Jumaat, Julai 02, 2010

Tazkirah Jumaat

Hari ini selepas majlis bacaan yasin telah diadakan program khas khusus untuk pelajar2 perempuan...rentetan dari satu peristiwa...biasalah kami sebagai guru2 rasa bertanggungjawab terhadap semua pelajar. Guru adalah ibu bapa disekolah. Justeru, Ustazah Mariam sebagai penyelaras pembangunan insan telah memberikan tazkirahnya....

Bukanlah nak cerita pasal aktiviti tazkirah tu....cuma nak berkongsi sesuatu yang aku rasa sangat berkesan dihatiku.....
Antara intipati tazkirah tu.....ada satu ayat...firman Allah yg ustazah baca yang maksudnya : "Manusia yang tidak mahu menggunakan pancaindera dan akal yang telah dikurniakan seperti binatang ternakan layaknya..."

Aku pun tak rasa nak ulas lebih lanjut ayat tu....cuma rasa seram sejuk juga kerana selama ini tidak menggunakan segala pancaindera dengan sebaiknya(terutama mata, telinga dan mulut) untuk perkara2 kebaikan sahaja.....bila berkumpul beramai2 mulalah bergosip mengalahkan wartawan....{kadang2 jek ;) } mata pulak asyik melilau je terutama bila pi shopping complex...dan telinga plak suka jer dengar cerita yang ngarut2 bila berkumpul ramai2 kat kantin sekolah...hahaha..... ish2 aku tak mahulah menjadi seperti binatang ternakan itu....nauzubillahiminzalik.

best betul tazkirah hari ini....rugilah sesiapa yang tidak mendengarnya...selepas dengar tazkirah masuk kelas mengajar seperti biasa.....seperti ada kekuatan aku bertazkirah pula kepada pelajar lelaki.....alhamdulillah aku telah menggunakan pancainderaku dengan baik hari ini....dan yg penting aku tidaklah seperti haiwan ternakan.....;)

"Disaat masalah menghampiri dalam hidup, kita simpan dan ia membesar, kita perlukan teman untuk membantu, untuk mendengarkan, menghibur, mendoakan dan juga mendorong agar kita menjadi kuat. Paling tidak, hadir sebagai teman dalam kesendirian....agussafi."


(",)
Nanti aku sambung lagi apa yang tersurat disebalik tazkirah pagi tadi...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...