Jumaat, November 20, 2009

Selamat Bercuti..


Last Day......20 Nov 2009

Hemmmm...akhirnya sesi persekolahan 2009 tamat sudah....Cuti persekolahan bermula esok...
Kepada semua rakan seperjuangan...Selamat bercuti.....semoga ceria dan gembira bersama keluarga.....
Kepada semua pentadbir......selamat bertugas dalam cuti.....semoga dapat bertugas dengan penuh keikhlasan
Kepada semua rakan yang berpindah.....Selamat berpindah...semoga gembira dan selesa di tempat baru.....
Kepada rakan yg bakal jadi pengantin (Saliza ler) ....Selamat Pengantin Baru.....semoga kekal hingga ke akhir hayat...
Noma, Nadia, Ummi dan Ijan........jangan sedih ye...kami semua sayang kat awak......


Pemantauan ISO......19 Nov 2009

Semalam telah dijalankan pemantauan oleh auditor dari 3 PPD (Johor Bharu, Pasir Gudang dan Pontian)...bermula jam 9.00 pagi hingga jam 4 ptg.....penat juga menunggu...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...tapi kena juga NCR (Non Complete Record)...biasalah...nobody's perfect...
Apa yang penting...dapat satu pengalaman yang sangat2 berharga dan berguna...

Peperiksaan SPM bermula....18 Nov 2009
Hari ini peperiksaan SPM bermula....awal pagi terasa sebak pulak bila melihat dan mendengar calon2 SPM tu baca yaasin beramai2...semoga semuanya dapat menjawab soalan dengan penuh ketenangan dan semoga semua beroleh kejayaan yang diharapkan....
Jamuan Perpisahan......17 Nov 2009

2 orang guru di kiri (Noma) dan kananku (Nadia) yang akan berpindah. Hujung tudung coklat tu KB Sains Sosial....Kak Jah Idris..

Seawal 7.30 pagi lagi kami dah berkumpul beramai-ramai di kantin untuk majlis jamuan perpisahan (Jamuan kuih teriak) 4 orang guru....seronok majlis pagi ni....banyak betul makanan.....Alhamdulillah kalau pasal makan...semua bermurah hati....semoga semuanya akan bertambah murah rezeki...ameeen....


Pemudi harapan bangsa.....


Sebelum majlis bermula pelajar terlebih dulu dihimpunkan dalam perhimpunan pagi mcm biasa....emmmm tertangkap pulaklah budak 4 orang di atas ni...kerana membawa tepung...ni takde kerja lainlah selain niat nak menabur tepung...kononnya untuk majlian jamuan akhir tahun kelas mereka....selalunya....dolu...dolu yg buat kerja cam tu adalah budak lelaki...tapi lain pulak kali ni......baru tingkatan 2...dah pandai nak buat sesuatu yg tak elok......apalah nak jadi...

...

1 comments:

saliza berkata...

wah..mekasih kak leha...doakan kebahagiaan kami..jangan lupa datang tau..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...