Rabu, September 22, 2010

Akukah?

"Kamu nie....kamu tahu tak kenapa mereka semua suka kamu?...kerana mereka tahu siapa kamu....kamu cantik....kamu baik.....dan sebenarnya hati kamu cukup rapuh....."

Hah???? Hati aku rapuh ke? mungkin....oh tidak...hati aku tak rapuh. Apa yg pasti aku penuh dengan simpati dan empati....aku sentiasa bersedia memaafkan....aku mudah meyayangi seseorang....melupakan apa yg telah mengguris hati dan perasaanku...aku mudah mengerti apa yg mungkin telah terjadi....terpulanglah jika niat memang telah disalah erti.....jika niat memang utk menyakiti....aku redha dan pasrah pada ketentuanNYA. Tapi aku tak semudah itu untuk melupakan....biarpun amat mudah untuk memaafkan....

Usahlah dipermainkan. Usahlah terlalu mengharap. Usahlah dipaksa aku untuk menerima kerana segalanya telah kuserahkan kepada Yang Maha Esa.

Dan kerana kerapuhan hatikulah maka hingga kini aku masih sendiri....kerana terlalu nak menjaga banyak hati agar tidak terluka dan melukai....emmmm akukah itu????

(",)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...