Rabu, Jun 30, 2010

Durian...Bola dan PTPTN

Hai....bertemu kembali...kali ini aku nak cerita pasal 3 benda ni....apakah kaitannya ya....emmm mari kita fikir2kan... ;)

Mula2 cerita pasal durian...raja segala buah...lebih ramai yang menggilainya daripada yang tak suka...aku juga...mula2 musim durian tiba tahun ni...rasa taknaklah makan sebab konon2 diet...yelah kan buah ni begitu tinggi kandungan gulanya...so konon2 jelah tak nak makan untuk musim kali ini....tengok je orang beli dan makan...bila org bercerita pasal buah ni mulalah buat2 tak dengar padahal dalam hati...aduhai hanya Allah aje yg tahu...


Dulu ada kebun durian. Aruah bapak tanam untuk anak cucu makan katanya. Tapi sebelum pokok2 tu berbuah aruah bapak selalu beli durian sebakul daripada peraih...biasanya buah2 lebihan yang dijual murah....tapi semua buah2 tu tetap memberi kepuasan yang tidak terhingga...duluu...dua biji pun aku mampu menghabiskannya seorang diri....sekarang ni tak bolehlah lagi rasanya....kepanasan...lagipun buah durian sekarang dah tak macam dulu keenakannya...

Seminggu yg lepas sorang kakak balik dari KL...hantu durian...padahal pesakit kencing manis...aduh...hilang segala pantang...kebetulan di rumah anak saudara juga ada pokok durian dan setiap petang dia akan hantar sebiji dua...alahai..bila melihat kakakku makan dengan begitu teruja sekali hilanglah segala keinginan untuk berdiet....hancus...melihat mereka berebut2 maka akupun tak ketinggalan....bukan seulas dua....hah...empat lima ulas juga...diet simpan tepi....haha...takpe lepas ni diet lagi....seronok makan ramai2 apatah lagi bila semua org berebut part 'kucing tidur'....entah apa yg bestnyer...rasa padahal sama aje.....


Lepas tu cerita pasal bola pulak. Suatu masa dulu aku minat jugak nak tengok perlawanan bola sepak ni...teringat dulu...dengan aruah bapak juga...temankan dia ditengah2 malam semata2 nak menonton perlawanan piala dunia...masa tu Brazil lawan dengan apa ntah...tapi Brazillah yg menang. Dan sejak tu aku ingat nama Brazil je untuk bola...hehe.... sekarang ni aku dah tak minat dah nak tengok....sebenarnya tak de kawan nak tengok....tengok bola mana syok tengok sorang2... ;0

Seperkara lagi aku fobia juga...sebabnya aku masih teringat lagi malam aku tengok bola sepak dengan aruah bapak tu...esok paginya aku dapat berita ada orang kampung yang meninggal dunia semasa perlawanan itu berlangsung...dia tengok sorang2 kot sebab orang jumpa dia dah meninggal atas kerusi malas...Innalillahi wainnailaihi raajiuun.

Kalau buah durian, semahal manapun org sanggup beli bila dah teringin sangat nak makan....bolasepak piala dunia juga......menjadi sebutan dibibir peminatnya...masa nilah kebanyakan warung, kedai makan dan restoran penuh pengunjungnya...kayalah seketika pemiliknya sehingga ada yang sanggup buat cabutan bertuah demi untuk menarik pengunjung...malah ada pula yang menjadikannya bahan pertaruhan....semua gara2 nak cepat kaya...di rumah2 juga tak kurang meriahnya....masa inilah berkumpul ramai2 bersama2 keluarga dan bersorak bersama...

Dan yang terakhir pasal PTPTN.....apa kaitannya....ada...hehe..tengok tu logonya bulatkan....dan sekarang ini juga menjadi favourite ramai orang...maksud aku bakal2 student yang nak masuk universitilah...Semua berebut2 nak mohon PTPTN ini....macam durian dan bola juga yang buat masa ini ramai peminatnya....

PTPTN punya peminat yang tersendiri....berhasrat memilikinya demi kemajuan dan kecemerlangan masa hadapan tanpa membebankan keluarga......namun apa yang berlaku...amatlah sukarnya menembusi laman web yang disediakan.... tidaklah seperti perlawanan bola yang mudah ditonton atau juga durian yg boleh dibeli ditepi2 jalan....

Begitulah...antara durian, bola dan PTPTN.....dikejar dan digemari semua...tapi tidak semua akan mendapat manafaatnya....segalanya ketentuan Yang Maha Esa.....Maka berdoa, bersabar dan bertakwalah bagi mereka yang diujiNYA.

