Rabu, April 27, 2011

Tugas dan Tanggungjawab...

Hai...hai...hai...Assalamualaikum wrt. wbt.

Waktu mendengar taklimat pagi tadi, hati berkobar2 nak menulis n3 malam ni...tapi bila dah menatap blog ni...rasa malas sangat2...tapi dikuatkan juga semangat untuk menulis...tak banyak sikit pun jadilah kan...hehe

Ermmmm.....'tugas dan tanggungjawab' begitulah tajuk perbincangan saya malam ini....cewah...mcm nak berbahas pulak. Ok. sebenarnya bukanlah ada apa2 pun, sekadar nak berkongsi cerita. pagi tadi saya menghadiri taklimat SPSK yang dianjurkan oleh JPNJ.... apa tu??? Ia merujuk kepada Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti...wow! hebatkan...gah aje namanya tapi taklah hebat manapun walaupun kerjanya nanti memang sangat hebat...dan ini membuatkan saya rasa HEBAT sangat...huhuhu (kena beri semangat kepada diri sendiri).

So, itulah tugas baru yang akan saya laksanakan. Saya suka tanggungjawab, dan hari ini saya telah menghadiri taklimat yang bukan tanggungjawab saya. Namun saya hadiri juga dengan penuh rasa tanggungjawab. Sepatutnya orang yg paling layak mengdengar taklimat ini adalah Penyelaras aka setiausaha yg telah dilantik...tapi bila dah arahan boss minta saya pergi bersama2 dengan PK Pentadbiran, maka saya akur wpun sy sedar saya bukan orangnya (hehe...sebenarnya dah otw nak pergi taklimat baru sedar...).

Tapi tak mengapa...saya tak kesal atau terkilan sedikit pun. Saya pergi dengan senang hati...mendengar taklimat dengan perasaan berkobar2 untuk melaksanakannya, dan mengambil catatan serta memberikan pandangan kepada PK1 bagaimana cara terbaik utk melaksanakannya di sekolah nanti. Semuanya saya lakukan atas dasar....SAYA YANG MENURUT PERINTAH...dan kali ini SAYA YANG TERKENA....redha dan pasrah pada ketentuanNYA.
Tambahan pula, di sekolah lama saya pernah mengendalikan hal yang serupa...jadi tidaklah rasa terbeban sangat kerana sedikit sebanyak saya telah mengetahui apa yang dikehendaki oleh sistem ini.

Esok akan bermulalah tugas baru itu....semoga rakan2 seperjuangan akan memberikan kerjasama yang superb nanti... dan tak sabar nak ke sekolah esok sebab sekolah telah menjadi tuan rumah dalam Pertandingan Kawad Kaki sekolah2 peringkat daerah. Mesti meriah nanti...

Ops seperkara lagi....dah beberapa kali saya ditanya samada saya nak kembali ke sekolah lama atau sekolah yang berhampiran rumah atau tidak...saya katakan bahawa saya dah SAYANG pada sekolah baru saya....sekolah tu best sangat kerana saya tak perlu memikirkan sesuatu yg sangat berat di situ...;)

OKlah.....sehingga jumpa lagi...wassalam...

(",)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...