Isnin, Mei 30, 2011

Cuti.....;)


Bismillahirrahmanirrahim....nampaknya, mengambil masa seminggu jugak untuk mengemaskini entry baru...apa nak buat...masa tak memberi ruang untuk berpoya-poya di sini...;)


Pagi ini, sekadar singgah untuk meninggalkan jejak dan untuk mengucapkan Selamat Bercuti buat semua warga sekolah di seluruh Malaysia...di mana jua anda berada... Selamat balik kampung...selamat bercuti....selamat menunaikan ibadah umrah...selamat melangsungkan perkahwinan....dan semoga selamat semuanya perjalanan pergi dan balik kemana jua anda akan pergi....ops...selamat bertugas dalam cuti buat rakan2 yg kena bertugas...hehe. Semoga perjalanan kita diberkati Allah hendaknya....aminnn.

Tak sabar nak pergi bercuti... Kali ini percutian yg sedikit adventure akan dirasakan...Tapi rasanya taklah adventure sangat kot...cuma, sebab tak pernah melaluinya yg menyebabkan rasa macam adventure tu...agaklah...apa dan ke mana? Kali ini percutian saya tidak menaiki kapal terbang sebagaimana selalunya...so, destinasi kali ini adalah ke tempat berikut....hehe




Tahukan??? ceritanya akan di publishkan nanti...semoga saya diberi kekuatan untuk menulis pengalaman itu...InsyaAllah.



Maka, sebelum perjalanan jauh dan memenatkan nanti...hari ini kenalah bersantai di rumah...menyiapkan proses penandaan kertas jawapan peperiksaan pelajar...mujur ada 2 kelas sahaja paper esei...prinsip akaun dan perdagangan tingkatan 4. Dan rasanya taklah stress sangat sebab dah sedia maklum jawapan yg bakal diberikan pelajar...pasti kerja menanda sangat mudah dan lancar...haha...maklum sajalah...kebetulan kertas PD tu student kelas paling hujung...erm...hanya sebahagian pelajar yg menjawab tak berapa nak lengkap...apapun...kenalah tanda dan bagi markah 'motivasi' utk mereka supaya bersemangat utk terus berjuang...ermmm.


Ok...sehingga entry akan datang...doakan perjalanan percutian saya selamat pergi dan balik... Sayang anda semua...


(",)

Isnin, Mei 23, 2011

Demam Peperiksaan

Ahha...minggu ini semua pelajar di seluruh negara di Malaysia sedang menjalani peperiksaan pertengahan tahun....selamat memerah otak untuk semua warga pelajar. Buat semua guru juga....selamat menanda kertas peperiksaan. Minggu depan mula cuti sekolah selama 2 minggu. Bagi warga pelajar, ia adalah cuti yg benar2 cuti setelah penat memerah otak mengeluarkan pelbagai bentuk jawapan. betuul atau salah tak jadi masalah. Bagi para guru, cuti hanya tidak perlu hadir ke sekolah ( ada gak yg kena pi untuk buat kelas tambahan) selebihnya, tempoh 2 minggu adalah menyiapkan tugas menanda kertas jawapan murid....sebab naik sekolah terus kena hantar markah...huhu...

Apapun...bagiku, walau cuti ada tugas perlu dibereskan...tapi tetap tak sabar untuk bercuti....akan ada aktiviti menarik akan kuikuti semasa cuti nanti...;)

Ermmm sebelum cuti rasa nak post entry mengenai peperiksaan yg sedang berlangsung skrg ni....hehe...tunggguuuu...

(",)

Ahad, Mei 22, 2011

Special For Me??


Salam seindah pagi....

Entah kenapa 2011 ni malas betul nak update blog ni...terkadang tu idea banyak nak masuk kat dalam ni. Tapi bila dah terpampang depan mata...rasa malas tu mulalah timbul...banyak cerita2 yg dah tulis tapi tak publish dan akhirnya...delete sajalah. Tambahan, cerita tu semua bukanlah sesuatu yg penting utk dikongsi bersama.....ermmm...

OK. Pagi2 hari ni...bila check2 email...terpandanglah sesuatu
di sana...ops.....rasa tersentuh dengan iramanya....dan tetiba rasa nak abadikan sebagai entry kali ini. Kalau anda suka boleh dengar, tak suka tak apa sebab cukuplah saya saja yg suka...hehe.

Ia dari seorang kawan yang yg tak pernah ditemui tapi sangat mengambil berat dan prihatin...






(",)


Ahad, Mei 15, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara....


Transformasi.....hehe nampak gaya tahun ini aku kena transform banyak perkara dalam hidup... macam2 hal perlu di transformasikan... kerjaya....kehidupan...tindakan....amalan...dll...erm...buat ajelah selagi termampu dan terdaya...InsyaAllah...jika ikhlas pasti dapat dilaksanakan segalanya dengan mudah dan lancar.


