Isnin, November 28, 2011

Sesaja...

Alahai...setelah seminggu bercuti di rumah...santai2 tengok tv, tetiba esok perlu ke sekolah sehingga minggu hadapan. Aaargh...malasnya bila difikirkan. Tak sabar nak menghabiskan minggu depan sebab dapat bersantai lagi. kali ini nak pi KL plak. nak santai2 kat sana...hehe. Ermm tu jelah nak tulis. Saja nak mencoret2....sbb takde apa nak cerita...haha. Selamat berholiday kepada pembaca yang dapat pi holiday merentasi sempadan antarabangsa. Enjoy your holiday dan selamat kembali dengan azam baru di tahun baru 2012.

(",)

Sabtu, November 26, 2011

Salam Hijrah 1433

Assalamualaikum wrt. wbt.

Bertemu kembali untuk entry terakhir tahun hijrah 1432. Kepada semua, saya ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H... Semoga tahun baru akan datang dapat kita jalani dengan lebih indah dan penuh ketaqwaan... Sematkan dihati dengan azam yang lebih baik bagi mengubah diri kearah insan yang lebih cemerlang bukan saja dalam kalangan manusia, tapi yang lebih utama, cemerlang disisi ALLAH swt.

Azam baru??......InsyaAllah sentiasa ingin menjadi dan melakukan perkara yang lebih baik berbanding sebelumnya. ...satu hal yang sentiasa perlu diatasi, sikap bertangguh...aduhai...semoga saya dapat mengatasinya dengan baik. Semoga 1433H membawa sinar yang lebih bergemerlapan dalam hidup saya. Semoga bertambah keimanan kepadaNYA.....

Segala apa yang telah dilalui sepanjang 1432H, moga dijadikan panduan yang akan mengubah sempadan, terutamanya sempadan iman. InsyaAllah, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan liku2 kehidupan yang tidak dapat dipastikan kesudahannya.

Seperkara yang telah dilalui, walaupun pedih menusuk di hati, saya gembira kerana dapat melaluinya dengan penuh sabar dan taqwa. terima kasih Allah kerana memberi saya kekuatan itu.

Buat semua, maaf andai ada terlanjur kata terkasar bahasa. Semoga kita sentiasa diberkatiNYA.

Ops...jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun petang ini ya. ;)

(",)

Isnin, November 21, 2011

Selamat Bercuti

Alhamdulillah. Setahun telah berlalu. Kujalani hari-hari di sekolah baru dengan pelbagai cara untuk mendekati mereka. Pelbagai teknik dan kaedah P & P telah dibuat. Namun harus kuterima hakikat bahawa sekolah lama takkan pernah sama dengan sekolah baru (merujuk pelajarnyalah). Terbukti persekitaran kawasan, sosio ekonomi keluarga, latar belakang keluarga, pekerjaan ibu bapa, rakan sebaya memberi pengaruh besar bagi seseorang pelajar dalam tingkah laku dan peribadi masing2. Semangat dan azam untuk mencapai kecemerlangan juga dipengaruhi faktor2 berkenaan. Apapun, sebagai guru aku telah berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Tahun hadapan, insyaAllah perjuangan akan tetap diteruskan. InsyaAllah diharap akan jadi lebih baik nanti. Baik untuk diriku juga untuk anak muridku. Kelemahan telah dikenalpasti. Kecemerlangan harus digapai walau apa jua keadaan yang bakal ditempuhi.

Dikesempatan ini, diucapkan selamat bercuti buat semua warga sekolah, walau di mana jua anda berada...samada di Malaysia mahupun Singapura atau mungkin juga di seluruh Asia Tenggara. ;)

Sekian. Hingga bertemu kembali.

(",)


Isnin, November 07, 2011

CINTA itu, milik ALLAH.

Sebuah catatan buat renungan...


"...Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti....."

Bila anda bercinta. pastikan. ianya tulus dari hati. bukan dari rasa simpati.
Bila anda bercinta. pastikan. ianya cinta dari Ilahi. bukan dari iblis dan jinni.

Bila anda bercinta. pastikan. ianya kekal abadi. bukannya permainan hati.

Bila anda bercinta. pastikan. anda hargai. bukan bila SUNYI baru mencari.



"Ya Allah, lihatlah air mata kami ini, kepedihan dihati kami. Hanya Engkaulah sumber kebahagiaan kami, ku mohon ubahlah kesedihan kami menjadi kebahagiaan dan ubahlah air mata kami menjadi senyuman."



Sekadar renungan buat diriku yang sering lupa...;)

(",)

Sabtu, November 05, 2011

Salam Aidil Adha

Hari ini 9 Zulhijjah. Selamat berpuasa buat yang berpuasa.

Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim). Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. - Ustaz Zaharuddin

Juga, Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca muslim YANG TERINDAH. Semoga kita semua dirahmati ALLAH hendaknya. Amiin.

(",)

Rabu, November 02, 2011

Tidak Mudah..

Salam Ukhwah buat semua,


Hari ini sudah 6 zulhijjah. Alamak! belum berpuasa walau sehari. Bukan disengajakan tetapi hukum alam...;). Tak mengapa, semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Moga2 dapat berpuasa sehingga hari wukuf.

****************************************************************************



Ini adalah sesuatu yang harus dikongsi bersama..



::..TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH..::

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi....Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.


Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya.....Agar kita sentiasa tabah dan kuat.


Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain.....Agar diri akan terasa lebih bahagia..


Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan dihina,, Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..


Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,, Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..


Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,, Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh....Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya.


Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,, Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..


Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,, Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur...Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...


Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya



************************************************************************



Tidak MUDAH melupakan seseorang yang kita sayangi, pergi meninggalkan kita,,,,Tetapi akan terasa INDAH bila menyedari bahawa itu caranya beliau menyayangi kita.


(",)




Selasa, November 01, 2011

1.11.11

Hari ini adalah antara tarikh yang perlu diabadikan dalam entry Yang Terindah.

Apa yang unik hari ini ya...ermm hari ini dapat melalui 2 saat gembira, pertama menerima berita gembira, kedua melakukan sesuatu yang menggembirakan semua orang. Apakah itu? biarlah hanya aku saja yang tahu. Namun aku berharap ia merupakan permulaan bagi setiap detik terindah dalam hidupku seterusnya. Semoga pengorbanan yang kulakukan mendapat barakah dari Ilahi. InsyaAllah kerana apa yang kulakukan adalah semata-mata kerana NYA jua. Amiiin Ya Rabbal Aalamiin.

(",)

Isnin, Oktober 31, 2011

Segera sesegera namanya...

Hari ini berlalu sebagaimana biasa. Cuma timbul kepuasan dalam diri lebih sedikit hari ini. Alhamdulillah beberapa urusan dapat diselesaikan dengan lancar. Mesyuarat di sekolah juga berlalu tanpa sebarang masalah yang timbul.

Yang paling aku suka....kek marble segera habis macam goreng pisang panas...sesegera namanya, ia juga selesai dimakan dengan segera. Kawan2 sangat mengemarinya. Aku tak sempat menjamahnya di sekolah, dengan harapan balik rumah ada lagi....hampa...di rumah juga habis licin! Apapun, alhamdulillah. Rezeki Allah dikongsi bersama. Tidak mengapa, nanti boleh buat lagi....hehe

(",)

Ahad, Oktober 30, 2011

Kek Marble Segera

Salam ukhwah buat semua....;)



Yang terindah hari ini nak berkongsi kegembiraan kejayaan saya membuat kek. Ermmm alahai...biasa je kan. Cuma ia jadi yang terindah sebab dalam keadaan saya yang tak berapa sihat...(dah 2, 3 hari migrain dan batuk2...dek cuaca yg tak menentu...dalam pada panas membahang tetiba hujan turun mencurah2... macam tulah cuaca kebelakangan ini di sini).



