Rabu, Januari 13, 2010

Jalan dan Tujuan


Assalamualaikum wrt. wbt.

Inilah luahan hatiku....

Tetiba hari ini hatiku rasa gundah gulana....
Entah kenapa entah apa sebabnya...
Kusangka telah kutemui jalannya..
Jalan lurus yang semua orang pinta...
Tanpa kusedar masih ada liku disebaliknya..

Hari ini seorang teman saya telah meminjamkan majalah Solusinya .... Wah! bagus sekali isi kandungannya. Saya terlihat majalah ini di kedai buku tempohari...lantas terpikat untuk membaca isi kandungannya...tambahan isu kali ini mengenai tafsiran Surah AlFatihah...

Kebetulan, apa yang tertulis menghampiri apa yang sedang saya fikirkan...dalam membuat satu keputusan penting dalam hidup saya... Isu utama...Inilah Jalan Yang Lurus menggamit hati dan perasaan saya dalam menetapkan matlamat hidup sekaligus tulisan berkenaan akan saya abadikan sebagai falsafah hidup saya kini dan seterusnya...dengan sedikit pengubahsuaian......InsyaAllah. Lantas, terciptalah...Ikutlah Jalan Yang Lurus....daripada saya..

"Kita sering meminta kepadaNYA, tetapi apabila telah ditunjukkan, kita sendiri yang
mensia-siakannya. Jawapan Allah tidak kita dengar. Jalan yang ditunjukiNYA tidak kita ikuti. Teladan yang ditetapkan kita pinggirkan. Mengapa ini terjadi?"

"Dunia menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.
Bila tujuan seorang hamba menuju Allah, pasti akan ditunjukkan-NYA
menerusi sunnah!"
(majalah Solusi edisi 17)
Semoga jalanku adalah jalan yang diredhai..
Jalan lurus tanpa onak dan duri...
Kerana aku tak kuat menempuhi....
seorang diri....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...