Khamis, April 28, 2011

Mana Suara????

Wah! bersemangat pulak nak masukkan n3 2 hari berturut2...ikut mood kan...lagipun hari ini something wrong somewhere ngan aku...;)

Pagi2 datang sekolah bersemangat nak bercerita pasal SPSK dengan kengkawan...tak ingat yang suara aku dah 'hilang' hari ni...Ops...sebelum tu...bangun awal2 pagi dah termuntah2...keluarlah segala macam kekotoran dari badan (kotnya lah...) sakitnya tekak...sekali belek2 eh...ada darah??? terkejut sakan...bila aku cuba bersuara....eh..eh...suara aku takde....huhu sudah bisukah aku? walhal semalam tak melakukan kesalahan suara pun...huwaaa... tapi kali ini, walaupun tekak sakit...tapi taklah pulak demam...Alhamdulillahlah jugak... tak kisahlah. yg penting kena bersemangat. kalau tak macam mana nak jadi HEBAT kan...;)

Ok sampai sekolah,,,,,bila aku mula buka mulut...semua rakan2 pun tercengang...."eh, mana suaraa??" laaa....tak dengarlah...dan semua orang pun gelakkan aku....semua org pun terpaksa tengok mulut aku dan sua muka dekat2 dgn aku sbb nak dengar apa yg aku cakap...haha..lawak betullah. Ish...sebenarnya sejak selasa haritu dah ada sorang kawan yg 'hilang' suara...dan mereka kata aku jangkit daripada dialah... tapi aku rasa tidak kot. cuaca memang super panas akhir2 ini...dan minggu lepas je aku melantak asyik minum ais....tak ingat dunia...huhu.

Jam 11 pagi ada pulak mesyuarat dan aku kena pulak bentangkan sedikit sebanyak mengenai taklimat semalam...(pembentang sebenar tentulah GPK 1...aku cuma tukang sampuk je). Haha..walau takde suara aku berjaya juga sampaikan apa yg aku sepatutnya sampaikan. Alhamdulillah...semangat HEBAT semalam berkekalan hingga hari ini...

Eh! seperkara lagi....semalam cerita yg hari ni aku tak sabar nak ke sekolah sbb ada pertandingan kawad kan...Yeah...pasukan sekolahku telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori NGO dan Naib Johan kategori GO...dan ketuanya juga berjaya menjadi pemberi koman terbaik perempuan...TAHNIAH DAN SYABAS...kamu semua memang HEBAT...

(",)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...