Jadi, macam biasa selepas makan ubat saya pasti tertidur....dan sedar2 aje terus nak pi buat kek marble segera....kenapa segera? sebab guna tepung segera...cuma tambah susu, telur dan butter...Rasa? oklah......cuma sedikit manis (sebab saya tak berapa suka manis2...rupa? kurang sikit dek kerana saya tak berapa pandai nak melapis adunan...




Inilah rupa kek marble yang dah siap dimasukkan ke dalam tupperware untuk dibawa ke sekolah esok...hehe.


(",)


Khamis, Oktober 27, 2011

Makan lagi...;)

Waa....ia makan2 lagi. Setelah bercuti 5 hari! hari ini hadir ke sekolah dengan jiwa yang berbeza....seawal 5 pagi dah bangun untuk menyediakan 'sarapan' untuk kawan2. Plan awal kami nak buat 'makan-makan' hari ini dengan menu ubi rebus....tapi apakan daya, ia hanya perancangan. Bila kawan yang sepatutnya menyediakan ubi rebus terlupa untuk menyediakannya, maka aku yang telah siap menyediakan sambal tumis terpaksa menyediakan makanan utamanya....on the spot yang terlintas hanyalah lempeng...atau omputih kata 'pancake'. Alamak...lempeng akan menjadi lebih enak jika ada kelapa..atau sekurang2nya santan....tapi tiada stok pula di rumah. Oleh kerana dalam peti ais ada susu segar, maka susulah penggantinya...hasilnya sangat memuaskan....sedap dan enak sekali...nyum...nyum. Tambah2...kengkawan pun kata sedap...hinggakan tuan punya tak dapat merasa...tak apa, asalkan kawan2 puas hati....hehe. mengelak kempunan, petang, sekali lagi buat lempeng untuk makan malam. PUAS.

Dan esok....makan-makan disambung dengan menu asal....Ubi rebus....;)

(",)

Ahad, Oktober 23, 2011

Mood Makan-makan

Alhamdulillah. Setelah beberapa minggu dalam ujian....ujian hati dan perasaan, hari ini aku bangkit dengan kekuatan....kekuatan hati dan perasaan. Semoga aku redha dan mensyukuri nikmat kurniaan serta diberkati Allah sentiasa.

Hari ini terasa-rasa ingin melakukan aktiviti yang biasa aku lakukan hanya semasa cuti persekolahan yang panjang. Aktiviti masak memasak...;). kiranya, hari ini dalam cuti yg 'agak panjang' jugalah kan...Apakan tidak, hari ini ahad....cuti sampai hari rabu, so panjanglah tu....hehe.

Pepagi hari aku mulakan dengan jemput-jemput sepinggan lengkap...Ini istilah dalam sukatan pelajaran KHB. Bila mana menyediakan satu jenis masakan yang terkandung segala macam khasiat...protein...sayur...kabohidrat...maka dinamakan sepinggan lengkap. So menu pertama hari ini menyediakan jemput2 yang mengandungi segala macam bahan yang perlu....alamak! dalam kecoh2 kat dapur tu datang pula permintaan nasi goreng daripada budak2 kecik kat rumah ni....so dengan segeralah pula menyediakan nasi goreng istimewa untuk mereka. Istimewalah sebab dapat buat dengan segera...(mcm kat kedai pula rasanya). Usai menjamu selera....berehat sebentar menonton video...haha...santai sakan.

Tengahari.....menu ringkas aje...sup sayur...ikan cencaru goreng....dan bilis masak kicap. Taklah makan banyak sangat sebab perut dah penuh dengan jemput2...

Belum lagi hilang rasa kenyang, tekak terasa pulak nak makan bubur...segalanya bermula selepas terjumpa sepeket sagu dan gula melaka semasa mengemas almari. Apa lagi terus aje masak gula untuk dibuat bubur...so untuk melengkap rasa dan memenuhi permintaan budak2 kecik...terpaksalah suruh anak sedara pi cari pisang (kena beli ler sbb takda stok...haha). Sekejap jer....siap dah bubur pisang sagu. Santai sungguh agenda makan2ku hari ini. Dah penat2 masak tu lupa pulak nak snap gambar buat tontonan. Tak apalah yg penting dan selamat masuk dalam perut...hehe.

Ops...oleh kerana seharian penuh dengan makan2....lewat petang kenalah exercise untuk membakar semua kalori yang dah dikumpul seharian. Apalagi cubalah berbasikal pulak di sekitar rumah....sambil2 bakar sampah. berpeluhlah jugak...harap2..habislah segala kalori dan lemak yg terkumpul sehari ini... OK. ketika n3 ini ditulis...terasa pulak laparnya perut...haha.

OK sehingga jumpa lagi. InsyaAllah n3 akan dtg akan disertakan sekali dgn gambar. boringkan takda bahan bantu ni...

(",)

Ahad, Oktober 16, 2011

Akhir-akhir ini....

Aku nampak kuat...
Aku nampak tabah..
Aku kelihatan tenang bersahaja...
Namun siapakah yang mengerti isi hati....
Segalanya kulalui sendiri....
Ujian demi ujian kuhadapi...
Cabaran pergi silih berganti...
Kekuatan terlahir dari sudut hati....
Tapi masih aku tidak mengerti...
Kenapa ini harus terjadi...
Duhai diri, belailah hati.......
Usah diratap yang telah pergi...
Meski kasih masih berbaki...
Ingatlah Allah sentiasa disisi.


Istimewa buat insan yang 'sampai hatinya' buat aku begini...
(^_^)

Rabu, Oktober 12, 2011

Kebahagiaan Dalam Diri..

Catatan entry ini adalah 'copy n paste'.....buat renungan semua dan diriku juga...

Temukan Kebahagiaan Dalam Diri Anda

Cinta bukanlah pikiran dan perasan. Cinta bukanlah semata harapan dan keinginan, tetapi cinta adalah sebuah latihan kesabaran, sebab cinta itu memberi, cinta itu berkorban, cinta itu memaafkan. Cinta yang hakiki tidak dilalui dengan riang gembira dan canda tawa namun cinta yang hakiki dilewati dengan peristiwa yang menguras derai air mata, perih dan terluka agar anda mengerti bahwa sesungguh cinta yang hakiki hanyalah cinta kita kepada Allah, Sang Pemilik Kehidupan. Bagi mereka yang mengejar kebahagiaan dengan berharap akan menemukan cinta yang hakiki cobaan dan ujian yang terberat adalah kehilangan. Kehilangan sesuatu yang berarti tentu saja membuat kita merasa sedih dan berduka. Terlebih kehilangan seseorang yang begitu kita cintai dan kita harapkan, bahkan seluruh hidup kita bergantung kepada kehadirannya, maka rasa perih dan terluka mengiringi kepergiannya teramat dalam dan tidak akan pernah terhapus dari ingatan kita. Setiap benda, peristiwa, jalan yang pernah kita lalui atau hal yang mengingatkan kita kepada orang tersebut membuat perih dan luka hati menganga kembali dan rasa sakit menyayat begitu perih, nyeri.

Kenangan indah, hidup penuh semerbak harum mewangi bunga, bagai di taman surga tersimpan dalam ingatan kita. Cinta dan kasih sayang, kemesraan, menimbulkan kenangan manis tak terlupakan. Sementara disisi lain kecintaan penuh muatan emosi, pertengkaran, menimbulkan luka yang teramat dalam. Setiap benda, tempat, peristiwa dengan orang yang kita cintai menimbulkan kenangan manis dan pahit juga perih. Itulah sebabnya ketika kita kehilangan orang yang kita cintai terjadi secara tiba-tiba, sama sekali tidak diduga dan tidak dikehendaki, jiwa kita memberontak, marah, tidak dapat menerima keadaan yang terjadi karena ditinggalkan.

