Jumaat, September 30, 2011

Saat itu...

Saat yang terindah itu takkan kabur sampai bila-bila...

Semoga Allah memberiku kekuatan menghadapi sebarang kemungkinan..

(",)

Selasa, September 27, 2011

Buku Kecil Berwarna 'Pink"

Assalamualaikum wrt. wbt.

Bertemu kembali dalam waktu terdekat. Alhamdulillah diberi kekuatan dan semangat untuk menaip entry pada malam ini....;0.. tetiba pulak timbul kerajinan untuk menaip malam ni....hehe

Semalam, ambil CRK sebab dah tahu pasti akan kepenatan sekembalinya dari Klang. Memang penat sangat sebab lebih kurang jam 12.30 tengah malam baru sampai rumah (hampir jam 8.00 malam baru bertolak dari Klang).....

Hari ini, pergi sekolah macam biasa walaupun masih dalam keadaan lemah disebabkan kepenatan dan demam yang belum pulih sepenuhnya. Suasana sekolah macam huru hara sikit dek kerana 23 orang guru tidak hadir (MC, kursus dsbnya) ! Aduhai...kenapalah hujung2 tahun ni pulak nak diadakan macam2 kursus...tunggu awal tahun depan tak boleh ke? Sakit kepala tak larat nak dengar bunyi bising. Tetiba ada pulak helikopter buat latihan mendarat di padang sekolah. Semakin hingar bingar suasana. Masing2 macam jakun je keluar ke koridor sebab nak tengok heli tu...suara cikgu tenggelam dalam deruman enjin sang heli. Nak marah pun tak guna...so diam dan sabar ajelah...

Walaupun dah cuba untuk bertenang dan bersabar sepanjang hari, takdir yang tersurat tak dapat diubah. Petang, sebagaimana yang diperlukan dalam kad temujanji, aku menghadirkan diri di poliklinik...huhu terpaksa terima kenyataan bahawa tekanan darahku naik juga hari ini (padahal sepanjang bulan puasa dan syawal aku berjaya mengawalnya sehingga paras normal ). Nak jadi cerita kan, setiap kali ada temujanji mesti baru baik demam, atau tengah demam. Redha ajelah...dan lebih redha lagi bila kali ini aku terus dapat buku 3x5...Buku kecil berwarna pink itu sangat comelll...huhu. Takpelah. Kalau tidak, kesihatan sering terabai. kenalah berjaga2 nampaknya. Apa-apa hal pun, taknaklah makan ubat setiap hari. Cuba untuk menghadkannya. Dan untuk temujanji seterusnya....18 Januari 2012...wow..lama lagi...bererti, taklah serius sangat...ehe...

Oklah. Semoga kita semua dalam lindungan dan peliharaanNYA. Semoga kita sentiasa sihat dan dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh kesyukuran. Juga semoga hidup kita sentiasa dirahmati dan diberkatiNYA.

Wassalam.

(",)

Ahad, September 25, 2011

27 Syawal...

Assalamualaikum wrt..wbt...

Selamat bertemu kembali di pagi yang ceria ini...
Aduhai lamanya tak menulis apa2 entry...Sibuk ke? rasanya taklah sesibuk mana, tapi apa yang nyata sentiasa menyibukkan diri supaya tidak terbeban dan tension dengan perkara2 yang membebankan fikiran. Malas dah nak fikir macam2 hal, so buat2lah sibuk...itu yang terbaik buatku...huhu.

Pagi ni berada di Klang..hehe...lama sungguh tak keluar dari Johor. Jumaat selepas balik dari sekolah (sampai rumah dah pukul 2 sbb singgah bandar dulu), terus bersiap sedia apa yang patut. Tak sempat rehat dan melelapkan mata (mcm biasa lepas balik sekolah) pukul 3.30 terus bertolak...budget sampai paling lewat pukul 8 malam.....tapi kita sekadar merancang...tersilap keluar highway, dah tersesat sampai tol subang jaya....apalah. Terpaksa keluar balik dan masuk semula federal highway utk ke Klang (plan awal nak terus aje ke Bkt Raja ni )...dan oleh kerana badan dah tersangat letih, ditambah tetiba rasa macam nak demam sangat, otak pun malas nak fikir, so call aje anak sedara dan dia sukarela datang ambil dan kami tunggu aje dekat BHP Petrol. Akhirnya lebih kurang jam 9.30 malam barulah kami sampai di jalan zapin 13, Bandar Baru Buki Raja ni...Rasa macam nak pengsan sangat dah...

Sebenarnya inilah first time kali pi rumah dia sebab dia baru pindah rumah...dan kehadiran kami pun sebab my kakak nak buat open house + kenduri akikah cucu dia...

Eh sebenarnya bukan nak story pasal tu....kali ini nak kongsi keindahan sebab Allah masih panjangkan usiaku pada harijadi tahun hijrahku...Yeah....hari ini 27 syawal, ulangtahun kelahiranku....semua org pelik bila aku kata hari ini harijadiku....sebab semua dah set dalam minda bulan masihi kan....ermmm bukan salah ibu mengandung...haha.. Apapun, semoga hidupku sentiasa diberkati Ilahi dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhiratku. Semoga aku lebih tabah, sabar dan cekal menghadapi segala ujian dan rintangan duniawi. Alhamdulillah tahun ini aku dapat menyelesaikan puasa 6 pada minggu ke 2 raya. Dapat mengurangkan aktiviti ke bazar ramadhan semasa bulan puasa haritu...Semoga Allah panjangkan usiaku dengan aktiviti yang lebih bermanafaat ke jalan Allah. Amin.

