Alhamdulillah. Setahun telah berlalu. Kujalani hari-hari di sekolah baru dengan pelbagai cara untuk mendekati mereka. Pelbagai teknik dan kaedah P & P telah dibuat. Namun harus kuterima hakikat bahawa sekolah lama takkan pernah sama dengan sekolah baru (merujuk pelajarnyalah). Terbukti persekitaran kawasan, sosio ekonomi keluarga, latar belakang keluarga, pekerjaan ibu bapa, rakan sebaya memberi pengaruh besar bagi seseorang pelajar dalam tingkah laku dan peribadi masing2. Semangat dan azam untuk mencapai kecemerlangan juga dipengaruhi faktor2 berkenaan. Apapun, sebagai guru aku telah berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Tahun hadapan, insyaAllah perjuangan akan tetap diteruskan. InsyaAllah diharap akan jadi lebih baik nanti. Baik untuk diriku juga untuk anak muridku. Kelemahan telah dikenalpasti. Kecemerlangan harus digapai walau apa jua keadaan yang bakal ditempuhi.
Dikesempatan ini, diucapkan selamat bercuti buat semua warga sekolah, walau di mana jua anda berada...samada di Malaysia mahupun Singapura atau mungkin juga di seluruh Asia Tenggara. ;)
Sekian. Hingga bertemu kembali.
(",)
0 comments:
Catat Ulasan