Sahabatku, temukan kebahagiaan dalam diri anda. Fafiru Ilallah, Larilah pada Allah, menangis dan memohon pd Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran melewati masa-masa berat itu. "Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik-baiknya pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah, mereka tidak ditimpa satu bencana dan mereka mengikuti keridhaan Allah. Allah mempunyai karunia yang besar." (QS. ali Imran : 173-174).

Wassalam,
M. Agus Syafii


(^_^)
Disaat hati terluka & pedih..

Ahad, Oktober 09, 2011

9.10.11 @ Indah

Hari ini...Ahad. Tarikh yang sangat indah...justeru kuabadikan dalam Yang Terindah. Semoga hari-hari mendatang dalam hidupku menjadi hari-hari yang indah. Semoga hati dan emosiku juga indah...Semoga segala-galanya akan menjadi indah-indah belaka...Semoga aku mampu menghadapi segala yang tidak indah menjadikannya sebuah realiti yang indah.



Impian untuk memilikinya...semoga jadi kenyataan indah. InsyaAllah.



Kerana nilai sentimentalnya, ia telah dihadiahkan kepadaku. Terima kasih untuk semua kenangan itu. Biarpun pahit, akan kutelan jua.


Aku yang lemah tanpamu

Aku yang rentan karena

Cinta yang telah hilang darimu

yang mampu menyanjungku....


Bila yang tertulis utkku adalah yg terbaik utkmu

kan kujadikan kau kenangan

yg terindah dalam hidupku

namun takkan mudah bagiku

meninggalkan jejak hidupmu

yg telah terukir abadi sbg kenangan yg terindah.


Bukit Indah akan tinggal kenangan.;)

(^_^)


Kerana Sayang...

GINJAL tanya JANTUNG.. "sayang di mana"
JANTUNG jawab "tak tahu.."
JANTUNG pun tanya PARU-PARU "sayang di mana "
PARU-PARU cakap "tak tahu.."
PARU-PARU tanya HATI lak "sayang di mana "
HATI pun jawab "sayang di sini..."
GINJAL, JANTUNG & PARU-PARU hairan... "Kenapa sayang ada di hati " HATI jawab.. "Hati di pilih oleh Allah untuk memiliki sayang.. Kerana sayang, Hati rela Menangis, Hati rela Dilukai.. Dan kerana sayang, Hati rela Berkorban.

Semuanya kerana sayang....

(^_^)

Jumaat, Oktober 07, 2011

Tenanglah...

Sayang,
Semoga kau temui apa yang kau cari. Tenangkanlah hatimu. Solatlah disepertiga malam. Berdoalah kepadaNYA. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayahNYA. Pasrah dan tabahkan hati menghadapi apa jua ujian yang ditakdirkan buatmu.

Sayang selalu...dan selamanya. InsyaAllah.

(^_^)

Rabu, Oktober 05, 2011

Aku Tidak Pandai

Aku tidak pandai menabur kata
Tidak juga suka menabur berjanji
Aku hanyalah insan biasa
Yang sentiasa ikhlas dari sanubari

Aku tidak pandai berpura-pura
Tidak juga suka bergelak ketawa
Yang terlahir segalanya dari jiwa
Semoga diberkati sepanjang masa

Aku tak pandai pun nak cipta pantun ni
Entah kenapa tetiba ia terlahir diminda
Lantas terluah tercatat di sini
sebagai kenangan buat anda...

ish...entah apa2...(segalanya tercipta akibat kecelaruan yang melanda...)

(^_^)

Ahad, Oktober 02, 2011

Datang dan pergi....

Assalamualaikum wrt. wbt...

Hari berganti hari, bulan baru muncul lagi.....tahun beranjak pergi....namun aku masih begini...sentiasa memohon berkah Ilahi....agar keimanan sentiasa dihati.

Hari ini, kita mungkin gembira, esok lusa mungkin kecewa...pasrahlah hanya pada yang ESA. Kerna dia mengetahui segalanya apa yang terbaik buat kita.

****************************************************************************

Ermmm...bermadah pulak saya malam ni...terkadang apa yang terluah datangnya dari hati...barangkali...namun itulah kenyataan. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Apa yang terindah buat kita barangkali tidak pada orang lain. Apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya, bila kita gembira, ada orang yang yang berduka...tatkala kita berduka, tentu ada yang riang gembira atas kedukaan kita.

Usahlah kita berdendam pada kegembiraan orang lain meskipun kita kecewa. Allah ada rahsia untuk kita. Berdoalah supaya rahsia itu adalah kegembiraan buat kita....berdoalah....."Ya Allah, gembirakanlah aku dengan kekayaan, sehingga 120 kebaikan. Alllah adalah sebaik-baik pemelihara, dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya"

Hati.....tenanglah di tempatmu. Semoga aku terus tabah menghadapi segalanya.

(^_^)

Jumaat, September 30, 2011

Saat itu...

Saat yang terindah itu takkan kabur sampai bila-bila...

Semoga Allah memberiku kekuatan menghadapi sebarang kemungkinan..

(",)

Selasa, September 27, 2011

Buku Kecil Berwarna 'Pink"

Assalamualaikum wrt. wbt.

Bertemu kembali dalam waktu terdekat. Alhamdulillah diberi kekuatan dan semangat untuk menaip entry pada malam ini....;0.. tetiba pulak timbul kerajinan untuk menaip malam ni....hehe

Semalam, ambil CRK sebab dah tahu pasti akan kepenatan sekembalinya dari Klang. Memang penat sangat sebab lebih kurang jam 12.30 tengah malam baru sampai rumah (hampir jam 8.00 malam baru bertolak dari Klang).....

Hari ini, pergi sekolah macam biasa walaupun masih dalam keadaan lemah disebabkan kepenatan dan demam yang belum pulih sepenuhnya. Suasana sekolah macam huru hara sikit dek kerana 23 orang guru tidak hadir (MC, kursus dsbnya) ! Aduhai...kenapalah hujung2 tahun ni pulak nak diadakan macam2 kursus...tunggu awal tahun depan tak boleh ke? Sakit kepala tak larat nak dengar bunyi bising. Tetiba ada pulak helikopter buat latihan mendarat di padang sekolah. Semakin hingar bingar suasana. Masing2 macam jakun je keluar ke koridor sebab nak tengok heli tu...suara cikgu tenggelam dalam deruman enjin sang heli. Nak marah pun tak guna...so diam dan sabar ajelah...

Walaupun dah cuba untuk bertenang dan bersabar sepanjang hari, takdir yang tersurat tak dapat diubah. Petang, sebagaimana yang diperlukan dalam kad temujanji, aku menghadirkan diri di poliklinik...huhu terpaksa terima kenyataan bahawa tekanan darahku naik juga hari ini (padahal sepanjang bulan puasa dan syawal aku berjaya mengawalnya sehingga paras normal ). Nak jadi cerita kan, setiap kali ada temujanji mesti baru baik demam, atau tengah demam. Redha ajelah...dan lebih redha lagi bila kali ini aku terus dapat buku 3x5...Buku kecil berwarna pink itu sangat comelll...huhu. Takpelah. Kalau tidak, kesihatan sering terabai. kenalah berjaga2 nampaknya. Apa-apa hal pun, taknaklah makan ubat setiap hari. Cuba untuk menghadkannya. Dan untuk temujanji seterusnya....18 Januari 2012...wow..lama lagi...bererti, taklah serius sangat...ehe...

Oklah. Semoga kita semua dalam lindungan dan peliharaanNYA. Semoga kita sentiasa sihat dan dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh kesyukuran. Juga semoga hidup kita sentiasa dirahmati dan diberkatiNYA.

Wassalam.

(",)

Ahad, September 25, 2011

27 Syawal...

Assalamualaikum wrt..wbt...

Selamat bertemu kembali di pagi yang ceria ini...
Aduhai lamanya tak menulis apa2 entry...Sibuk ke? rasanya taklah sesibuk mana, tapi apa yang nyata sentiasa menyibukkan diri supaya tidak terbeban dan tension dengan perkara2 yang membebankan fikiran. Malas dah nak fikir macam2 hal, so buat2lah sibuk...itu yang terbaik buatku...huhu.