(",)

Ahad, Jun 27, 2010

Mana dia...?

mana ni....mana ni...? aduhai...hilang lagi dia....mana nak cari ni...kenapalah asyik hilang jer...penat aku mencari....tapi tak jugak jumpa....salah aku ke? Eh aku mana ada salah...aku dah simpan elok2....baik2....hati2....tapi dialah yang salah...ngape boleh hilang plak ni.....atau mungkin dia pun tak salah...yelah dia mana nak ngaku salah....haha...oklah akulah yang salah sebab tak jaga betul2....walaupun dah simpan elok....huhu...muncullah2...aku dah semakin tak bermaya dah ni.....


(",)
aku yang kehilangan....

Sabtu, Jun 26, 2010

Tetiba lagi....

Dan tetiba hari ini....aku rasa ingin menangis....hahaha....apalah aku ni.....

(",)
sering ketawa dalam tangisan....

Mengapa Wanita Menangis?


Salam penuh ceria.....semoga semua rakan pembaca berada dalam keadaan sihat dan gembira di samping keluarga dan persekitaran yang damai...

Hari ini sekadar nak berkongsi apa yang telah saya baca di pagi nan indah ini.......silalah klik....semoga kita sama2 menjadi seorang insan yang berilmu dan berpengetahuan....;))



Menangis bukan kerana sedih sahaja....
(",)

Rabu, Jun 23, 2010

Indahnya Hidup.

10 Hal Untuk Hidup Indah

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi perkara yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let's get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. KEMAAFAN
Ramai orang stress kerana tak boleh memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal menjadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERKONGSI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berkongsi. Berkongsilah apa saja, berbicara bersama teman, berkongsi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menebar jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tiada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Allah pada kita adalah hati. Dengan hati, kita boleh merasakan sedih dan senang, boleh memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal dan tidak ternilai harganya..


Semoga hidup kita akan sentiasa indah bersama rahmat dan redha dari Allah...

(",)

Isnin, Jun 21, 2010

Ketenangan....

Alhamdulillah.....
sepetang yang meresahkan.....akhirnya membuahkan ketenangan dalam diri.
Dalam resah ku merenung diri....melewati hari...memikirkan apa yang harus kulalui....meredakan kegusaran hati.....akhirnya kutemui apa yang kucari....

Terima kasih Allah kerana memberiku ilham....menyelesaikan segala permasalahan diri yg kuhadapi......kulewati hari dengan keyakinan hati....

Dalam mencari solusi, kutemui ungkapan ini..."Untuk rasa lebih tenang dan tenteram, berhentilah berharap pada orang lain. Sebab kalau kita berharap pada orang, nanti kita akan kecewa apabila harapan kita itu tidak ditunaikan." ....juga ini ..."Carilah 70 alasan untuk untuk memaafkan sikap saudaramu. Jika hatimu masih tetap enggan menerimanya juga, maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut disalahkan.."

Dan yang sangat berharga....kutemui doa ini... ".....Ya Allah ya Tuhanku, hapuskanlah daripadaku perasaan susah dan dukacita".


"Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan." (Riwayat al-Baihaqi, no. 3815)

Semoga Allah melapangkan dan memudahkan perjalanan hidupku.....amin.


(",)...♥♥♥
Doa diambil dari majalah Solusi Isu ke20

Tetiba lagi......

Di sekolah......tetiba rasa tak sedap hati....rasa ingin pergi jauh membawa diri.....sendiri...melayani hati....

Dalam ketabahan dan kepasrahan....tersentuh jua perasaan....

(",)
1.00 tghr..

Ahad, Jun 20, 2010

A.K.U

Aku adalah aku...
aku tak mampu untuk membalas dendam....
meski dihati tersimpan seribu satu macam perasaan...

kelmarin.....hatiku disakiti...
kelmarin.....perasaanku dinafi....
kelmarin.....kehadiranku tidak dihargai...
kelmarin.....aku rasa tak dipeduli...
kelmarin.....aku ingin menjauh pergi.....
kelmarin juga......telingaku diasak bertubi2...

semalam.....aku terasa jauh hati...
semalam.....aku rasa tak punya perasaan lagi....
semalam.....aku rasa tak nak fikir apa2 lagi...
semalam.....aku ingin membawa diri....
semalam juga.....migrainku menjadi2...;))

hari ini.....aku tabahkan hati....
hari ini.....segalanya kubiar sepi.....
hari ini.....aku duduk menyendiri...
hari ini.....aku semakin mengenal diri.....
hari ini juga.....dendam kubuang jauh dari sudut hati...

Aku yang masih begini......
terus tabah dan pasrah mengharap keredhaan Ilahi...

