Jumaat, Januari 01, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Bismillahirrahmanirrahim....

Selamat menyambut 2010 buat semua pembaca blog.....Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di mukabumi ini.... Semoga hari2 mendatang akan menjanjikan beribu warna dalam menyerikan kehidupan kita..... semoga kita sentiasa pasrah dan redha menerima apa jua ujian dalam meneruskan kehidupan kita.... ikutlah jalan yg lurus....iaitu jalan yg diredhaiNYA...
*************************************************************************************
Pendaftaran Pelajar Ting. 1...
Seawal pagi saya telah ke sekolah untuk program pendaftaran pelajar baru ting. 1. Wah! pada tahun ini seramai 318 pelajar dijangka mendaftar di SMKAB. Bermakna ada pertambahan kelas akan berlaku bagi kelas tingkatan 1 tahun ini.....
Awal pagi ibu bapa telah diberi taklimat oleh Tn. Pengetua... sebelum waktu pendaftaran sebenar bermula...pada tahu ini juga, semua pelajar terus diberikan buku teks supaya proses P & P akan terus dapat dijalankan pada hari pertama persekolahan...(hasrat kementerian pelajaran)...

Dalam kesibukan......guru2 dedikasi yg serba biru....kebetulan pula... ;) (gemuknya aku)

###################################################################

Cerita 31hb Dis. 2009

Penutup cerita 2009.....semalam aku telah dibawa ronda-ronda keliling bandar JB oleh seorang teman. Bersama-sama keluarganya kami habiskan masa sehari suntuk di Terminal bas Larkin....Angsana...Giant...dan.....City Square......sehari yang sangat indah dan menggembirakan....ops tak lupa mereka juga bawa aku dinner kat sebuah restoran yang berhampiran dgn The Zon...(lupa plak apa nama kedai tu....tak silap..Tom Sayam Seafoood.)....Wah! sedaplah ikan siakap steam limau...dan kerabu sotong....he...he...first time makan....tapi kurang selera jua sebab aku selsema...huk...huk.....sebelum mereka hantar aku balik, singgah pulak kat Meldrum Walk ada bazar kat situ yang menjual pelbagai jenis barang samada baru atau second hand....emm....boleh tahanlah.....bak kata temanku....JB waktu malam.......wah penatnya....kesian pulak tgk anak dia yang dah sangat keletihan......aku sampai umah jam 12.50 pagi!......Wah! hebat betul aku kali ini......sesuatu yg belum pernah kulakukan seumur hidupku hinggalah hari ini....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...