Pagi ni berada di Klang..hehe...lama sungguh tak keluar dari Johor. Jumaat selepas balik dari sekolah (sampai rumah dah pukul 2 sbb singgah bandar dulu), terus bersiap sedia apa yang patut. Tak sempat rehat dan melelapkan mata (mcm biasa lepas balik sekolah) pukul 3.30 terus bertolak...budget sampai paling lewat pukul 8 malam.....tapi kita sekadar merancang...tersilap keluar highway, dah tersesat sampai tol subang jaya....apalah. Terpaksa keluar balik dan masuk semula federal highway utk ke Klang (plan awal nak terus aje ke Bkt Raja ni )...dan oleh kerana badan dah tersangat letih, ditambah tetiba rasa macam nak demam sangat, otak pun malas nak fikir, so call aje anak sedara dan dia sukarela datang ambil dan kami tunggu aje dekat BHP Petrol. Akhirnya lebih kurang jam 9.30 malam barulah kami sampai di jalan zapin 13, Bandar Baru Buki Raja ni...Rasa macam nak pengsan sangat dah...

Sebenarnya inilah first time kali pi rumah dia sebab dia baru pindah rumah...dan kehadiran kami pun sebab my kakak nak buat open house + kenduri akikah cucu dia...

Eh sebenarnya bukan nak story pasal tu....kali ini nak kongsi keindahan sebab Allah masih panjangkan usiaku pada harijadi tahun hijrahku...Yeah....hari ini 27 syawal, ulangtahun kelahiranku....semua org pelik bila aku kata hari ini harijadiku....sebab semua dah set dalam minda bulan masihi kan....ermmm bukan salah ibu mengandung...haha.. Apapun, semoga hidupku sentiasa diberkati Ilahi dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhiratku. Semoga aku lebih tabah, sabar dan cekal menghadapi segala ujian dan rintangan duniawi. Alhamdulillah tahun ini aku dapat menyelesaikan puasa 6 pada minggu ke 2 raya. Dapat mengurangkan aktiviti ke bazar ramadhan semasa bulan puasa haritu...Semoga Allah panjangkan usiaku dengan aktiviti yang lebih bermanafaat ke jalan Allah. Amin.

Macam biasa, bila ketika harijadiku, tak kiralah bulan masihi (februari) atau hijrah (syawal) maka secara kebetulan aku akan demam...banyak tahun dah macam tu...Semalam sungguh tak bermaya....selepas minum 100+ dan telan panadol (bukan sekaligus tau....) barulah kebah sikit pagi ni. Kalau tak tak tahulah macam mana nak bawak kereta balik petang ni....esok plak sekolah...ops....hehe esok....awal2 lagi aku dah ambil CRK...yeah....cuti rehat dan bolehlah aku berehat sepuasnya di rumah esok...kalau tak pun, esok pagi baru balik. terpaksalah pulak hakimi ponteng nanti...

Eh...banyaklah pulak melalutnya. macam nilah kalau mula menaip. non stop. hehe.

OK. nak pi berkemas-kemas. Open house start 2 petang nanti. Jemputlah datang.

Sehingga bertemu kembali di ruangan ini..InsyaAllah. Ampun maaf atas segala salah silap.

Wassalam.

(",)

Isnin, September 05, 2011

Mereka sudah Semakin tegar...

Hari ini sekolah dibuka semula untuk sesi persekolahan seterusnya sebelum pelbagai jenis peperiksaan di penghujung tahun. Esok, bermula peperiksaan percubaan SPM. Sementara itu pelajar PMR mengikuti sesi gerak gempur sebelum menjalani peperiksaan PMR pada Oktober nanti...Akhir oktober pelajar tingkatan 4 akan menghadapi peperiksaan akhir tahun diikuti pelajar ting 1 dan 2. Penutup sesi seperti biasa SPM bermula....

Hari ini, dengan penuh semangat melangkah ke kelas untuk sesi P & P seperti biasa....namun, alangkah hampanya hati, sudahlah ramai yang tidak hadir, seawal jam 8.50 pagi beberapa org pelajar sedang tidur ketika aku melangkah masuk ke kelas...selebihnya, tidak membawa buku dengan alasan 'salah jadual'. Aduhai.... sepantas cara, mengubah aktiviti pembelajaran...bagaimanakah harus kutangani pelajar2 ini? Mereka semakin tegar...semakin bersikap sambil lewa...dalam bual bicara, masing2 sibuk membincangklan tentang kerja yg bakal dilakukan sepanjang cuti persekolahan akan datang...mereka sudah jemu untuk hadir ke sekolah, kerana kebanyakan mereka sudah mempunyai pekerjaan di luar waktu sekolah. hadir ke sekolah hanya memenuhi suruhan ibu bapa...kerana ibu bapa bekerja dan tiada siapa di rumah untuk memantau mereka......dan apakah guru yang harus menjaga dan memerhatikan mereka? Sedang guru sepatutnya mengajar dan mendidik...sedang mereka langsung tidak memerlukan didikan dan ajaran guru. Aku rasa semakin hampa dengan situasi ini...pelbagai cara telah cuba dilakukan....plan A...B...C maupun D...

Semoga aku tetap tabah menghadapi dugaan ini...semoga kesabaran sentiasa dihati...semoga aku diketemukan cara terbaik menangani segala permasalahan yang terjadi...semoga segala usahaku dan kawan2 akan dipermudahkan...amiin..ya Rabbal alamin.

(",)

Apabila ditanya...

Apabila ditanya tentang perkahwinan, maka JAWAPAN terbaik yang harus diberikan adalah :

- Kenapa Lambat? = Kerana Allah tau masa yang terbaik untukku.
- Dah Berpunya? = Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2.
- Siapa? = Nanti Allah akan perkenalkan kepada semua.
- Bila? = Bila kami sudah disatukan.. InsyaAllah jemput datang ke
Walimatul urusku nanti :)

- P/S: Janganlah selalu bertanya bila seseorang tu hendak berkahwin kerana semua rahsia DIA, terletak di tangan Allah... Sampai masa Allah akan membongkarkannya...

catatan di atas ikhsan dari wall fb seorang bekas pelajarku...haha...biasalah, bila raya, jumpa sanak saudara tentulah pelbagai soalan cepumas akan ditanya.../

*akupun sebenarnya dah letih menjawab soalan seumpamanya....orang yg bertanyapun macam tak faham2...buat2 tak faham...atau memang ungkal tak nak memahami org lain...mujur kesabaran sentiasa di hati..;)...dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA*


(",)

Jumaat, September 02, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wrt. wbt...

Sangat lama tidak menulis entry...berehat di sepanjang ramadhan...muhasabah diri...merenung segala apa yg telah terjadi dalam kehidupan ini...dan akhirnya...memaafkan apa2 yang telah terjadi....redha menghadapi segala yang telah ditakdirkan dan pasrah meneruskan liku2 kehidupan yang entah bila akan berakhir...

Buat semua yang mengenali, masih tidak terlewat rasanya untuk saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan, keterlanjuran kata, terkasar bahasa, gurau senda, perbuatan dan perlakuan menyentuh hati dan perasaan ...Jika bualbicara dan tingkahlaku saya mengundang amarah, mohon dimaafkan, makan minum minta dihalalkan .....semoga hidup kita semua akan diberkati Ilahi...InsyaAllah.

Akhir kata, Seuntai kasih membuat kita sayang, seucap janji membuat kita percaya, sekecil luka mencipta kecewa, tetapi sebuah persahabatan dan persaudaraan selamanya akan bermakna... . Semoga Syawal ini kita dilimpahi dengan Rahmat dan Kasih Allah dan semangat ukhuwah yang sentiasa hangat di hati .