(",)

Jumaat, Jun 18, 2010

K.E.N.A.P.A

Kenapa hatiku tetiba sayu....pilu.....
emm rasa tak mampu nak fikir apa-apa...
nak berbuat apa-apa....
yang aku tau....
aku nakkan ketenangan....
alangkah seronoknyer kalau dapat bersantai ditepian pantai...
merenung ombak dilautan...
datang dan pergi silih berganti...

Aku macam dah tak ada hati untuk berfikir lagi....
K>E>N>A>P>A ya?

Aku yang macam-macam
(",)

F.O.K.U.S

Hai...hai...hai...semoga semua pembaca blogku sihat dan ceria...segalanya terletak dalam hati meski banyak yang dipengaruhi oleh persekitaran...semoga kita dapat mengatasi kesedihan dengan penuh rasa kesyukuran bahawa kita masih diberi Allah perasaan...

"Tiada manusia yang tidak menemui kegagalan namun pilihan ada pada diri sendiri samada mahu bangkit semula atau tidak..." itu kata2 Jackie Chan sebagai Mr. Han dalam Filem Karate Kids...[eh ye ke Mr. Han yg kata...hehe...tak sure plak].

Selanjutnya...nak ceritalah sikit...hari ini untuk kali yg kedua dalam bulan ini aku pi tengok wayang...selebihnya adalah memenuhi permintaan budak2 kat rumah ni...so untuk menggembirakan mereka dan aku juga, maka inilah harinyer...tulat dah mula sekolah....


Filem ni...entah kenapa sejak melihat promo di tv hari tu aku terus tertarik untuk menonton [sebab aku ingat budak tu perempuan...hahaha lelaki rupanya...]. Tapi tak sia2....aku beri 5 bintang. Best sangat. Kukatakan best sebab cerita ini mampu mengeluarkan airmataku beberapa kali....sedih dengan perjuangan dan usaha Dre untuk mengalahkan lawan [kuletakkan diriku di tempat Dre itu...]...usaha dan semangat tangga kejayaan....satu lagi...FOKUS....ah...itulah yang penting sebab fokuslah yang menguasai minda seterusnya menggerakkan hati untuk bertindak dengan cara yang terbaik....alangkah bagusnya jika semua yang sedang belajar boleh fokus dalam apa yang mereka pelajari....termasuklah sesiapa saja juga termasuk yang bekerja...fokuslah dalam apa jua yg diusahakan....Minda dan Hati saling berhubung memberi makna kepada tindakan yang kita lakukan...

Kesimpulannya aku sangat puas hati....rasa macam nak pi tengok lagi...tak dapat full concentration sebab terpaksa melayan si Ahmad yang asyik merengek nak balik sbb takut gelap....[padan muka aku...sape suh bawak dia...;0]

Ha..ha...ha... yang penting enjoy dengan kerenah budak2 yg tak pernah tgk wayang tuh....Eh Najiha dan Zaza pun nangis gak per...haha


(",)

Selasa, Jun 15, 2010

Yang terindah buat Fatin

Lama sungguh tak update blog ni....macam biasalah nak update blog pun kena ada mood juga...sebenarnya dah beberapa kali nak post entry asyik tertangguh dan ak
hirnya aku padam aje entry tu sebelum sempat dipublishkan....;)...biarlah ia menjadi cerita yg aku seorang je yang tahu....

Malam ni tetiba rasa nak post sesuatu untuk entry kali ni... Ia mengisahkan tentang.....Majlis pertunangan anak saudara aku...Nor Fasyareena @ Fatin... malangnyer takde satu pun gambar aku yg diambil oleh anak saudaraku (zaza) walaupun kamera yg diguna adalah kameraku..huhuhu.....[gambar aku entah ada kat kamera siapalah agaknya..]

Majlis yg berlangsung pada 12 Jun itu sangat meriah dan dihadiri oleh hanya ahli keluarga dan teman2 rapatnyer [cewah...macam ayat dalam Melodi jer...;)]... ala malaslah nak tulis lagi....layan gambar jelah yer....hehe
Wah! fatin dapat 2 bentuk cincin....
Anggun dengan tema merah jambu....

Coklat yang sedap untuk yg tercinta...;)

Bersama ibu bapa dan bakal mertua

Hantaran buat tunangan....

Cincin disarung di jari manis tanda ikatan termeteri...

Anak2 saudara [cucu2 saudara bagiku..haha]
Makcik2....eh..eh...ngape aku takde...huhuhu

Sepupu sepapat....
Now...masa untuk menjamu selera.....
Eh lupa pulak nak bagitau....Fatin dapat orang Kelantan....so, bulan Mac 2011 ayuh beramai-ramai kita bercuti ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu...hehehe....sempat lagi nak menabung untuk membuat 'pelaburan' di sana nanti....;)
That's all....semoga apa yang direncanakan akan berjalan dengan lancar dan diberkati Ilahi..... insyaAllah.
(",)

Selasa, Jun 08, 2010

Lipstick in School

Istimewa buat semua guru dan sesiapa saja yang bakal menjadi guru....

