendanya tersendiri.


Akhirnya, masa utk berlepas pulang. Selamat tinggal Hatyai..terima kasih Thailand kerana menerima kami...Alhamdulillah keadaan aman sepanjang kami berada di daerahmu.



(",)

Isnin, Mei 30, 2011

Cuti.....;)


Bismillahirrahmanirrahim....nampaknya, mengambil masa seminggu jugak untuk mengemaskini entry baru...apa nak buat...masa tak memberi ruang untuk berpoya-poya di sini...;)


Pagi ini, sekadar singgah untuk meninggalkan jejak dan untuk mengucapkan Selamat Bercuti buat semua warga sekolah di seluruh Malaysia...di mana jua anda berada... Selamat balik kampung...selamat bercuti....selamat menunaikan ibadah umrah...selamat melangsungkan perkahwinan....dan semoga selamat semuanya perjalanan pergi dan balik kemana jua anda akan pergi....ops...selamat bertugas dalam cuti buat rakan2 yg kena bertugas...hehe. Semoga perjalanan kita diberkati Allah hendaknya....aminnn.

Tak sabar nak pergi bercuti... Kali ini percutian yg sedikit adventure akan dirasakan...Tapi rasanya taklah adventure sangat kot...cuma, sebab tak pernah melaluinya yg menyebabkan rasa macam adventure tu...agaklah...apa dan ke mana? Kali ini percutian saya tidak menaiki kapal terbang sebagaimana selalunya...so, destinasi kali ini adalah ke tempat berikut....hehe




Tahukan??? ceritanya akan di publishkan nanti...semoga saya diberi kekuatan untuk menulis pengalaman itu...InsyaAllah.



Maka, sebelum perjalanan jauh dan memenatkan nanti...hari ini kenalah bersantai di rumah...menyiapkan proses penandaan kertas jawapan peperiksaan pelajar...mujur ada 2 kelas sahaja paper esei...prinsip akaun dan perdagangan tingkatan 4. Dan rasanya taklah stress sangat sebab dah sedia maklum jawapan yg bakal diberikan pelajar...pasti kerja menanda sangat mudah dan lancar...haha...maklum sajalah...kebetulan kertas PD tu student kelas paling hujung...erm...hanya sebahagian pelajar yg menjawab tak berapa nak lengkap...apapun...kenalah tanda dan bagi markah 'motivasi' utk mereka supaya bersemangat utk terus berjuang...ermmm.


Ok...sehingga entry akan datang...doakan perjalanan percutian saya selamat pergi dan balik... Sayang anda semua...


(",)

Ahad, Mei 01, 2011

Sehari ke Melaka ;)

Bismillahirrahmanirrahim...



Hari ini alhamdulillah selamat satu perjalanan pergi dan balik Pontian - Melaka. Seawal jam 9 pagi kami memulakan perjalanan. Singgah sarapan di Simpang Renggam sebelum memasuki tol tepat jam 10.10 pagi. Wow! begitu banyak kenderaan yang menggunakan lebuhraya hari ini. Almaklum hari cuti...dan seperti kebiasaan, kenderaan dari Singapura memonopoli lebuhraya di Malaysia..


Kami sampai di hentian Sg Bemban lebih kurang jam 11.30 pagi. Keperluan untuk berhenti di sini setelah diberitahu bahawa tandas2 di hentian Tol Ayer Keroh dalam pengubahsuaian. Meneruskan perjalanan dan amat mengejutkan apabila sejauh 500m sebelum exit Ayer Keroh kenderaan telah bersusun dengan begitu banyaknya...(tak terfikir pulak nak ambil gambar)...tak pernah lagi tengok keadaan lebuhraya sesesak itu...Kayalah kerajaan negeri Melaka pada hari ini..;) Hampir sejam dalam kesesakan barulah kami dapat meneruskan perjalanan ke Restoran Tomyam Klasik...alhamdulillah perjalanan mudah dengan bantuan Garmin Mobile XT.



