Ahad, Mei 01, 2011

Sehari ke Melaka ;)

Bismillahirrahmanirrahim...



Hari ini alhamdulillah selamat satu perjalanan pergi dan balik Pontian - Melaka. Seawal jam 9 pagi kami memulakan perjalanan. Singgah sarapan di Simpang Renggam sebelum memasuki tol tepat jam 10.10 pagi. Wow! begitu banyak kenderaan yang menggunakan lebuhraya hari ini. Almaklum hari cuti...dan seperti kebiasaan, kenderaan dari Singapura memonopoli lebuhraya di Malaysia..


Kami sampai di hentian Sg Bemban lebih kurang jam 11.30 pagi. Keperluan untuk berhenti di sini setelah diberitahu bahawa tandas2 di hentian Tol Ayer Keroh dalam pengubahsuaian. Meneruskan perjalanan dan amat mengejutkan apabila sejauh 500m sebelum exit Ayer Keroh kenderaan telah bersusun dengan begitu banyaknya...(tak terfikir pulak nak ambil gambar)...tak pernah lagi tengok keadaan lebuhraya sesesak itu...Kayalah kerajaan negeri Melaka pada hari ini..;) Hampir sejam dalam kesesakan barulah kami dapat meneruskan perjalanan ke Restoran Tomyam Klasik...alhamdulillah perjalanan mudah dengan bantuan Garmin Mobile XT.



Ehem...selepas makan2...sementara menunggu ketibaan mempelai...kami sempat posing2...kebetulan pulak terjumpa jiran sekampung kat kedai cenderamata dalam restoran tu.....



Pasangan mempelai yang merupakan pangkat cucu saudara kepadaku (pengantin perempuan anak kepada anak saudara sepupu .... nama dia Siti Rohani binti Jasmani..)



Sekitar jam 1. 45 kami berangkat balik. Ops....sebelum tu singgah depan restoran utk posing2....hehe...ini kami 4 beradik...kami berempat je anak perempuan dalam famili. Budak kecik tu..Ahmad Huzairi, cucu kakak yg pakai tudung oren tu...tapi kemana2 je dg aku ler sebabnya kami duk serumah...hihi.


Ok...perjalanan balik tiada gangguan. Kami singgah di R & R Pagoh utk solat jamak zuhur dan asar...juga keadaan sesak dalam surau menyebabkan terpaksa menunggu utk tempat solat....alhamdulillah.


Meneruskan perjalanan pulang dan sampai rumah tepat jam 5.00 petang (itupun sempat lagi singgah pasar lambak semasa dalam perjalanan..)


Sekian. catatan sehari 'percutianku'..


Esok nak pi mana pulak ye?




(",)

3 comments:

Positive Girl berkata...

seronoknya dapat berjalan-jalan :)

siti zaleha berkata...

memang best...tapi lagi best kalau dapat bersantai2...;)

Zasillah Ariffin berkata...

nak pergi melaka jenjalan naik beca lah...uwaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...