" Selamat Hari Raya Aidilfitri..MAAF ZAHIR DAN BATIN"

(",)

Selasa, Ogos 09, 2011

Kita kongsi bersama...

Assalamualaikum wrt. wbt...

Lamanya tak menulis di sini. Apapun, ramadhan kali ini dirasakan diri ini sangat tenang, damai dan penuh semangat. Menjalani ibadah puasa dengan rasa yang amat rendah diri....Ya Allah, kubersyukur kerana berpeluang menemui ramadhan tahun ini. Semoga aku lebih tabah menghadapi hari2 mendatang sebagaimana ketabahan menjalani ibadah puasa, menahan diri dari segalanya.

Ok. sebenarnya ada sesuatu yg menarik untuk dikongsi bersama. Sebenarnya dah banyak kali terbaca tentang kisah ini, rasanya pembaca pun dah banyak kali terbaca tentangnya. Cuma tetiba malam ini rasa nak abadikan catatan ini dalam blog ini. Semoga jadi peringatan untuk kita semua...semoga ibadah yang kita lakukan ikhlas kerana Allah semata2...semoga kita sentiasa beriman dan bertaqwa kepadaNYA.

******************************************************************************


..........Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

**********************************************************************************
Wallahualam.

(",)



Sabtu, Julai 30, 2011

Kehidupan ini...

"Life is like an overlong drama through which we sit being nagged by the vague memories of having read the reviews"..

Siapalah kita untuk melawan kehendak takdir... begitulah kehidupan. kita tidak akan tahu apa yg bakal terjadi pada masa hadapan...meski kita telah berhati2 menjalani kehidupan agar tidak melalui lagi segala keperitan yg pernah dialami...berhati2 menghindar segala onak dan duri...berhati2 meredah segala kemelut yang melanda....namun ketentuanNya tetap masih tidak terjangkau di fikiran. Kehidupan umpama sebuah drama...kita berada di pentas lakunan...terkadang gembira...suka dan seringkali berduka...terkadang terasa diri sepi sesepi sepinya....terkadang rasa dihargai...dikelilingi insan yang mengerti...terkadang rasa diri tidak dipeduli...ada ketika rasa diri lemah sekali....tanpa sesiapa di sisi...tanpa sokongan....tanpa panduan...tanpa arahan...terkapai-kapai meneruskan kehidupan...Kekuatan hanya satu...mencari keredhaan Tuhan...mengharap diberkati Ilahi....Semoga Allah melimpahkan rezeki, kekuatan dan kesihatan agar dapat terus menjalani ibadah demi sebuah kehidupan yang hakiki di akhirat nanti...Ameeen.

(Dalam kesepian...mengenang diri...keseorangan tanpa ayahbonda...tanpa sesiapa yang mengerti....:( ....terkadang terfikir...sampai bila aku tabah melalui..)

*rasa yang sering hadir menjelang ramadhan...kerana pasti syawal yang tiba akan mengundang kesepian dalan keriuhan...kesedihan dalam kegembiraan....



(",)


Rabu, Julai 27, 2011

SELAMAT BERPUASA ;)

Assalamualaikum wrt. wbt.

Lama sungguh tak menulis di sini...rindu nak post entry tapi tak berkesempatan dek kekangan tugas yang tak berkesudahan. Oleh kerana hari ini dah terima satu email yang rasanya berguna untuk kita semua, bagi saya dengan rasa gembira telah meng'copy' email tersebut dan meng'paste'kannya di sini...hehe...sorrylah, dengan sengaja telah merojakkan bahasa ibunda kita...

Ok. rasanya petua yang akan saya kongsikan ini amat baik untuk diamalkan terutamanya pada anak2 yang baru belajar berpuasa mahupun yg tak tahan berpuasa. Juga oleh kita semua semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketakwaan...tidak letih dan dapat menahan lapar dan dahaga serta menjalankan tugas tanpa sebarang masalah. InsyaAllah.

*************************************************************************

PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga .
Mesti sahur. Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam . Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul . Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal . Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
Selepas makan sahur , makan buah kurma 7 biji . Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi. Sampailah 7 kali.
Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas , seperti buruh kasar dan sebagainya.
SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.
Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita . Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga. Cuba lah dengan izin Allah swt.
Wallahualam

*******************************************************************************

(",)

Ahad, Julai 03, 2011

TG PAGAR DALAM KENANGAN

Cerita Tg Pagar aku dapat tahu semasa rombongan ke Hatyai tempohari. Rasa sedih juga bila dikhabarkan tentang itu. Yelah... tanah kita, warisan kita, kini menjadi milik orang lain. Tetiba rasa tersentuh dan ternyanyi2 lagu "anak kecil main api... ...bumi yang dipijak menjadi milik orang...."

Mula2, bila orang ramai sibuk kata nak menyertai majlis bersejarah sempena penutupan Stesyen Tg Pagar, aku taklah terasa sangat. Tambahan pula aku tak pernah pun menjejakkan kaki ke Tg Pagar tu. Jadi, tak dapat nak membayangkan bagaimana situasinya. Namun setelah beberapa hari, tetiba keinginan membuak2 utk melihat sendiri keadaan di Tg Pagar, sebelum ia tercatat dalam buku sejarah suatu masa nanti.

Maka pada suatu petang Ahad, 19 Jun 2011 aku telah dibawa oleh kakak dan abang iparku melawat Tg Pagar. Memasuki pekarangan stesen buat pertama kalinya, hatiku terasa sayu yang amat. Sedih mengenangkan ia bukan lagi milik kita kelak. Frasarana yg ada sangat usang. Sangat antik terutama tulisan pada papan tanda nama kedai di situ, kedai dan pemiliknya juga 'antik'..haha. Kami berada di sana tidak lama, sesudah menjamu selera, lebih kurang sejam kemudian kami pun pulang.

Bercerita kepada kawan2 membuatkan mereka juga teruja utk menghayati saat2 akhir sesuatu yg akan menjadi sejarah itu. Dan aku juga ingin merasai sendiri perasaan itu secara berkeretapi. Justeru, pada 26 Jun 2011 sekali lagi aku dengan disertai beberapa teman dan anak saudara bergerak semula ke Singapura dengan menaiki keretapi.

Jadual perjalanan asal jam 9.08 pagi dari Stesen Kulai tertunda selama sejam. Keretapi muncul jam 10.15 pagi. Perjalanan ke Singapura (Tg Pagar) tidaklah lama sebenarnya, masa yg sangat lama di ambil ketika turut untuk mengecop pas di Woodlands. Ini kerana terdapat begitu ramai penumpang yg sama2 ingin ke sana. Terdapat lebih kurang 10 gerabak keretapi Sinaran Timur yang boleh memuatkan lebih kurang 60 org segerabak. bayangkan kalau 10 gerabak? ada lebih kurang 600 orang yang berpusu-pusu di Imigresen...huhu...sungguh sesak. Hinggakan aku rasa sangat serik utk berkeretapi lagi (mujurlah kali pertama dan terakhir)

Kami sampai lebih kurang jam 12.50 tengahari. Hajat hati nak balik dengan keretapi jam 1 tengahari tak kesampaian. Terpaksalah menunggu utk tiket jam 6 petang. Penat dan rasa bosan yang amat. Sementelahan pula, aku dalam keadaan tidak sihat (demam sejak malam - mulanya nak batalkan pemergian, tp kasihan pd teman2, lagipun tiket dah beli awal2...;) )

OK. Biarlah gambar menceritakan segalanya...





Di Stesen Keretapi Kulai, dengan kak Syeda dan Kak Ida


Najiha..excited nak naik keretapi utk pertama kalinya.
Waa...ramai orang nak naik keretapi ke Singapura hari tu.




Ekspress Rakyat dari Singapura ke Kuala Lumpur tiba...



Sesampai saja di Stesen Tg. Pagar, posing2 dulu...lepas ni takda dah...





