Isnin, November 28, 2011

Sesaja...

Alahai...setelah seminggu bercuti di rumah...santai2 tengok tv, tetiba esok perlu ke sekolah sehingga minggu hadapan. Aaargh...malasnya bila difikirkan. Tak sabar nak menghabiskan minggu depan sebab dapat bersantai lagi. kali ini nak pi KL plak. nak santai2 kat sana...hehe. Ermm tu jelah nak tulis. Saja nak mencoret2....sbb takde apa nak cerita...haha. Selamat berholiday kepada pembaca yang dapat pi holiday merentasi sempadan antarabangsa. Enjoy your holiday dan selamat kembali dengan azam baru di tahun baru 2012.

(",)

Sabtu, November 26, 2011

Salam Hijrah 1433

Assalamualaikum wrt. wbt.

Bertemu kembali untuk entry terakhir tahun hijrah 1432. Kepada semua, saya ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H... Semoga tahun baru akan datang dapat kita jalani dengan lebih indah dan penuh ketaqwaan... Sematkan dihati dengan azam yang lebih baik bagi mengubah diri kearah insan yang lebih cemerlang bukan saja dalam kalangan manusia, tapi yang lebih utama, cemerlang disisi ALLAH swt.

Azam baru??......InsyaAllah sentiasa ingin menjadi dan melakukan perkara yang lebih baik berbanding sebelumnya. ...satu hal yang sentiasa perlu diatasi, sikap bertangguh...aduhai...semoga saya dapat mengatasinya dengan baik. Semoga 1433H membawa sinar yang lebih bergemerlapan dalam hidup saya. Semoga bertambah keimanan kepadaNYA.....

Segala apa yang telah dilalui sepanjang 1432H, moga dijadikan panduan yang akan mengubah sempadan, terutamanya sempadan iman. InsyaAllah, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan liku2 kehidupan yang tidak dapat dipastikan kesudahannya.

Seperkara yang telah dilalui, walaupun pedih menusuk di hati, saya gembira kerana dapat melaluinya dengan penuh sabar dan taqwa. terima kasih Allah kerana memberi saya kekuatan itu.

Buat semua, maaf andai ada terlanjur kata terkasar bahasa. Semoga kita sentiasa diberkatiNYA.

Ops...jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun petang ini ya. ;)

(",)

Isnin, November 21, 2011

Selamat Bercuti

Alhamdulillah. Setahun telah berlalu. Kujalani hari-hari di sekolah baru dengan pelbagai cara untuk mendekati mereka. Pelbagai teknik dan kaedah P & P telah dibuat. Namun harus kuterima hakikat bahawa sekolah lama takkan pernah sama dengan sekolah baru (merujuk pelajarnyalah). Terbukti persekitaran kawasan, sosio ekonomi keluarga, latar belakang keluarga, pekerjaan ibu bapa, rakan sebaya memberi pengaruh besar bagi seseorang pelajar dalam tingkah laku dan peribadi masing2. Semangat dan azam untuk mencapai kecemerlangan juga dipengaruhi faktor2 berkenaan. Apapun, sebagai guru aku telah berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Tahun hadapan, insyaAllah perjuangan akan tetap diteruskan. InsyaAllah diharap akan jadi lebih baik nanti. Baik untuk diriku juga untuk anak muridku. Kelemahan telah dikenalpasti. Kecemerlangan harus digapai walau apa jua keadaan yang bakal ditempuhi.

Dikesempatan ini, diucapkan selamat bercuti buat semua warga sekolah, walau di mana jua anda berada...samada di Malaysia mahupun Singapura atau mungkin juga di seluruh Asia Tenggara. ;)

Sekian. Hingga bertemu kembali.

(",)


Isnin, November 07, 2011

CINTA itu, milik ALLAH.

Sebuah catatan buat renungan...


"...Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti....."

Bila anda bercinta. pastikan. ianya tulus dari hati. bukan dari rasa simpati.
Bila anda bercinta. pastikan. ianya cinta dari Ilahi. bukan dari iblis dan jinni.

Bila anda bercinta. pastikan. ianya kekal abadi. bukannya permainan hati.

Bila anda bercinta. pastikan. anda hargai. bukan bila SUNYI baru mencari.



"Ya Allah, lihatlah air mata kami ini, kepedihan dihati kami. Hanya Engkaulah sumber kebahagiaan kami, ku mohon ubahlah kesedihan kami menjadi kebahagiaan dan ubahlah air mata kami menjadi senyuman."



Sekadar renungan buat diriku yang sering lupa...;)

(",)

Sabtu, November 05, 2011

Salam Aidil Adha

Hari ini 9 Zulhijjah. Selamat berpuasa buat yang berpuasa.

Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim). Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. - Ustaz Zaharuddin

Juga, Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca muslim YANG TERINDAH. Semoga kita semua dirahmati ALLAH hendaknya. Amiin.

(",)

Rabu, November 02, 2011

Tidak Mudah..

Salam Ukhwah buat semua,


Hari ini sudah 6 zulhijjah. Alamak! belum berpuasa walau sehari. Bukan disengajakan tetapi hukum alam...;). Tak mengapa, semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. Moga2 dapat berpuasa sehingga hari wukuf.

****************************************************************************



Ini adalah sesuatu yang harus dikongsi bersama..



::..TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH..::

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi....Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.


Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya.....Agar kita sentiasa tabah dan kuat.


Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain.....Agar diri akan terasa lebih bahagia..


Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan dihina,, Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..


Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,, Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..


Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,, Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh....Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya.


Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,, Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..


Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,, Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur...Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...


Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya



************************************************************************



Tidak MUDAH melupakan seseorang yang kita sayangi, pergi meninggalkan kita,,,,Tetapi akan terasa INDAH bila menyedari bahawa itu caranya beliau menyayangi kita.


(",)




Selasa, November 01, 2011

1.11.11

Hari ini adalah antara tarikh yang perlu diabadikan dalam entry Yang Terindah.

Apa yang unik hari ini ya...ermm hari ini dapat melalui 2 saat gembira, pertama menerima berita gembira, kedua melakukan sesuatu yang menggembirakan semua orang. Apakah itu? biarlah hanya aku saja yang tahu. Namun aku berharap ia merupakan permulaan bagi setiap detik terindah dalam hidupku seterusnya. Semoga pengorbanan yang kulakukan mendapat barakah dari Ilahi. InsyaAllah kerana apa yang kulakukan adalah semata-mata kerana NYA jua. Amiiin Ya Rabbal Aalamiin.

(",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...