Selasa, Mac 23, 2010

Born 2 Love

Terima kasih....kepada yang mencadangkan blog berkenaan...
Setelah beberapa hari mencuba akhirnya saya berjaya singgah di blog tersebut...dan saya temui apa yg sedang saya cari...
kita dilahirkan untuk menyintai dan dicintai...justeru jgn pernah menyesal akan hadirnya cinta dalam hati...cintailah sesiapa sahaja dengan setulus hati..



"Allah Subhanahu Wata’ala berhak memberi rasa cinta agungnya kepada sesiapa yang tidak melupai hakikat rasa cinta pada Ilahi. Melupai Allah bererti cintanya bukan lagi suci. Tidak lagi sejernih cinta agung yang menjadi idaman hati-hati para pencinta. Rasa cinta tanpa adanya Pencipta – mampu bergoyah dan berkecai, hancur lebur tiada kesan yang mengesankan.

Cintailah kamu kepada siapa saja – Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam, Ibu bapa, kekasih hatimu (suami/isteri), sahabat dan teman-temanmu, tetapi ikatkan tali cinta itu pada yang SATU, tiada dua dan tiga. Pasti pahit hempedu menjadi manis persis madu, panasnya bara api menjadi sejuk sesegar air dipergunungan, peritnya hidup menjadi semudah lidah bertutur mesra.

Kerana kita sememangnya dilahirkan untuk menyintai dan dicintai"


Terima kasih kepada empuya blog...http://www.faridrashidi.com/


.....dan cintaku padanya kerana aku mencintai Allah semata-mata...semoga Allah memberiku petunjuk dan hidayahNYA...

(",)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...