Wah! hari ni buat pertama kalinya aku balik lewat kerana tugas baru.....Sebenarnya aku dimaklumkan akan tugas baruku pada Sabtu (31 Oktober) lalu. Tapi aku seakan menidakkannya kerana masih tidak menerima surat hitam putih lagi...malah sampai saat ini pun aku tak terima surat perlantikan...Apapun...aku yang memang sedia berkhidmat ini tetap menerima tugas yang diamanahkan dengan rasa senang hati...kalau paksa diri nanti tak ikhlas pulak dan sudah tentu jadi tension dan stress.....so aku kenalah berfikiran rasional dan terbuka...
Sampai saat ini pun aku rasa tak layak untuk jawatan itu...siapalah aku...aku bukan pandai sangat dengan IT...tak pernah juga menghadiri kursus dalam bidang ni...tapi dah barisan pentadbir sekolah rasa aku boleh....maka akupun terpaksalah membolehkan diri meski telah kuberi pelbagai alasan yang agak munasabah....maka kuharap semua rakan seperjuangan...terima aku seadanya....
Tugas baruku...Guru Kanan Media dan Perpustakaan (aku tak pasti betul ke tidak...setahuku tidak ada perkataan 'kanan' dalam jawatan ini)...mula-mula kena buat Buku Panduan Guru 2010.....sebelum tu..barisan pentadbir mengagihkan tugasan untuk setiap guru...
Wah! tahulah aku bagaimana pengagihan tugas guru2 dilakukan selama ini...ho...ho...ho...tapi ini rahsia pentadbir...he..he...he...dan aku senyum je sepanjang menjalankan tugas baru ini (sebab aku teringat bagaimanalah agaknya keadaan mereka semasa nak beri aku tugasan tahun lepas...) selebihnya aku 'blur' tak tahu nak buat keputusan lagi..dan akhirnya aku jadi pencatat setia...
InsyaAllah...aku akan berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri dan mereka yang memerlukan...Semoga ALLAH memberkati segala usahaku...ameeen
...
0 comments:
Catat Ulasan