Bersama teman2 yg sama2 nak menghayati bakal tinggalan sejarah...;(






Keadaan sesak di Stesen. Terpaksa beratur utk beli tiket balik.



Antara mural yg sangat antik...



Senario dari tempat solat di tingkat 2....cantik pemandangan di sini.....



Lepas solat, pi makan2...ramainya manusia...berebut nak dapatkan meja ini...






Point terakhir landasan....kini telah jadi sejarah...



Pokok2 layu....kolam pun dah berlumut sebelum segalanya berakhir...;(





Semuanya usang....dan telah tinggal kenangan.






Masa ni najiha pun dah penat...hehe







Walaupun demam, aku masih mampu tersenyum...



Bangunan Stesen, antik dan klasik...



papan tanda ni...dah lusuh benar...

Kedudukannya di bawah 'flyover'...sangat tersorok dan terpinggir.



Tiba masa utk bertolak pulang...Najiha kelepakan...dan masa ni aku betul2 dah tak larat....kepenatan...tambahan suhu badan tetiba naik mendadak...huwaa....kena badi tg pagar ke apa...


Selamat Tinggal Tg. Pagar. Segalanya kini telah menjadi kenangan. Apapun aku gembira kerana dapat menghayati sesuatu yg akan menjadi sejarah tanahair kita MALAYSIA.



(",)



*Balik dari Tg Pagar, aku demam seminggu. Isnin dan Selasa dapat mc kerana keadaan yg sangat tidak bermaya...2 kali pergi klinik yg berbeza baru benar2 pulih dari demam, batuk dan selsema...dan kerana dah baik demamlah baru aku dapat menulis dan mengupdate blog ini...haha...aduhai Tg Pagar...

HATYAI 4 - 8 JUN 2011

Ello-ello...sebagaimana yang dijanjikan. Sebuah catatan perjalanan musim cuti sekolah baru-baru ini...Sebuah kembara menaiki keretapi bersama dengan rombongan Persatuan Penulis Johor (ermmm tapi majoriti peserta bukan ahli persatuan..dengan harapan selepas kembara, mereka semua akan menjadi ahli...hihi)


Perjalanan bermula dari Stesen Keretapi Kluang....



Sebelum berlepas (jam 10.40 pg), ada majlis pelancaran oleh Tuan Pegawai Daerah Kluang.



Sampai KL Central jam 3.40 ptg
Sebelum memulakan perjalanan ke utara pada jam 9 mlm, berehat seketika di bilik vvip (khas utk penumpang transit).



KOC Event...sangat teruja berada di dalamnya...macam disko gamaknnya...dihiasi dengan lampu kelap kelip...siap dengan set karaoke...kesannya...sampai jam 3 pagi aku tak boleh tidur sbb kebisingan...aduhai..


Yang bestnya...hanya kami saja yg berada dalam koc ini (peserta rombongan seramai 45 org) dan pagi...wow...krew KTM siap sedia bawakan sarapan....best...



Sampai Stesen Padang Besar jam 8.40 pagi....kena tukar keretapi lagi utk ke Hatyai...Aduh...penatnya nak mengheret beg...huhu


Suasana kampung sekitar laluan keretapi di Hatyai selatan..



Sampai Hotel jam 12 tghari tapi kena tunggu 2 ptg baru boleh masuk bilik...lepak sungguh.
Petang kami di bawa ke Pasar Terapung (Mcm pasar mlm), uniknya, peniaga Islam akan berjualan di dalam perahu (ada juga 2 , 3 perahu peniaga bukan Islam...nak kenal, peniaga Islam yg bertudung). Semua barang jualan dalam perahu adalah makanan...Macam2 ada....paling unik kurasa mereka jual air dalam labu sayung atau buluh....minat nak beli sebab labu tu ada macam2 bentuk, ada jugak beli 2, 3 labu tapi tak larat nak bawa balik dan terpaksa tinggalkan di hotel...





Nak bayar kena hulur duit dalam bekas yg dihulur oleh penjual tu..


Di daratan kebanyakan peniaga adalah bukan Islam. Macam2 juga ada, baju, kasut, beg, tapi satu benda pun aku tak beli...


Keesokkannya, kami melawat Witayakarn School. Sebuah sekolah integrasi Islam terbesar di Hatyai (atau mungkin di Thailand). Di Thailand, uniform pelajar sama aja, dari sekolah rendah sampailah peringkat universiti. Baju Putih, seluar/kain warna hitam. Bila dah peringkat master baru mereka boleh berpakaian bebas.


Kantin sekolah....budak2 tak berebut2 pun macam kat Malaysia...


Mereka menyambut kami dengan jamuan makan tenghari... simple je...nasi bungkus dengan lauk telur dan tomyam...(tak sempat nak ambil gambar sebab semua dah kelaparan..;) )
Gambar bawah ni, GPK HEM dia (istilah kat Malaysia, jawatan dia Asst Director- Students Affair) muda lagi baru berusia 28 tahun.



Persembahan nasyid - rasanya mereka tak bersedia sangat pun, berpeluh2 budak2 baru lepas PJ disuruh bernasyid... simple dan sempoi.



Selepas itu, kami ke Prince of Songkhla Universiti. Pakaian mereka masih sama kan??
Ada persembahan puisi di sini, kemudian kami dijamu makan malam...



Hari terakhir... dalam perjalanan pulang, singgah di Konsulat malaysia di Songkhla. Hanya ketua rombongan dan beberapa peserta lelaki yg berjumpa tuan konsulat...kami yg lain apa lagi...posing2 lah sementara menunggu...


Di hadapan sebuah masjid lama di Songkhla.



Bersama Ketua 1 PPJ. En. Amiruddin


Lawatan terakhir, ke Pantai Samila. Pantai ini ada lagendanya tersendiri.


Akhirnya, masa utk berlepas pulang. Selamat tinggal Hatyai..terima kasih Thailand kerana menerima kami...Alhamdulillah keadaan aman sepanjang kami berada di daerahmu.



(",)

Selasa, Jun 28, 2011

ISRAK DAN MIKRAJ

Assalamualaikum wrt. wbt....

Sebenarnya ada 2 cerita yg terbengkalai...masih tak berkesempatan dek kerana kesibukan tugas dan kesihatan yg tidak mengizinkan utk duduk lama2 depan laptop. Tapi pagi ni...ada artikel yg diemailkan seseorang..maka marilah kota kongsikan ia bersama...


Iktibar disebalik Israk Mikraj

Bulan Rejab kini sudah hampir meninggalkan kita. Kedatangannya mengingatkan pada peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Israk Mikraj bukan sekadar peristiwa biasa tetapi ianya mempunyai hikmah dan mesej yang cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya. Peristiwa tersebut seharusnya membuka pemikiran dan cita-cita manusia sejagat sekaligus menunjukkan kekuasaan Allah SWT ke atas sekalian makhluknya dan kebenaran kenabian Muhammad SAW.


Janganlah kita pertikai dan persoalkan bila waktu sebenarnya peristiwa israk mikraj ini terjadi dan juga adakah perjalanan ini roh bersama jasad atau cuma roh semata-mata. Apa yang penting adalah bagaimana kita melihat iktibar yang tersirat disebaliknya dan mengambilnya sebagai panduan untuk mengukuhkan iman dan menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.


Rentetan peristiwa tersebut, begitu banyak rahsia tersembunyi yang perlu kita kupas bersama. Setelah kewafatan Saidatina Khadijah RA yang selama ini menjadi pendamping setia, bersama menggenggam tauhid yang kukuh, serta menjadi pendorong utama dalam perjuangan Baginda SAW. Disusuli pula kewafatan Abu Talib yang juga selama ini menjadi pelindung Baginda SAW dari ancaman fizikal oleh kafir Quraisy, cukup memberi kesan besar terhadap Baginda SAW pada tahun kesedihannya. Pada ketika itu juga dakwah Islam berada dalam keadaan tenat dan merudum, dari segi psikologi Nabi SAW begitu terjejas, bahkan tiada kemasukan baru ke dalam agama Islam dikalangan penduduk Mekah.


