Isnin, September 05, 2011

Mereka sudah Semakin tegar...

Hari ini sekolah dibuka semula untuk sesi persekolahan seterusnya sebelum pelbagai jenis peperiksaan di penghujung tahun. Esok, bermula peperiksaan percubaan SPM. Sementara itu pelajar PMR mengikuti sesi gerak gempur sebelum menjalani peperiksaan PMR pada Oktober nanti...Akhir oktober pelajar tingkatan 4 akan menghadapi peperiksaan akhir tahun diikuti pelajar ting 1 dan 2. Penutup sesi seperti biasa SPM bermula....

Hari ini, dengan penuh semangat melangkah ke kelas untuk sesi P & P seperti biasa....namun, alangkah hampanya hati, sudahlah ramai yang tidak hadir, seawal jam 8.50 pagi beberapa org pelajar sedang tidur ketika aku melangkah masuk ke kelas...selebihnya, tidak membawa buku dengan alasan 'salah jadual'. Aduhai.... sepantas cara, mengubah aktiviti pembelajaran...bagaimanakah harus kutangani pelajar2 ini? Mereka semakin tegar...semakin bersikap sambil lewa...dalam bual bicara, masing2 sibuk membincangklan tentang kerja yg bakal dilakukan sepanjang cuti persekolahan akan datang...mereka sudah jemu untuk hadir ke sekolah, kerana kebanyakan mereka sudah mempunyai pekerjaan di luar waktu sekolah. hadir ke sekolah hanya memenuhi suruhan ibu bapa...kerana ibu bapa bekerja dan tiada siapa di rumah untuk memantau mereka......dan apakah guru yang harus menjaga dan memerhatikan mereka? Sedang guru sepatutnya mengajar dan mendidik...sedang mereka langsung tidak memerlukan didikan dan ajaran guru. Aku rasa semakin hampa dengan situasi ini...pelbagai cara telah cuba dilakukan....plan A...B...C maupun D...

Semoga aku tetap tabah menghadapi dugaan ini...semoga kesabaran sentiasa dihati...semoga aku diketemukan cara terbaik menangani segala permasalahan yang terjadi...semoga segala usahaku dan kawan2 akan dipermudahkan...amiin..ya Rabbal alamin.

(",)

2 comments:

Zasillah Ariffin berkata...

AMIN YARABBAL ALAMIN.

NORA LIZA berkata...

saya kerap mengalami situasi yang sama...paling frust bila pelajar x dapat jawab soalan yang telah pun dibuat sebelum ini..soalan yang sama..tapi hasil hampa....mungkin inilah dugaan bagi pendidik setabah mana melalui kedaan ini...saya kerap jadikan cikgu2 saya dulu sebagai mentor tau x saya juga menggunakan kaedah mengajar cikgu2 saya dulu termasuk cikgu...dan kaedah 2 mmg berkesan....terima kasih cikgu...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...