Isnin, Ogos 10, 2009

Kembara Pulau Pisang

Alhamdulillah... satu lagi impianku menjadi nyata tahun ini....
Tanggal 9 Ogos 2009 aku berpeluang menyertai perjalanan kembara PPJ ke Pulau Pisang. ALangkah seronoknya bila diberitahu aku berpeluang menyertai aktiviti kembara tersebut...terima kasih kepada kakakku Pn. Siti Hadijah dan Cikgu Rosli Bakhir yang memberi laluan buatku...

Alangkah seronoknya dapat merasa naik bot nelayan meredah lautan luas... teringat semasa kecil dahulu aku selalu ikut bapak menaiki sampan samada ke kebun atau menjaring ikan (dulu-dulu nak pi kebun pun kena naik sampan dan sungai sebagai laluan)Bestnya kenangan sewaktu kecilku. Tapi dulu sampan menggunakan pendayung dan tugasku membuang air yang memenuhi sampan. Kini, air yang memasuki bot akan keluar sendiri secara automatik melalui saluran paip yang telah disediakan.


Pulau Pisang....
Aku datang bersama harapan
agar tidak terlepas tangan
menjejak tapak yg lama ditinggalkan
warisan nenek moyang zaman berzaman
menggamit indah kenangan silam

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...