According to a news report, a certain private school in Sydney's Eastern Suburbs was recently faced with an unusual problem. A number of the girls were beginning to use lipstick and would put it on in the bathroom. That was fine, but after they put on their lipstick they would press their lips to the mirror leaving dozens of little lip prints . Every night the maintenance man would remove them and the next day the girls would put them back .

Finally the Headmistress decided that something had to be done . She called all the girls to the bathroom and met them there with the maintenance man . She explained that all these lip prints were causing a major problem for the custodian who had to clean the mirrors every night (you can just imagine the yawns from the little princesses) .

To demonstrate how difficult it had been to clean the mirrors, she asked the maintenance man to show the girls how much effort was required . He took out a long-handled squeegee, dipped it in the toilet bowl, and cleaned the mirror with it. The silence was broken by a large number of gasps, a few girls vomited and apparently someone fainted. Since then there have been no lip prints on the mirror.
There are teachers . . . and then there are educators.

*"If you don't have the best of everything, just make the best of everything you have."*

(",)

Ingatan Buat Perokok.

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak, Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi danPenyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka. "Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium. "Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah, " katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press. Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia.
- Bernama
Sumber : Berita Harian Online

So, kepada perokok2 di luar sana...sayangilah orang2 di sekeliling kamu sebagaimana mereka meyayangi kamu...
(",)

Rindu.....

Hu...hu...hu....
Pagi yang indah ini, tetiba rasa rindu itu muncul lagi.....tanpa diduga tanpa disedari...ia hadir secara semulajadi....Rindu, bertandang lagi kekasih...;)
Ish....ditimpa perasaan pula....

Rindu sangat pd pengalaman setahun lalu...tika dan saat ini berada di depan Kaabah nan Agung....merenung dan muhasabah diri...alangkah sayunya hati mengenang itu semua...semoga pengalaman dan keindahan itu akan berulang lagi....harapanku .... bersama org2 yg aku sayangi....amiin.

(",)
Rindu pada dia yg dah lama tak jumpa....pdhal lum pun sbln...;)




Isnin, Jun 07, 2010

True Love.

Once upon a time, there's a girl, she was blind and everyone hate her except for a boy....The girl said..if someday I can see again, I'll marry u....
A few month later, someone donate her a pair of eyes....
She got her sight, but she was shocked when she know that the boy is blind too...
The boy asked her..."will u marry me now?" But the girl refused...
The boy smile and walk away...and he said.. "TAKE A GOOD CARE OF MY EYES.." hope u will know what is meant by LOVE.. =)


Sayangi dan hargai diri sendiri sebelum mengorbankan diri utk org lain...:)
(",)

Ahad, Jun 06, 2010

Forever After...

Hai..hai...hai...

Cuti sekolah telah bermula....seperti biasa akupun mulalah mengatur cutiku sendiri...dan seperti biasa bila aku mula 'bergerak' akan adalah pengikut2ku...


Hari ini aku telah ke Batu Pahat....tujuan utama ke Carrefour untuk mencari satu barang....alhamdulillah barang yg dicari kutemui...dan tak sangka ada offer plak...then untuk tidak menghampakan pengikutku (he..he..zaza n najiha ler) aku bawa mereka tgk wayang...ala cerita budak2...Shrek The Final Chapter...

Plan awal nak tgk movie lain, tapi sampai kat kaunter tukar plan plak...layan jelah...sekadar melapangkan fikiran....takpe next time tgk crite lain plak...best gak cerita ni...part yg paling best bila Shrek sedar bahawa dia perlu menghargai apa yg telah dimiliki dan jgn sesekali menyesali apa yg telah ditakdirkan buatnya....

Aku selalu menghargai apa yang aku ada sehingga aku tak sanggup untuk kehilangan......pun aku tetap redha dan pasrah jika telah ditakdirkan buatku untuk kehilangan apa yg aku sayang...;)

(",)

Jumaat, Jun 04, 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis

Assalamualaikum wrt. wbt.

Salam semua pembaca blogku.....
Kupaparkan sebuah kisah untuk renungan...
Siapapun kita, apapun keadaan kita, bagaimana sukar pun kehidupan kita, kita tidak keseorangan. Allah tetap bersama kita...dan pasti Allah akan menunjukkan jalan yang terbaik buat kita....


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan dikota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah"

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapapun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan kemari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunyasebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka". Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat . Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! ALLAHUAKBAR!

Wassalam

Aku yang selalu menangis....;((
(",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...