Hari ini aku rasa kurang sihat....namun rasa terpanggil untuk mencoret sesuatu sebagai entry kali ini..... Sedar tak sedar telah hampir seminggu sesi persekolah bermula. Begitu cepat masa berlalu. Rasanya tugasan yang sepatutnya aku buat belum dapat disiapkan dengan sempurna. Aduhai....SM Tag aku untuk mp Prinsip Perakaunan juga belum siap. Tapi aku patut bersyukur kerana telah dapat menyelesaikan tugas untuk negara dengan baiknya mengikut masa yang ditetapkan.. Alhamdulillah.
Sepanjang 4 hari yang lalu, aku juga dalam proses menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan 'tempat' baru...sebarang perubahan haruslah ditangani dengan berhati-hati agar tidak rasa terbeban dengan apa yang harus dilakukan...Alhamdulillah setakat ini aku dapat melaluinya dengan tenang dan relaks....
Apapun yang harus dilalui perlulah berlandaskan aturan dan peraturan hidup. Ikutilah jalan yang lurus....iaitu jalan yang diredhainya.....Inilah falsafah hidupku kini.
Oh...ya dalam kesibukan waktu, aku masih sempat bersantai. Selasa lalu (5 jan) aku telah ke Tg Piai bersama seorang teman.....Emmmm penghujung benua Asia tu...... Sudah agak lama aku tidak menjejakkan kaki ke tempat itu....kini telah banyak perubahan....jika suatu masa dulu Pak Atan pemilik restoran Atan Seafood hanya memiliki beberapa buah chalet kayu di atas laut kini telah berkembang meluaskan perniagaan dengan mendirikan chalet2 batu dua tingkat. Ia kelihatan lebih menarik dan mempersonakan.....malangnya aku terlupa bawa kamera. Jika tidak pasti telah kuambil gambar2 di situ.....
Gambar ini atas ikhsan temanku.....thanks dee.
Nun di kejauhan...Singapura...
Di belakangku adalah antara chalet dua tingkat yang sedang dibina...
Seminggu membawa kenangan yang tersemat jauh didasar hati....pelbagai peristiwa kulalui akan kusimpan sebagai memori yang kekal abadi....semoga menjadi panduan menjalani kehidupan yang akan kulalui...
0 comments:
Catat Ulasan