Khamis, November 12, 2009

Cerita Minggu Ini..

KURSUS SEMAK SEMULA P.PERAKAUNAN

Hari Isnin 10/11/09 hungga 11/11/09 yang baru ni saya telah mengikuti kursus anjuran JPNJ. Kursus Semak Semula Matapelajaran Prinsip Perakaunan. Fuh! nampak gaya next year kena berkampung kat makmal komputer kerana hampir keseluruhan topik memerlukan penggunaan TMK dalam P & P....

Kursus telah diadakan di Hotel Seri Pelangi, Muar.


Emmm dah hujung tahun ni ada pulak kursus yang tertinggal......tapi terpaksalah pergi demi kepentingan pelajar tersayang he...he...he...selebihnya nak keluar dari sekolah sehari dua sebab tension sangat...dan yang penting memang kena pergi sebab saya ni ketua panitia...ha...ha...

Bersama Norizah Karim (Ketua Bidang Teknik Vokasional SMK Dato' Penggawa Barat)
.......Muka monyok je sebab letih sangat dengar macam2 peringatan/nasihat/motivasi/tip2/dll....

Kepada cikgu Hamzah (SMK Sri Tanjung), terima kasih kerana menumpangkan saya dan rakan2 yang lain....lain kali bolehlah saya tumpang lagi...


******************************************************

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR


Pagi tadi telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2008 (kurikulum)/2009(Kokurikulum). Majlis bermula jam 10.00 dan berakhir jam 12.00 tengahari. Majlis berjalan begitu lancar.

Wah! kebanyakan pelajar yang menerima anugerah terdiri daripada pelajar perempuan! Dari segi akademik, hanya 3/14 pelajar lelaki yang menerima anugerah. Manakala kedua-dua tokoh kokurilum dan tokoh kepimpinan juga diterima oleh pelajar perempuan! mengapa ini terjadi...Bangunlah duhai anak bangsaku pemuda harapan negara...

***************************************

JAMUAN AKHIR TAHUN

Usai Majlis anugerah kami bergerak pula ke Kukup Golf Resort untuk Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009. Majlis bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang. Nampaknya majlis hari ini berjalan begitu lancar dan selesai lebih awal dari yang dijangkakan...

Bersama mantan pengetua Pn. Tan Moi Yan (baju purple)



Gambar ini pula bersama Kak Linda dan Kak Khadijah Daud (telah berpindah ke SMK Dato' Penggawa Barat). Wah! first time makan kat meja utama ...lauk pauk telah sedia terhidang..

Apapun...seronok sangat majlis hari ini..meriah dengan gelagat kak Zihan dan kak Jah Idris....hilanglah sikit sakit kepala yang kualami sejak sabtu lalu.....

Kepada rakan2 yang berpindah ke sekolah baru (Nurul Nadia ke SMK Pasir Gudang 3/ Ummi Salihah ke Keningau, Sabah/ Noma@Naisah ke Bentong, Pahang/ Norizan ke Temerloh, Pahang), jangan lupa kami di sini ya. Buat Wan Fauziah yang dah 12 kali minta pindah, bersabarlah dengan semua dugaan yang melanda semoga kesabaranmu dibalas dengan sejumlah kebaikan tak terduga...

******************************

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...