Memaparkan catatan dengan label SEKOLAHKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEKOLAHKU. Papar semua catatan

Khamis, April 28, 2011

Mana Suara????

Wah! bersemangat pulak nak masukkan n3 2 hari berturut2...ikut mood kan...lagipun hari ini something wrong somewhere ngan aku...;)

Pagi2 datang sekolah bersemangat nak bercerita pasal SPSK dengan kengkawan...tak ingat yang suara aku dah 'hilang' hari ni...Ops...sebelum tu...bangun awal2 pagi dah termuntah2...keluarlah segala macam kekotoran dari badan (kotnya lah...) sakitnya tekak...sekali belek2 eh...ada darah??? terkejut sakan...bila aku cuba bersuara....eh..eh...suara aku takde....huhu sudah bisukah aku? walhal semalam tak melakukan kesalahan suara pun...huwaaa... tapi kali ini, walaupun tekak sakit...tapi taklah pulak demam...Alhamdulillahlah jugak... tak kisahlah. yg penting kena bersemangat. kalau tak macam mana nak jadi HEBAT kan...;)

Ok sampai sekolah,,,,,bila aku mula buka mulut...semua rakan2 pun tercengang...."eh, mana suaraa??" laaa....tak dengarlah...dan semua orang pun gelakkan aku....semua org pun terpaksa tengok mulut aku dan sua muka dekat2 dgn aku sbb nak dengar apa yg aku cakap...haha..lawak betullah. Ish...sebenarnya sejak selasa haritu dah ada sorang kawan yg 'hilang' suara...dan mereka kata aku jangkit daripada dialah... tapi aku rasa tidak kot. cuaca memang super panas akhir2 ini...dan minggu lepas je aku melantak asyik minum ais....tak ingat dunia...huhu.

Jam 11 pagi ada pulak mesyuarat dan aku kena pulak bentangkan sedikit sebanyak mengenai taklimat semalam...(pembentang sebenar tentulah GPK 1...aku cuma tukang sampuk je). Haha..walau takde suara aku berjaya juga sampaikan apa yg aku sepatutnya sampaikan. Alhamdulillah...semangat HEBAT semalam berkekalan hingga hari ini...

Eh! seperkara lagi....semalam cerita yg hari ni aku tak sabar nak ke sekolah sbb ada pertandingan kawad kan...Yeah...pasukan sekolahku telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori NGO dan Naib Johan kategori GO...dan ketuanya juga berjaya menjadi pemberi koman terbaik perempuan...TAHNIAH DAN SYABAS...kamu semua memang HEBAT...

(",)

Sabtu, Julai 31, 2010

Majlis Persaraan Cikgu Mumazaini

Kali ini nak cerita sikit mengenai Majlis Persaraan Tn. Hj. Mohd Mumazaini bin Misri...beliau adalah mantan PK Pentadbiran sekolahku.....Majlis telah diadakan pada hari Jumaat 30 Julai 2010 yg lalu...cuaca ketika itu....hujan renyai dan terkadang lebat seperti juga apa yg kami rasai...sedih dan sayu...

Aku suka nak cerita dan tunjuk gambar2 sebab first time dia datang sekolahku, dia sempoi jer...relaks dan yg penting...setiap kali aku tengok dia terus aku teringat kat Arwah bapak aku...(tp masa dia first time pindah ke sekolah aku, bapak aku belum arwah lagi...)...

Keseluruhannya, dia amat bestlah dan sgt baik hati...aku sgt terharu bila dia kata..."awak semua jgn risau, setiap pagi sblm pergi sekolah dan malam sebelum tidur saya dah maafkan dosa anda semua"....ah...sesuatu amalan yg aku lupakan selama ini...sentiasa memaafkan semua orang sebelum waktu tidur...insyaAllah lepas ni aku buat meskipun sebenarnya aku tak menaruh marah dan dendam pun pada sesiapa walaupun org tu dah menyakitkan hatiku yg teramat sangat...

