Jumaat, Disember 31, 2010

Kenangan dan Harapan...

Penutup kata penyudah bicara,
2010 sentiasa diingatan,
hati menyimpan seribu rasa,
minda terasak pelbagai kenangan.

Sekadar menyimpul kata sepanjang perjalanan 2010.
Apa yg telah kulalui...kenangan terindah dalam hidup...suka duka...pengalaman jadikan pengajaran....yang buruk, jadikan sempadan....yg baik, jadikan ikutan.

Apapun yg telah berlaku sepanjang 2010 sgt memberi impak besar dalam hidupku.....menjadikan aku lebih tabah dan tenang dalam menghadapi kehidupan....sehari umur bertambah...sehari jua pengalaman tercipta...apa yg telah berlaku takkan berulang seperti apa yg telah terjadi...ia akan hadir dengan cara yang berbeza.....namun berdasarkan pengalaman...kita perlu waspada menanganinya dengan cara yg berbeza juga...

2010...macam2 hal berlaku dalam hidupku....dan ada ketika aku rasa seperti tak mampu lagi menghadapinya...namun, kembalilah ke jalanNYA...insyaAllah penyelesaian ada di depan mata. 2010 benar2 menguji hati dan perasaan. Alhamdulillah segalanya dapat kulalui dengan tabah.

2010......impian nak menukar kerjaya tidak kesampaian....tapi akhirnya aku bertukar tempat kerja...haha...segalanya ketentuan Allah. Aku terima dengan redha....sesuatu yg tidak dirancang tapi perlu dilaksanakn dgn penuh dedikasi.

2011 bakal menjelang sedetik cuma....kuharap kedatangannya akan lebih membawa sinar dalam hidup kita semua...Semoga 2011 aku menjadi insan yg lebih baik...menjadi ketua yg dedikasi...dihormati dan disegani...yang boleh bertindak serasional mungkin dalam menangani pelbagai permasalahan yg mungkin berlaku (aku dah nampak beberapa masalah yg perlu diselesaikan segera...huhu)...

2011 menjelang tiba,
kehidupan baru tambah ceria,
anjakan paradigma perlu dibina,
transformasi diri harus bermula.

Salam Tahun Baru....dari saya buat semua...

(",).. :x

Ahad, Disember 26, 2010

Berakhirnya cuti...

Salam semua...

Lamaaa kan tak masuk apa2 entry...maaflah banyak sangat halangan dan rintangan....hari ini pun sekadar singgah dan melepaskan kerinduan yang dah lama bersarang di hati...kerinduan untuk menulis di sini...hehe...

Emmm...hari ini kiranya hari terakhir cuti bagi cikgu macam saya ni...kerna esok bermulalah tugas untuk bangsa dan negara....cewah. Meskipun sekolah hanya akan dibuka mulai 3 Januari, tapi esok (ada yg dah mula hari ni kan... ;) ) semua guru2 perlu hadir ke sekolah untuk bermesyuarat dan merancang persiapan pengajaran dan pembelajaran sesi persekolahan 2011. Aduhai...walhal tugasan aku belum siap lagi ni....dan hanya ada 5 hari sahaja lagi untuk menyiapkan tugasan yg diamanahkan....semoga segalanya berjalan lancar...

Dan...sebagai persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan akan datang...hari ini terpaksalah pi cari2 buku....wow! banyak betul buku aku borong...sampaikan anak sedara kata....usu ni nak bukak perpustakaan ke apa....haha...terpaksalah...sukatan baru...buku pun terpakasa cari yg baru...tambahan tahun depan kena plak tambah 1 subjek baru....utk melengkapkan masa mengajar....huhu..biasalah guru2 di bawah bidang Teknik dan Vokasional ni selalu tak cukup waktu...so utk memenuhi quota...kenalah mgajar subjek2 lain yg ntah apa2 aje...seni...sivik...moral....pjk...huhu dan aku pilih seni plak...ish boleh ke aku ajar melukis nanti...alahai hentam sajalah....

Alamak....dah lewat ni....ada kerja yg belum beres...nantilah kita sambung lagi...ada banyak story nak masukkan tapi tak sempat...story pasal cuti2 malaysia aku...ada banyak gambar juga....so tunggulah bila segalanya dah settle....maka akan kumasukkan juga cerita yg tertunda itu....hehe...

Khamis, Disember 16, 2010

Wayang....

Suatu ketika dulu pernah terdengar rakan2 sekerja bersembang tentang wayang....mereka kata tidak mengapa membawa anak2 sesekala menonton wayang agar terbuka minda dan supaya mereka dapat berfikir dengan lebih terbuka....mereka telah mempraktikkannya dan hasilnya anak2 mereka lebih cemerlang dalam pelajaran dan lebih kreatif dalam berfikir dan membuat keputusan...tapi janganlah jadikan ia satu aktiviti yang kerap dilakukan...kelak akan merosakkan moral pula....itu kata mereka.....

Maka, pada cuti persekolahan pertengahan tahun lalu, saya pun membawa anak2 saudara menonton wayang....cerita kegemaran mereka tentunya...kebetulan masa tu saya pun tengah 'stress'...hehe....mereka rasa seronok dan teruja dapat menonton di panggung.....

