Rabu, Disember 30, 2009

Assalamualaikum wrt. wbt....

Sudah beberapa hari tak post entry....tak berkesempatan nak duduk depan lap top....tp hari ini sebelum bermulanya tahun baru saya berusaha juga utk menutup n3 dgn cerita tentang aktiviti akhir saya pd 2009....


Emmm....pada 26 - 27hb dis yg lalu saya telah ke Kota Tinggi, untuk menghadiri Mesyuarat Agung tahunan PPJ (persatuan penulis johor). Saya menginap di Hotel Mayres...sebenarnya untuk menghadiri mesyuarat tidak diperuntukkan tmpat penginapan kerana mesyuarat diadakan hanya pada hari Ahad 27 dis. Justeru kakak saya adalah AJK persatuan, beliau telah diberi tempat penginapan kerana pd malam 26hb telah diadakan satu sesi dialog di Restoran Bt. Sawar... dan kami dijamu dengan hidangan Nasi Ayam Baser yg amat terkenal di Kota Tinggi.

Acara pertama...Majlis Dialog Penyair Johor....

Sebelum mesyuarat, berlangsung Forum 1 Malaysia...

Ketua 1 PPJ

Majlis Pelancaran buku....Antologi Puisi Suara Ledang

Emmm...selesai majlis.....sesi bergambar...

Usai majlis, dalam perjalanan pulang singgah di Tesco Kulai....terfikir untuk membeli sesuatu sempena hari tu adalah 10 Muharram.....sunat membeli sesuatu barangan yg tahan lama dan untuk kegunaan seisi keluarga....lagipun dah jadi amalan keluarga saya sejak dulu....seperti biasa saya mesti beli sehelai selimut....dari dulu...itulah barangan kegemaran saya pd 10 Muharram...... mungkin meneruskan tradisi arwah mak yg juga suka beli selimut....... he...he...kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...