Tema majlis kali ini adalah hijau...sebab cikgu ni orang kuat *p__* daerah Pontian...haha...(sekolah aku kalau buat majlis jer mesti ada tema....tp biasanya yg memeriahkan tema adalah cikgu2 perempuan jer... ;) )


Posing dulu kat hadiah2 yg banyak itu...

Yg diraikan diarak masuk ke dewan...

Setitik budi Segunung kasih....

Kawan aku ni majoriti hidupnya asyik pakai baju merah jer...hijau langsung tiada dlm kamus hidupnya...tp demi cikgu Muma dia rela....

Ucapan terakhir....antara lain katanya..."guru bukan sekadar guru...guru perlu betulkan pelajar bukan setakat apa yg diajar tetapi betulkan nilai dirinya...betulkan pelajar jadi anak yang baik..."

Kak Jah dan Ina...ha..ha...inilah muka2 yg kelaparan...sejak pagi tak makan...(masa ni dah pukul 11 pg)

Tapi aku dan Sali...still maintain maa...

Upacara memotong kek persaraan....bersama isterinya....sebelah tu kek harijadi coklat pisang Secret Resepi..erm...yummy..

hehe...sempat lagi posing sebelum meninggalkan ofis untuk kali terakhir...huhu

Saat yg sungguh menyayat hati...tp cikgu Muma mcm biasa...sentiasa tersenyum...

Punch utk kali terakhir dan diperhatikan oleh tuan pengetua

Ustaz sedang mengalunkan azan untuk melepaskan beliau meninggalkan kawasan sekolah...

Pelajar mengucapkan salam terakhir....

Lambaian dari yang ditinggalkan....

Selamat tinggal semua....
Antara kata-kata dari wall facebooknya......
.....Dah sunah alam yang lama akan dipencenkan yang baru akan ganti baru organisasi tip top, he he he....
.... Terima kasih aje yang dapt aku ucapkan..semuanya dalam memori hidupku.....
..... Terima kasih kembali, doakan aku bahgia.....
Semoga Cikgu Muma akan terus bahagia dan sihat hendaknya....
(",)

Khamis, Julai 29, 2010

Segalanya untukmu...

Hari ini semua pelajar tingkatan 5 disajikan dengan ceramah teknik menjawab soalan.....pagi mereka ada taklimat menjawab sejarah di dewan besar.....selepas rehat pulak pelajar Akaun ada teknik menjawab Akaun..... lihatlah gelagat pelajar2ku....Bilangan tak ramai hanya 21 orang yg hadir hari ini....Siapa yg tak datang yer????


Tengok tu...santainyer mereka duduk...siap bersila...ish..ish..


Cikgu duduk belakang....sempat posing...hehe...

Tekun mendengar tips2 penting drpd JU daerah

Khusyuk menjawab soalan...

Huhuhu...selama hampir 3 jam dipasak...harap2 mereka dapat mempelajari banyak ilmu hari ini....hanya ini mampu kuperbuat untuk membantu kalian...semoga berjaya dengan cemerlang dalam SPM kelak...insyaAllah...Amiinnnn.


(",)


Khamis, Februari 11, 2010

Sukan Tahunan 2010







Selamat bertemu kembali....
Emmmm 4 hari tak menjengah blog...hari ni terasa nak menulis new entry...kebetulan ada acara di sekolah so bolehlah berkongsi peristiwa....

Hari ini tadi telah berlangsung kejohanan Olahraga kali ke 41 SMKAB... wah..meriah sungguh. Kali ini aku tidak lagi jadi urusetia sebaliknya mendapat tugasan mengendali siaraya....pun aku hanya melihat2 sahaja sebab semuanya telah diuruskan oleh 'org yag bertanggungjawab utk itu'...he...he....cikgu Ariffin telah menyewa sistem siaraya dari luar....so aku hanya jadi 'tukang teng0k' jelah.....selebihnya berpoya-poya...