Sebagai manusia, baginda merasa sedih dan pedih dengan kewafatan dua insan penting yang banyak berjasa dalam menyebarkan dakwah Islam. Namun Allah SWT tidak membiarkan kekasihnya terus berada dalam kedukaan, Israk Mikraj merupakan pendekatan menghiburkan setelah RasulNya kehilangan dua tunggak kekuatan.


Bila berbicara tentang peristiwa Israk Mikraj ini, kita akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril yang boleh dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Israk yakni perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.


Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah SAW ini telah diabadikan oleh Allah di dalam Al Quran, yang bermaksud;


”Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS Al-Israk;1)


Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah SAW yang hanya berlangsung pada satu malam ini seringkali diulang cerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk Mikraj diadakan, namun roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih gagal meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam. Semasa ceramah, kita mendengar dengan penuh minat dan mungkin akan sesekali ketawa jika penceramah berjenaka. Selesai ceramah kita akan sama-sama menjamah jamuan yang disediakan dan kemudian pulang ke rumah tanpa membawa apa-apa.


Hidup diteruskan seperi biasa dan iktibar di sebalik Israk Mikraj masih gagal difahami. Begitulah keadaannya setiap kali tibanya Israk Mikraj.

Ibadat Istimewa Hamba

Salah satu peristiwa penting yang sewajarnya diambil perhatian ialah peristiwa pensyariatan ibadat solat lima waktu. Ibadat solat difardukan kepada umat Islam secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu atau perantaraan Jibril AS,
sekali gus mengangkat martabat dan nilai solat di sisi Allah, berbeza dengan ibadah khusus yang lain. Begitulah istimewanya ibadah solat yang merupakan mikraj dan medan komunikasi hamba dengan rabbnya.


Menguji Aqidah 



Israk Mikraj juga mengandungi falsafah besar menguji diri seseorang dalam memantapkan dan mengukuhkan aqidah atau sebaliknya.

Di dalam Islam, perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah mengenal Allah iaitu perkara berkaitan aqidah sebelum kita berbicara tentang ibadah dan sebagainya. Jika persoalan aqidah masih bermasalah, bagaimana mungkin kita ingin bicarakan tentang ibadah kepada Allah yang belum kita imani sesungguh hati.



Begitulah pentingnya persoalan aqidah yang wajib didahulukan sebelum perkara-perkara lain sebagaimana fasa dakwah Rasulullah yang dimulai dengan penyebaran tauhid di Mekah yang menekankah aspek pemurnian aqidah umat Islam, diikuti penekanan syariat di Madinah yang berkaitan kaedah-kaedah untuk menzahirkan rasa cinta kepada Allah melalui persoalan ibadat, akhlak dan sebagainya. Bagaimana kita mahu mencintai Allah jika kita belum mengenalNya.


Berbalik kepada peristiwa Israk Mikraj, jika kita singkap dan amati, ada dikalangan pengikut-pengikut Rasulullah saw yang tergoncang aqidah mereka kerana tidak percayakan cerita Rasulullah saw yang telah diisrak mikrajkan ke destinasi yang mengikut hitungan akal manusia yang waras adalah mustahil untuk berlaku dalam masa satu malam. 

Apabila mengetahui kisah ini, maka Abu Jahal begitu gembira kerana ini adalah peluang terbaik untuk menghentam Rasulullah saw dan menjauhkan masyarakat daripada dakwah baginda.


Meragui Perkara Ghaib

Apabila warga Mekah diceritakan kisah ini oleh Rasulullah saw, maka ramailah yang tersentak dan mula meragui, bagaimana mungkin mereka dapat mempercayakan cerita Rasulullah SAW itu. Setahu mereka, perjalanan dari Makkah ke Masjidil Aqsa sahaja mengambil masa yang begitu lama, masakan ianya boleh berlaku dalam satu malam.


Tambahan pula bukan hanya ke Masjidil Aqsa tetapi juga naik ke Sidratul Muntaha. "Owh tidak mungkin, mustahil ini boleh terjadi, Muhammad dusta!" Itulah kata-kata yang dihamburkan kepada Rasulullah SAW. Abu Jahal begitu gembira melihat ramai mula meragui dan mempertikaikan kebenaran Rasulullah SAW itu.


Namun, di sebalik suasana gawat itu, tampil seorang lelaki yang berkata: “Wahai Muhammad Rasulullah. Sekiranya engkau katakan engkau telah pergi lebih jauh daripada destinasi-destinasi itu sekalipun aku akan tetap mempercayakanmu!”

Orang itu, tidak lain tidak bukan adalah Abu Bakar As-Siddiq yang sentiasa membenarkan Rasulullah SAW walau dalam apa jua keadaan. Subhanallah, begitu kentalnya iman dan kukuhnya aqidah yang dimiliki oleh sahabat agung yang mendampingi Rasulullah SAW ini. 

Bagi menduga kebenaran kata-kata Rasulullah saw, maka Abu Jahal bertanyakan mengenai ciri-ciri fizikal Masjidil Aqsa dengan harapan Rasulullah akan memberikan jawapan yang salah. Namun, dengan izin Allah, Rasulullah SAW berjaya menjawab dengan tepat dan ini benar-benar menghairankan Abu Jahal. 

Tidak puas hati dengan kebenaran jawapan itu, Abu Jahal bukannya ingin mengakui kebenaran jawapan Rasulullah saw, sebaliknya menuduh Rasulullah saw sebagai ahli sihir! Begitulah kuatnya tentangan kaum musyrikin Makkah terhadap Rasulullah SAW. 

Mana mungkin Rasulullah SAW menipu sedang baginda diakui seorang yang beramanah sehingga digelar Al-Amin. Walaupun hati mereka menyedari kebenaran dakwah Rasulullah SAW, musyrikin Makkah masih enggan menerimanya kerana mereka sedar jika mereka mengakui kebenaran Rasulullah SAW, maka perniagaan dan kepentingan mereka yang berasaskan perkara haram akan terjejas.


Maka, mahu tidak mahu dakwah Rasulullah SAW harus ditentang meskipun hati kecil mereka mengakui kebenaran dakwah Rasulullah SAW tersebut.

Perumpamaan yang sama juga wujud pada masa ini, dimana ada pihak yang mengakui kebenaran Islam yang sifatnya syumul dan lengkap, namun amat berat dan sukar untuk menerima dan mengamalkannya kerana dibimbangi kepentingan-kepentingan tertentu samada dalam perniagaan atau pentadbiran akan terjejas kerana terdapat perkara-perkara yang haram.


Oleh yang demikian, sebarang usaha yang boleh membawa kesedaran kepada masyarakat tentang Islam yang sebenar yakni yang sudah pasti akan terdedahnya penyalahgunaan dan penyelewengan perlu dibendung dan ditentang habis-habisan. Adalah menjadi kehendak mereka supaya masyarakat dibiarkan jahil dalam agama agar kesilapan dan kemungkaran yang mereka lakukan tidak disedari oleh masyarakat


Sehubungan itu, apabila ada pihak yang cuba kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, seperti perlaksanaan hukum hudud, pembenterasan rasuah, persoalan riba, zina dan penutupan aurat, maka ada yang mengatakan ini Islam yang melampau. Pada anggapan mereka, Islam itu adalah mudah dan harus disesuaikan mengikut kehendak semasa. Tidakkah semua persoalan hukum-hakam ini datangnya dari sumber Al Quran, melalui nas-nas yang muktabar dan untuk seluruh umat sehingga akhir zaman?. Betapa bencinya segolongan manusia terhadap Islam yang sebenar.