Ehem...selepas makan2...sementara menunggu ketibaan mempelai...kami sempat posing2...kebetulan pulak terjumpa jiran sekampung kat kedai cenderamata dalam restoran tu.....



Pasangan mempelai yang merupakan pangkat cucu saudara kepadaku (pengantin perempuan anak kepada anak saudara sepupu .... nama dia Siti Rohani binti Jasmani..)



Sekitar jam 1. 45 kami berangkat balik. Ops....sebelum tu singgah depan restoran utk posing2....hehe...ini kami 4 beradik...kami berempat je anak perempuan dalam famili. Budak kecik tu..Ahmad Huzairi, cucu kakak yg pakai tudung oren tu...tapi kemana2 je dg aku ler sebabnya kami duk serumah...hihi.


Ok...perjalanan balik tiada gangguan. Kami singgah di R & R Pagoh utk solat jamak zuhur dan asar...juga keadaan sesak dalam surau menyebabkan terpaksa menunggu utk tempat solat....alhamdulillah.


Meneruskan perjalanan pulang dan sampai rumah tepat jam 5.00 petang (itupun sempat lagi singgah pasar lambak semasa dalam perjalanan..)


Sekian. catatan sehari 'percutianku'..


Esok nak pi mana pulak ye?




(",)

Rabu, Mac 16, 2011

Pantai Timur 11 - 15 Mac 2011

Bertemu kembali setelah sekian lama...akhir2 ini rasa malas bebenar nak mengisi ruang blog wpun banyak cerita ingin dikongsi bersama. Bila laptop dibuka, ada saja kerja yg perlu diselesaikan meskipun tak selesai juga akhirnya...ermmm inipun sebenarnya ada tugasan yg perlu dibuat tp malas nak mula...
Apapun, kali ini saya nak cerita mengenai pengalaman cuti sekolah kali ini. Wow! kali ini benar2 rasa holiday...tak ingat langsung pasal sekolah! syoknya...hehe. relaks habis. Percutian kali ini telah dirancang lama...tujuan utama untuk menghadiri majlis resepsi anak saudara di Machang , Kelantan.
Saya memulakan cuti sekolah sehari lebih awal (ambil CRK beb.. ) Bersama2 ahli keluarga yg lain, kami memulakan perjalanan seawal jam 6.30 pagi 11 mac 2011...sepanjang perjalanan hujan turun tidak menentu...ada ketika lebat sehingga jalanraya langsung tak kelihatan....

Jam 2.00 petang kami sampai di Bandar Al Muktafibillah Shah (Pahang ke Terengganu ni???)

Singgah solat di Masjid ni sambil menunggu ketibaan ahli rombongan lain dari Kota Tinggi....mereka tiba jam 4.00 petang dlm keadaan kelaparan ;).
Perjalanan diteruskan jam 5.00 ptg dan sampai di UITM Machang jam 9.30 malam...hujan masih belum berhenti. Sebelum dibawa ke homestay, kami dibawa ke rumah pengantin lelaki untuk makan malam...jam 11.00 malam! ini semua sebab menunggu 2 buah kereta yg tersesat entah ke mana...huhu


Inilah rumah penginapan kami...homestay dgn kadar RM300 semalam. Ada 3 bilik dan 2 bilik air...sangat selesa. Kami yg seramai 25 orang, menginap selama 2 malam dan ditaja oleh keluarga pihak lelaki...terima kasih...
12 mac....posing2 sebelum ke rumah pengantin lelaki...
Bergambar ramai2...ini sebahagian kecil jer...hujan terlalu lebat masa ni...so yg lain2 malas nak masuk rumah...huhu
Hehe...sempat gak lagi posing masa nak balik ni...hujan renyai2 jer masa ni...

Pukul 4 lebih kurang pi Tanah Merah, jumpa kawan kakak yg dah 23 tahun terpisah (sejak di Sarawak dulu)...dia belanja makan 'colek perut'...emmm sedap gak wpun mulanya macam tak selera jer... ;)...ala mcm rojak jer...ada tauge, timun, keropok, paru, limpa, perut...sedap sebab kuahnya sedap...ada budu kot...