Tapi tak dapat tunggu sampai habis acara coz kena pergi mesyuarat panitia daerah pulak....Apapun sukan tahun ini sangat meriah bagiku.... keep it up Ayer Baloi... untuk semua...teruskan usaha sehingga cemerlang dalam segala bidang....

.

Khamis, Disember 24, 2009

Keputusan PMR

Emmm.....keputusan PMR diumumkan hari ini......

Alhamdulillah seramai 8 orang pelajar telah berjaya mendapat 8A. 7 daripadanya adalah dari kelas RK mnakala seorang lagi dari kelas setia.....biasalah majoriti pelajar yg dapat tu adalah pelajar perempuan.....cuma 2 org je pelajar lelaki (kalau tak silap).....

Itu merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah sekolah...last year cuma 4 orang dapat 8A....tahun ni peningkatan 100%. Wow! Tahniah buat semua rakan seperjuangan...juga kepada semua pelajar yangmenduduki peperiksaan dan telah berjaya mebawa kecemerlangan.....Bukan itu saja, seramai 4 orang mendapat 7A 1B dan ramai juga yg dapat 6A dan 5A....Ada lagi......keputusan KHB PK...wah! memang telah ku jangka (he...he...he) semua pelajarku lulus meskipun cuma dapat C dan D....cukuplah...alaa....kelas penghujung benua asia......

Lepas ni....berdebar tunggu keputusan SPM pulak.....semoga juga akan menunjukkan pencapaian yang membanggakan....InsyaALLAH....

Rabu, November 25, 2009

Aktiviti AKhir Tahun....

Salam buat semua pembaca blog.....


Sejak awal cuti nampak semakin sibuk dgn tugas yang tak pernah sudah....ada aje yang menuntut agar disiapkan segera....apapun aku cuba buat semampu boleh....hu...hu...hu....nak update blog pun tak sempat....so hari ni kucuba update...dapat sikit pun jadilah kan...he...he...he...

Emmm...aku belum rasa 'bercuti' walaupun dah beberapa hari cuti sekolah bermula....masih setiap hari ke sekolah menjalankan tugas2 tertunggak dan menyiapkan tugasan akan datang...
dan...sepanjang seminggu ini pula aku rasa tidak berapa sihat...itu yg membuatkan beberapa aktiviti rutin tergendala....kuharap segalanya dapat kutempuhi dengan tabah....

Emmm...hari ini demi anak murid tersayang...aku meluahkan masa untuk mereka...membantu apa yg patut sebelum menghadapi peperiksaan sebenar 1 disember ini....huh...aku yg terlebih takut sebenarnya...harap2 mereka dapat jawab semuanya dengan mudah....

Hari ini, dari sejumlah 28 orang pelajar hanya 12 orang yg menghadirkan diri...selebihnya sedang menghadapi peperiksaan Math Tamb. di Dewan peperiksaan....tapi ada juga yg langsung sengaja tak mahu datang.....Takpelah...moga Isnin nanti mereka akan hadir....


Pelajar tekun buat latihan saat2 akhir....semoga semua yg hadir hari ini berjaya dengan cemerlang.....ameeen...

Jumaat, November 20, 2009

Selamat Bercuti..


Last Day......20 Nov 2009

Hemmmm...akhirnya sesi persekolahan 2009 tamat sudah....Cuti persekolahan bermula esok...
Kepada semua rakan seperjuangan...Selamat bercuti.....semoga ceria dan gembira bersama keluarga.....
Kepada semua pentadbir......selamat bertugas dalam cuti.....semoga dapat bertugas dengan penuh keikhlasan
Kepada semua rakan yang berpindah.....Selamat berpindah...semoga gembira dan selesa di tempat baru.....
Kepada rakan yg bakal jadi pengantin (Saliza ler) ....Selamat Pengantin Baru.....semoga kekal hingga ke akhir hayat...
Noma, Nadia, Ummi dan Ijan........jangan sedih ye...kami semua sayang kat awak......