Macam biasa, bila ketika harijadiku, tak kiralah bulan masihi (februari) atau hijrah (syawal) maka secara kebetulan aku akan demam...banyak tahun dah macam tu...Semalam sungguh tak bermaya....selepas minum 100+ dan telan panadol (bukan sekaligus tau....) barulah kebah sikit pagi ni. Kalau tak tak tahulah macam mana nak bawak kereta balik petang ni....esok plak sekolah...ops....hehe esok....awal2 lagi aku dah ambil CRK...yeah....cuti rehat dan bolehlah aku berehat sepuasnya di rumah esok...kalau tak pun, esok pagi baru balik. terpaksalah pulak hakimi ponteng nanti...

Eh...banyaklah pulak melalutnya. macam nilah kalau mula menaip. non stop. hehe.

OK. nak pi berkemas-kemas. Open house start 2 petang nanti. Jemputlah datang.

Sehingga bertemu kembali di ruangan ini..InsyaAllah. Ampun maaf atas segala salah silap.

Wassalam.

(",)

Isnin, September 05, 2011

Mereka sudah Semakin tegar...

Hari ini sekolah dibuka semula untuk sesi persekolahan seterusnya sebelum pelbagai jenis peperiksaan di penghujung tahun. Esok, bermula peperiksaan percubaan SPM. Sementara itu pelajar PMR mengikuti sesi gerak gempur sebelum menjalani peperiksaan PMR pada Oktober nanti...Akhir oktober pelajar tingkatan 4 akan menghadapi peperiksaan akhir tahun diikuti pelajar ting 1 dan 2. Penutup sesi seperti biasa SPM bermula....

Hari ini, dengan penuh semangat melangkah ke kelas untuk sesi P & P seperti biasa....namun, alangkah hampanya hati, sudahlah ramai yang tidak hadir, seawal jam 8.50 pagi beberapa org pelajar sedang tidur ketika aku melangkah masuk ke kelas...selebihnya, tidak membawa buku dengan alasan 'salah jadual'. Aduhai.... sepantas cara, mengubah aktiviti pembelajaran...bagaimanakah harus kutangani pelajar2 ini? Mereka semakin tegar...semakin bersikap sambil lewa...dalam bual bicara, masing2 sibuk membincangklan tentang kerja yg bakal dilakukan sepanjang cuti persekolahan akan datang...mereka sudah jemu untuk hadir ke sekolah, kerana kebanyakan mereka sudah mempunyai pekerjaan di luar waktu sekolah. hadir ke sekolah hanya memenuhi suruhan ibu bapa...kerana ibu bapa bekerja dan tiada siapa di rumah untuk memantau mereka......dan apakah guru yang harus menjaga dan memerhatikan mereka? Sedang guru sepatutnya mengajar dan mendidik...sedang mereka langsung tidak memerlukan didikan dan ajaran guru. Aku rasa semakin hampa dengan situasi ini...pelbagai cara telah cuba dilakukan....plan A...B...C maupun D...

Semoga aku tetap tabah menghadapi dugaan ini...semoga kesabaran sentiasa dihati...semoga aku diketemukan cara terbaik menangani segala permasalahan yang terjadi...semoga segala usahaku dan kawan2 akan dipermudahkan...amiin..ya Rabbal alamin.

(",)

Apabila ditanya...

Apabila ditanya tentang perkahwinan, maka JAWAPAN terbaik yang harus diberikan adalah :

- Kenapa Lambat? = Kerana Allah tau masa yang terbaik untukku.
- Dah Berpunya? = Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2.
- Siapa? = Nanti Allah akan perkenalkan kepada semua.
- Bila? = Bila kami sudah disatukan.. InsyaAllah jemput datang ke
Walimatul urusku nanti :)

- P/S: Janganlah selalu bertanya bila seseorang tu hendak berkahwin kerana semua rahsia DIA, terletak di tangan Allah... Sampai masa Allah akan membongkarkannya...

catatan di atas ikhsan dari wall fb seorang bekas pelajarku...haha...biasalah, bila raya, jumpa sanak saudara tentulah pelbagai soalan cepumas akan ditanya.../

*akupun sebenarnya dah letih menjawab soalan seumpamanya....orang yg bertanyapun macam tak faham2...buat2 tak faham...atau memang ungkal tak nak memahami org lain...mujur kesabaran sentiasa di hati..;)...dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA*


(",)

Jumaat, September 02, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum wrt. wbt...

Sangat lama tidak menulis entry...berehat di sepanjang ramadhan...muhasabah diri...merenung segala apa yg telah terjadi dalam kehidupan ini...dan akhirnya...memaafkan apa2 yang telah terjadi....redha menghadapi segala yang telah ditakdirkan dan pasrah meneruskan liku2 kehidupan yang entah bila akan berakhir...

Buat semua yang mengenali, masih tidak terlewat rasanya untuk saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan, keterlanjuran kata, terkasar bahasa, gurau senda, perbuatan dan perlakuan menyentuh hati dan perasaan ...Jika bualbicara dan tingkahlaku saya mengundang amarah, mohon dimaafkan, makan minum minta dihalalkan .....semoga hidup kita semua akan diberkati Ilahi...InsyaAllah.

Akhir kata, Seuntai kasih membuat kita sayang, seucap janji membuat kita percaya, sekecil luka mencipta kecewa, tetapi sebuah persahabatan dan persaudaraan selamanya akan bermakna... . Semoga Syawal ini kita dilimpahi dengan Rahmat dan Kasih Allah dan semangat ukhuwah yang sentiasa hangat di hati .

" Selamat Hari Raya Aidilfitri..MAAF ZAHIR DAN BATIN"

(",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...