13 Mac.... jam 9.00 pg kami pun beransur... sebelum tu, singgah lagi rumah Amri (pengantin) dan dijamu dengan sarapan pagi...ada laksam...nasi kerabu...nasi dagang...kuih muih...erk...kenyang...

Ahha...sebelum balik pergi Kota Bharu dulu, eh Pengkalan Chepalah. Sebab nak menghadiri majlis perkahwinan kawan satu sekolah...Majlis start pukul 12...kami sampai 11.30, so pergilah bersiar2 dulu di Pantai Sabak ni....Fuyyo...angin bertiup begitu kuat sekali....syok sgt sbb lama tak pergi pantai...nyaman terasa...
(Gambar kawan tu dah terdelete plak masa tgk edit2 ni...malaslah nak masukkan lagi...)

Lepas makan terus balik....singgah solat di Masjid Hadhari Jerteh...Masjid yg nampak gah ketika mula2 melintasinya (mlm)...Fuh! ada lif dr ruang berwuduk ke ruang solat di tingkat 1...tapi toilet tak berapa bersihlah...(sori ye)

Singgah di Kuala Terengganu....menginap di Hotel Seri Malaysia, petang masa jalan2 cari makan jumpa tempat ni! Apa ni???? ingatkan projek apa dlm pembinaan...rupa2nya tempat parking kereta bertingkat...canggih gitu...first time jumpa ni. Kat mana lagi ada eak?

14 Mac.... pagi2 dah keluar sbb kononnya nak balik, sebelum tu bersiar2 dulu di dataran Shah Bandar...

Ops...tak sah pi Kuala Terengganu kalau tak pi Pasar Payang...kat sini jer dari jam 9.30 sampai jam 1.00 tghari...sampai 'bangkrap' dibuatnya...hahaha batik punya pasal...

OK...tak melepaskan peluang melawat Taman Tamadun Islam...tiket RM15 untuk dewasa...di dalam ada replika 21 masjid @ bangunan kesenian Islam dari 20 negara di dunia...

Replika Masjidil Aqsa....semoga suatu hari nanti saya berpeluang melawat Masjid yg sebenarnya....InsyaAllah

Replika masjid apa ni ye? tak ingat plak... ;)

Penat meronda '20 negara' bila keluar pekenalah aiskrim susu kambing yg lazat itu....emmm nyum..nyum..

;) sepanjang berada di Terengganu, sayalah yg jadi driver...sampai expert sbb beberapa kali tersesat..

Dah smpai TTI, rugi kalau tak pergi sini....Masjid Kristal....dapatlah solat di sini..

Syaza...jurugambar yg 'sibuk' sepanjang percutian kali ini...

On the way balik, singgah jap di Pantai Batu Buruk....oleh kerana dah petang (pukul 4.30 ptg...) mcm tak larat nak terus balik, kami singgah bermalam di Seri Malaysia Marang pulak...huhu

15 mac....hari ini kena balik jugak...so budak2 ni pagi2 dah bersiap nak mandi kolam...agenda terakhir percutian kata mereka...haha..saya pun teringin jugak tp atas sbb tertentu maka tak dpt join dia orang...

Eh....saya bawak kereta, maka saya pandu terus ke UITM Terengganu....mengimbau kenangan lalu....23 tahun dulu saya sering bersiar2 di pantai ini....sekarang banyak yg dah berubah...huhu

Pintu utamanya dah berubah kedudukan....apapun ITM Terengganu tetap di hati...

OK...sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kg halaman, posing dulu sebagai tanda kenangan...

Kenangan terindah takkan dapat dilupakan...hanya sebahagian kecil gambar dpt diselitkan...selebihnya akan di albumkan difb. sudi-sudilah menjenguk...;)
Sehingga bertemu dicoretan akan datang...daaa..
(",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...