Pemantauan ISO......19 Nov 2009

Semalam telah dijalankan pemantauan oleh auditor dari 3 PPD (Johor Bharu, Pasir Gudang dan Pontian)...bermula jam 9.00 pagi hingga jam 4 ptg.....penat juga menunggu...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...tapi kena juga NCR (Non Complete Record)...biasalah...nobody's perfect...
Apa yang penting...dapat satu pengalaman yang sangat2 berharga dan berguna...

Peperiksaan SPM bermula....18 Nov 2009
Hari ini peperiksaan SPM bermula....awal pagi terasa sebak pulak bila melihat dan mendengar calon2 SPM tu baca yaasin beramai2...semoga semuanya dapat menjawab soalan dengan penuh ketenangan dan semoga semua beroleh kejayaan yang diharapkan....
Jamuan Perpisahan......17 Nov 2009

2 orang guru di kiri (Noma) dan kananku (Nadia) yang akan berpindah. Hujung tudung coklat tu KB Sains Sosial....Kak Jah Idris..

Seawal 7.30 pagi lagi kami dah berkumpul beramai-ramai di kantin untuk majlis jamuan perpisahan (Jamuan kuih teriak) 4 orang guru....seronok majlis pagi ni....banyak betul makanan.....Alhamdulillah kalau pasal makan...semua bermurah hati....semoga semuanya akan bertambah murah rezeki...ameeen....


Pemudi harapan bangsa.....


Sebelum majlis bermula pelajar terlebih dulu dihimpunkan dalam perhimpunan pagi mcm biasa....emmmm tertangkap pulaklah budak 4 orang di atas ni...kerana membawa tepung...ni takde kerja lainlah selain niat nak menabur tepung...kononnya untuk majlian jamuan akhir tahun kelas mereka....selalunya....dolu...dolu yg buat kerja cam tu adalah budak lelaki...tapi lain pulak kali ni......baru tingkatan 2...dah pandai nak buat sesuatu yg tak elok......apalah nak jadi...

...

Khamis, November 12, 2009

Cerita Minggu Ini..

KURSUS SEMAK SEMULA P.PERAKAUNAN

Hari Isnin 10/11/09 hungga 11/11/09 yang baru ni saya telah mengikuti kursus anjuran JPNJ. Kursus Semak Semula Matapelajaran Prinsip Perakaunan. Fuh! nampak gaya next year kena berkampung kat makmal komputer kerana hampir keseluruhan topik memerlukan penggunaan TMK dalam P & P....

Kursus telah diadakan di Hotel Seri Pelangi, Muar.


Emmm dah hujung tahun ni ada pulak kursus yang tertinggal......tapi terpaksalah pergi demi kepentingan pelajar tersayang he...he...he...selebihnya nak keluar dari sekolah sehari dua sebab tension sangat...dan yang penting memang kena pergi sebab saya ni ketua panitia...ha...ha...

Bersama Norizah Karim (Ketua Bidang Teknik Vokasional SMK Dato' Penggawa Barat)
.......Muka monyok je sebab letih sangat dengar macam2 peringatan/nasihat/motivasi/tip2/dll....

Kepada cikgu Hamzah (SMK Sri Tanjung), terima kasih kerana menumpangkan saya dan rakan2 yang lain....lain kali bolehlah saya tumpang lagi...


******************************************************

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR


Pagi tadi telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2008 (kurikulum)/2009(Kokurikulum). Majlis bermula jam 10.00 dan berakhir jam 12.00 tengahari. Majlis berjalan begitu lancar.

Wah! kebanyakan pelajar yang menerima anugerah terdiri daripada pelajar perempuan! Dari segi akademik, hanya 3/14 pelajar lelaki yang menerima anugerah. Manakala kedua-dua tokoh kokurilum dan tokoh kepimpinan juga diterima oleh pelajar perempuan! mengapa ini terjadi...Bangunlah duhai anak bangsaku pemuda harapan negara...