Tahun ini buat pertama kalinya aku menyambut hari guru di sekolah yg berbeza....sekolah kedua dalam kerjaya perguruanku. Macammanalah agaknya sambutan yang bakal dijalankan... Apapun, rasa tidak sabar untuk ke sekolah pagi esok. Begitulah saban tahun....tak sabar rasa nak menyanyikan lagu Guru Malaysia...lagu itu sangat membakar semangatku untuk terus berbakti sebagai seorang GURU...memang pun aku sangat minat lagu ni sejak sekolah dulu....suka dengar cikgu2 nyanyi dan telah menanam impian untuk menyanyi untuk diri sendiri...kini sedar tak sedar sudah 14 tahun aku menyanyikannya utk diri sendiri dan esok adalah tahun yang ke 15! Fuh!! agak lama kan...rasa macam baru jer mendaftar untuk mula2 berkhidmat di bidang ini...;)


Ok...dan untuk semua (serta untuk diriku sendiri...) dengarkanlah..





(",)



Sabtu, Mei 14, 2011

Alhamdulillah...

Fuh! leganya.... ingatkan dah tak boleh meluah rasa...rupa2nya masih diberi peluang kedua...hehe. Begitulah kehidupan. Jika tertanggung sesuatu ujian, jgnlah berputus asa. serahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa. Dialah penentu segalanya...

Ok. hajat hati nak mencoret sepatah dua pengalaman menghadiri bengkel kelmarin, tapi tetiba balik dan membuka blog....sesuatu pula telah terjadi. So, terbantutlah idea...hilanglah kata2... Emmm petang ni sesaja jer check blog...tetiba boleh plak. Tp ketandusan ide plak utk menulis ptg ni....kecuali entry ini. Maka...stoplah dulu..kena cari kekuatan diri untuk menggarap ide yg lebih cun...haha. Mlm nanti barangkali... InsyaAllah.

(",)

Ahad, Mei 01, 2011

Sehari ke Melaka ;)

Bismillahirrahmanirrahim...



Hari ini alhamdulillah selamat satu perjalanan pergi dan balik Pontian - Melaka. Seawal jam 9 pagi kami memulakan perjalanan. Singgah sarapan di Simpang Renggam sebelum memasuki tol tepat jam 10.10 pagi. Wow! begitu banyak kenderaan yang menggunakan lebuhraya hari ini. Almaklum hari cuti...dan seperti kebiasaan, kenderaan dari Singapura memonopoli lebuhraya di Malaysia..


Kami sampai di hentian Sg Bemban lebih kurang jam 11.30 pagi. Keperluan untuk berhenti di sini setelah diberitahu bahawa tandas2 di hentian Tol Ayer Keroh dalam pengubahsuaian. Meneruskan perjalanan dan amat mengejutkan apabila sejauh 500m sebelum exit Ayer Keroh kenderaan telah bersusun dengan begitu banyaknya...(tak terfikir pulak nak ambil gambar)...tak pernah lagi tengok keadaan lebuhraya sesesak itu...Kayalah kerajaan negeri Melaka pada hari ini..;) Hampir sejam dalam kesesakan barulah kami dapat meneruskan perjalanan ke Restoran Tomyam Klasik...alhamdulillah perjalanan mudah dengan bantuan Garmin Mobile XT.



Ehem...selepas makan2...sementara menunggu ketibaan mempelai...kami sempat posing2...kebetulan pulak terjumpa jiran sekampung kat kedai cenderamata dalam restoran tu.....



Pasangan mempelai yang merupakan pangkat cucu saudara kepadaku (pengantin perempuan anak kepada anak saudara sepupu .... nama dia Siti Rohani binti Jasmani..)



Sekitar jam 1. 45 kami berangkat balik. Ops....sebelum tu singgah depan restoran utk posing2....hehe...ini kami 4 beradik...kami berempat je anak perempuan dalam famili. Budak kecik tu..Ahmad Huzairi, cucu kakak yg pakai tudung oren tu...tapi kemana2 je dg aku ler sebabnya kami duk serumah...hihi.


Ok...perjalanan balik tiada gangguan. Kami singgah di R & R Pagoh utk solat jamak zuhur dan asar...juga keadaan sesak dalam surau menyebabkan terpaksa menunggu utk tempat solat....alhamdulillah.


Meneruskan perjalanan pulang dan sampai rumah tepat jam 5.00 petang (itupun sempat lagi singgah pasar lambak semasa dalam perjalanan..)


Sekian. catatan sehari 'percutianku'..


Esok nak pi mana pulak ye?




(",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...