Sudahlah merasai dikekang dalam hal-hal persyariatan, dihasut pula orang lain agar sama-sama mempertikai serta memperlekehkan agama suci ini. Watak ini saling tidak tumpah seperti watak Abu Jahal dalam kisah Israk Mikraj ini yang menuduh Rasulullah saw sebagai ahli sihir meskipun hati kecil mereka menyedari dan mengakui kebenaran Rasulullah SAW.


Mengukur Logik Akal



Cuba kita bertanya pada diri sendiri andainya kita berada dalam majlis penerangan oleh Rasulullah SAW berkaitan peristiwa Israk Mikraj ini, adakah kita menyertai Abu Bakar RA yang membenarkan Rasulullah SAW atau kita berada di belakang Abu Jahal yang mendustakan Rasulullah SAW? 

Saya sendiri bimbang, dengan situasi diri yang lemah ini, kadangkala amat sukar untuk menjadi sehebat Abu Bakar RA. Tetapi itulah cabaran yang perlu disahut. Dalam situasi sebegini, jika logik akal menjadi pertimbangan, maka sudah pasti kita akan mendustakan Rasulullah SAW.


Ambillah semangat Abu Bakar RA sebagai contoh dan teladan agar kita sentiasa berbaik sangka dengan syariat Islam serta tidak sekali-kali mempertikaikan apatah lagi memperlekehkannya.


Seterusnya, buangkanlah watak Abu Jahal dari kehidupan kita kerana watak itu tidak seharusnya dijadikan ikutan, malah akan membawa kita jauh daripada agama Islam yang sebenar.


Sesungguhnya dalam perkara agama, tidak semua perkara boleh diukur dengan logik akal semata-mata kerana akal manusia itu terbatas walau sehebat manapun ilmu kita. Keimanan kepada Allah dan RasulNya itu memerlukan pertimbangan melalui jiwa yang suci dan ikhlas.


Terlalu banyak jika mahu disingkap kesangsian dan keraguan umat Islam terhadap agama kita sendiri. Secara kesimpulannya, jika masih terdapat di dalam hati sanubari kita perasaan ragu terhadap Islam samada terhadap hukum-hakam dan syariatnya walau sebesar zarah sekalipun, maka ada suatu yang tidak kena dengan pegangan aqidah kita. Kadang-kadang tanpa disedari, kita memberi komen yang memperlekehkan hukum-hakam Allah, dan ini menjejaskan pegangan atau aqidah kita.


Pada bulan Rejab yang penuh berkah ini, marilah kita mengambil kesempatan untuk memperkasakan pegangan aqidah dengan meningkatkan ilmu dan mengamalkan setiap suruhan Allah SWT tanpa sebarang keraguan. 

Hanya dengan petunjuk dan nurNya yang dapat membolehkan kita membezakan antara haq dan batil, dan bukannya melalui ilmu atau akal yang amat terbatas. Mudah-mudahan amal ibadah yang kita lakukan adalah berdasarkan cinta dan sayang kita hasil aqidah dan iman yang mantap kepada Allah.

Semoga Israk Mikraj yang bakal kita sambut dapat memberi satu kesan yang positif ke arah menjadikan diri kita Mukmin dan Mukminah yang taatkan Allah dan RasulNya insyaAllah



Maaf jika ada kesilapan. Artikel sekadar 'cut n paste'.

(",)

Jumaat, Jun 17, 2011

Aduhai kerja...

Dah seminggu skolah dibuka semula...macam tak cukup masa nak siapkan kerja yg bertimbun tambah...alahai...satu tugas tak habis...minggu depan sibuk dengan kejohanan olahraga peringkat sekolah pulak...lepas tu minggu satu lagi pelancaran 1 Murid 1 Sukan......minggu berikutnya perlu buat dan lancarkan bulan teknik vokasional....lepas tu...ujian penilaian 2...eh! ujian lagi...aduhai...pokok pangkalnya kena selesaikan segala macam aktiviti sebelum bulan ramadhan...tu yg mcm tak cukup hari jer...hehe. Tapi bagi diriku yang serba sederhana ini, hehe...dalam kesibukan pun masih boleh relak2... Yelahkan. kalau fikirkan kerja, sampai kesudah takkan habis. Dan kita kena juga rehatkan minda supaya tak terlebih fikir tentang kerja...stress nanti saya jugak yg susah...

Emm...ops...sorilah lum sempat nak publish cerita kembara HatYai...masih dalam penulisan..sabar key...;)

(",)

Sabtu, Jun 11, 2011

Bersyukurlah..

Salam pagi yang ceria...

Syukur, 2 hari lagi sesi persekolahan akan bermula...bererti dapat menikmati lebih kurang masa rehat selama 10 hari dengan agak baik walaupun agak meletihkan. Yang penting dapat merehatkan minda seketika dari hiruk pikuk persekitaran sekolah. Dapat dengar suara kicauan burung di pagi hari. Sungguh mendamaikan.

Apapun, pagi ni rasa nak post entry tapi belum ada idea nak menulis tentang kembara ke hatyai yg diikuti tempohari...dalam menelusuri fb terjumpa catatan ini di wall seseorang dan rasa nak berkongsi di sini....

BERSYUKURLAH...

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita
ada pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


Justeru, apapun situasi yang telah/sedang/akan kita hadapi maka bersyukurlah kerana itu menunjukkan bahawa kita masih mampu menghadapi segalanya dengan baik. Bersyukurlah atas segala-galanya, meskipun ia pahit untuk dirasa...kerana kepahitan dan kepedihan yang dialami itu menjadikan kita lebih tabah dalam meneruskan kehidupan. Sesungguhnya disebalik kesulitan itu pasti ada kemudahan...InsyaAllah.

(",)

Isnin, Mei 30, 2011

Cuti.....;)


Bismillahirrahmanirrahim....nampaknya, mengambil masa seminggu jugak untuk mengemaskini entry baru...apa nak buat...masa tak memberi ruang untuk berpoya-poya di sini...;)


Pagi ini, sekadar singgah untuk meninggalkan jejak dan untuk mengucapkan Selamat Bercuti buat semua warga sekolah di seluruh Malaysia...di mana jua anda berada... Selamat balik kampung...selamat bercuti....selamat menunaikan ibadah umrah...selamat melangsungkan perkahwinan....dan semoga selamat semuanya perjalanan pergi dan balik kemana jua anda akan pergi....ops...selamat bertugas dalam cuti buat rakan2 yg kena bertugas...hehe. Semoga perjalanan kita diberkati Allah hendaknya....aminnn.

Tak sabar nak pergi bercuti... Kali ini percutian yg sedikit adventure akan dirasakan...Tapi rasanya taklah adventure sangat kot...cuma, sebab tak pernah melaluinya yg menyebabkan rasa macam adventure tu...agaklah...apa dan ke mana? Kali ini percutian saya tidak menaiki kapal terbang sebagaimana selalunya...so, destinasi kali ini adalah ke tempat berikut....hehe




Tahukan??? ceritanya akan di publishkan nanti...semoga saya diberi kekuatan untuk menulis pengalaman itu...InsyaAllah.



Maka, sebelum perjalanan jauh dan memenatkan nanti...hari ini kenalah bersantai di rumah...menyiapkan proses penandaan kertas jawapan peperiksaan pelajar...mujur ada 2 kelas sahaja paper esei...prinsip akaun dan perdagangan tingkatan 4. Dan rasanya taklah stress sangat sebab dah sedia maklum jawapan yg bakal diberikan pelajar...pasti kerja menanda sangat mudah dan lancar...haha...maklum sajalah...kebetulan kertas PD tu student kelas paling hujung...erm...hanya sebahagian pelajar yg menjawab tak berapa nak lengkap...apapun...kenalah tanda dan bagi markah 'motivasi' utk mereka supaya bersemangat utk terus berjuang...ermmm.


Ok...sehingga entry akan datang...doakan perjalanan percutian saya selamat pergi dan balik... Sayang anda semua...


(",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...