***************************************

JAMUAN AKHIR TAHUN

Usai Majlis anugerah kami bergerak pula ke Kukup Golf Resort untuk Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009. Majlis bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang. Nampaknya majlis hari ini berjalan begitu lancar dan selesai lebih awal dari yang dijangkakan...

Bersama mantan pengetua Pn. Tan Moi Yan (baju purple)



Gambar ini pula bersama Kak Linda dan Kak Khadijah Daud (telah berpindah ke SMK Dato' Penggawa Barat). Wah! first time makan kat meja utama ...lauk pauk telah sedia terhidang..

Apapun...seronok sangat majlis hari ini..meriah dengan gelagat kak Zihan dan kak Jah Idris....hilanglah sikit sakit kepala yang kualami sejak sabtu lalu.....

Kepada rakan2 yang berpindah ke sekolah baru (Nurul Nadia ke SMK Pasir Gudang 3/ Ummi Salihah ke Keningau, Sabah/ Noma@Naisah ke Bentong, Pahang/ Norizan ke Temerloh, Pahang), jangan lupa kami di sini ya. Buat Wan Fauziah yang dah 12 kali minta pindah, bersabarlah dengan semua dugaan yang melanda semoga kesabaranmu dibalas dengan sejumlah kebaikan tak terduga...

******************************

Khamis, November 05, 2009

Jawatan Baru

Wah! hari ni buat pertama kalinya aku balik lewat kerana tugas baru.....Sebenarnya aku dimaklumkan akan tugas baruku pada Sabtu (31 Oktober) lalu. Tapi aku seakan menidakkannya kerana masih tidak menerima surat hitam putih lagi...malah sampai saat ini pun aku tak terima surat perlantikan...Apapun...aku yang memang sedia berkhidmat ini tetap menerima tugas yang diamanahkan dengan rasa senang hati...kalau paksa diri nanti tak ikhlas pulak dan sudah tentu jadi tension dan stress.....so aku kenalah berfikiran rasional dan terbuka...

Sampai saat ini pun aku rasa tak layak untuk jawatan itu...siapalah aku...aku bukan pandai sangat dengan IT...tak pernah juga menghadiri kursus dalam bidang ni...tapi dah barisan pentadbir sekolah rasa aku boleh....maka akupun terpaksalah membolehkan diri meski telah kuberi pelbagai alasan yang agak munasabah....maka kuharap semua rakan seperjuangan...terima aku seadanya....

Tugas baruku...Guru Kanan Media dan Perpustakaan (aku tak pasti betul ke tidak...setahuku tidak ada perkataan 'kanan' dalam jawatan ini)...mula-mula kena buat Buku Panduan Guru 2010.....sebelum tu..barisan pentadbir mengagihkan tugasan untuk setiap guru...
Wah! tahulah aku bagaimana pengagihan tugas guru2 dilakukan selama ini...ho...ho...ho...tapi ini rahsia pentadbir...he..he...he...dan aku senyum je sepanjang menjalankan tugas baru ini (sebab aku teringat bagaimanalah agaknya keadaan mereka semasa nak beri aku tugasan tahun lepas...) selebihnya aku 'blur' tak tahu nak buat keputusan lagi..dan akhirnya aku jadi pencatat setia...

InsyaAllah...aku akan berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri dan mereka yang memerlukan...Semoga ALLAH memberkati segala usahaku...ameeen


...

Khamis, Oktober 15, 2009

Selamat Datang Pengetua Baru.....

Hari ini pengetua baru sampai....serius tu... En.Mastura Aladdin bin Masro...orang kampung sebelah je..Sama-sama posting ke Sarawak dengan kakak saya dulu. Sebelum ni pengetua SMK Taman Puteri, Kulai. Sebelum tu Penolong PPD Pontian. Semoga dapat memberi khidmat yang terbaik dan memulihkan semangat kami yang hampir-hampir kecewa ini...uhuk...uhuk...uhuk....hanya yang tahu maha mengetahui......


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...