Menjalani hari-hari terakhir di SMKAB dengan rasa sayu....berdebar dan teruja utk ke sekolah baru....aduhai...susah juga org kalau tak pernah pindah skolah ni..hehehe..
30 ogos...menyambut hari kemerdekaan utk kali terakhir di SMKAB. sambutan ala kadar...tapi mcm biasa menyanyi dgn penuh semangat menghayati detik2 kemerdekaan...
Usai majlis...meneruskan hari2 dengan menyiapkan segala tugasan yang belum sempat dilaksanakan...mengemas barang2...dan bersembang2....hahaha...
1 Sept...dpt call bgtau aku kena ke skolah baru pada hari Jumaat 3 sept. no excuse. Alamak mcm mana ni?? Jumaat ni ada majlis Khatam alquran di skolah dan aku teringin nak bersama2 utk kali pertama dan terakhir..(sbb majlis ni julung2 kali diadakan...). Apakan daya tak tercapailah hajat...namun aku berusaha memberikan sesuatu ide untuk majlis memeriahkan itu....alhamdulillah...apa yg dirancang berjaya juga dilaksanakan...bunga telur utk setiap guru dan souvenir utk setiap pelajar yg menyertai khatam alquran...
Khamis adalah hari terakhir...Hari ini semua kerja dah beres...barang2 dah berkemas...maka tibalah masa utk bersalaman dgn semua rakan yg ditinggalkan...oleh kerana program pasak telah bermula maka tak dapatlah jumpa semua guru...itupun aku dah tak tertahan menanggung kesedihan...kutahan tangis namun akhirnya tak terbendung lalu tertumpah jua apabila bertemu dgn pengetua dan dia tanya apa perasaan aku terhadap sekolah....tanpa kata...hanya airmata...huhuhu...tanpa segan aku menangis sungguh2 depan pengetua...hahaha...lawak jugak...
Ah...maka akan bermulalah episod baru dalam hidupku meneruskan perjuangan sebagai guru...jua pendidik...
p/s...kepada warga 4 Maju...terima kasih atas hadiah yang diberi...sgt2 dihargai...;)
(",)
0 comments:
Catat Ulasan