Apakah suratan atau kebetulan???? Peperiksan akhir tahun kesemua mereka menunjukkan pencapaian yg agak memberangsang....alhamdulillah.

Dan bagi memenuhi impian mereka, semalam....sekali lagi saya membawa mereka menonton wayang pilihan mereka....apalagi...Narnia ler....mulanya nak menonton 3D tapi terlewat sampai....cukuplah sekadar normal sahaja.....huhu mujur juga...tak tahulah kalau tgk versi 3D...mau tanggal jantung dibuatnya....

The chronicles of Narnia..The voyage of the dawn trader...

Filem yg membosankan aku mulanya (budak2 sukalah...)...tapi akhirnya membuatkan jantung aku berdegup laju dan at last kena gelak dgn Hakimi sebab aku nangis di akhir cerita...hahaha...

Ermmm...keluar panggung jer budak2 tu semua mengecek nak tengok wayang lagi bila cuti sekolah nanti...siap janji2 dan tetapkan target masing2.....haha...aku tak suruh....huhu...
so sape2 yg nak tengok wayang....maka jadilah anak saudara aku....haha...ops....yg kecik2 je ye...yg dah kerja dan kahwin pi tgk dgn suami hang masing2...hakhakhak...


(",)



Ideapad...

Assalamualaikum wrt. wbt...

Alhamdulillah dapat bertemu kembali di alam maya ini...Setelah sekian lama tak dapat masukkan en3 baru, peluang itu dapat dibuat di pagi yg berbahagia ini... :p... Huhu...lappy saya masih berada di pusat servis.... dan utk memenuhi keperluan...terpaksalah saya mencari pengganti.....kali ini kecil aje....10 inci....cukuplah sekadar back up dan memudahkan saya membawanya jika berkursus nanti...ringan dan mudah dibawa...

Netbook kecil yg dah lama jadi idaman.....;)


Comel dan cute...terpikat pada pandangan pertama....haha

Apa yg menarik, saya terpandang netbook ini dikedai lantas membuat keputusan membelinya sekembali pulang dari bercuti...kebetulan memang sangat memerlukan dan teringat2 ipad anak saudara yg sgt mengujakan tempohari....hehe...dan netbook kecil saya ini adalah 'ideapad lenovo'.....dan wow...jangka hayat bateri sehingga 8 jam? mcm tak percaya aje....tak pernah guna lagi sehingga 8 jam... Apapun, semoga ia bermanafaat kepadaku....

(",)


Ahad, Disember 05, 2010

Salam Maal Hijrah...

Assalamualaikum wrt. wbt.

Kepada semua, saya ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H...
Semoga tahun baru akan datang dapat kita jalani dengan lebih indah dan penuh ketaqwaan...
Apa azam tahun baru?...bagi saya...macam biasa aje...meneruskan azam yang tak kesampaian pada tahun ini.....InsyaAllah...semoga bertambah keimanan kepadaNYA...

Ermmm...tak de idea untuk menulis malam ini...dan entry inipun terlalu awal dicoretkan...bukan apa...esok saya akan pergi bercuti untuk beberapa hari......tambahan, lappy saya tetiba mengalami masalah.....huhu...terpaksa hantar 'icu'...agaknya merajuk sebab tuannya nak pi bercuti...atau dia memahami dan ingin bercuti juga di pusat servis...hehe..

Okeylah. InsyaAllah, catatan perjalanan akan tercoret jua nanti. Semoga si lappy sihat seperti biasa apabila saya pulang nanti...

Opss.....jangan lupa esok. Baca doa akhir dan awal tahun....

(",)

Sabtu, Disember 04, 2010

Di sepertiga malam...

Di sepertiga malam...
tahajjudku berlainan di mlm kelam...
mengimbau sepanjang tahun kehidupan...
mengundang pelbagai persoalan...
kenapakah...
mengapakah...
apakah.....
sampai bilakah....
harus kulalui semua ini...
selagi hayat dikandung badan...
selagi nafas masih berjalan...
selagi diri boleh bertahan...
melangkah aku teruskan kehidupan...
mengharap terus redhaNYA Tuhan.
Semoga ALLAH memberi kekuatan.


(",)

Rabu, Disember 01, 2010

Doa Pelindung Khusus Kaum Wanita

Satu lagi artikel yg amat berguna yg saya temui pagi ini. Doa ini telah saya amalkan.....dan anda akan dapat merasai ketenangan sepanjang hari....Sy masukkan sebagai entry khas buat anda semua yg disayangi.... amalkanlah...InsyaAllah, semoga kita dilindungiNYA setiap masa.

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul
Oleh : Zaharuddin Abd Rahman ( http://www.zaharuddin.net/ )

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


Semoga bermanafaat. InsyaAllah.

(",)

Andainya Kau Tahu....

Salam indah di pagi yang dingin.....di kala hujan membasahi bumi....tak dapat jalan2 di luar sana....jalan2 di internet pun jadilah. Emm... pagi ini kutemui artikel tersebut untuk renungan kita bersama...

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?? (by Blog Nya Mas Rully )


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya...

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam AS saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua.
Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki
.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang........

(",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...