Keputusan telah diumumkan....calon2 SPM telah mengetahui pencapaian masing2....guru2 telah hilang debarnya...ibu bapa ada yg tersenyum sepanjang masa...tak kurang yg merasa kecewa. Apapun, bersyukurlah pada apa yg diterima...dan bersyukurlah kerana masih bernyawa, menghirup udara segar di bumi yg permai...dijauhkan Allah dr segala mala petaka. moga kedamaian ini akan berpanjangan hendaknya.
Meskipun debaran kurang dirasakan, namun rasa ingin tahu membuak jua....dan alhamdulillah, seperti yg diharapkan, pencapaian anak didik yg kutinggalkan sangat membanggakan...namun masih ada yg kecundang. Tapi taklah ramai, hanya seorg.. (spt yg dijangkakan..huhu).
Tahniah buat semua pelajar Prinsip Perakaunan (5 Maju) dan pelajar Perdagangan (5 Kreatif) atas kejayaan cemerlang anda.... WOW! anda adalah insan hebat... Jadikanlah kejayaan ini sebagai landasan untuk membina kejayaan berharga di masa depan. Gunakan ilmu yg dipelajari sebaiknya untuk meniti hari2 mendatang yg penuh cabaran... belajar perakaunan tak semestinya jadi seorang akauntan, tetapi ilmu yg dipelajari adalah asas menjadi insan yg berdisiplin dan berprinsip dalam hidup. Perdagangan ada di sekitar kita dan kita sentiasa terlibat dgn aktivitinya...tetapkan matlamat untuk beroleh keuntungan dalam apa jua bidang dan kehidupan yg bakal dilalui... dan yg paling penting... segala yg dilakukan adalah untuk mencapai redha Ilahi disamping membantu sesama insan...
SPM 2011 tiada calon hasil air tanganku secara langsung...;) apapun, aku tetap berdiri membantu mereka yg memerlukan. last touch up nanti insyaAllah aku akan turun padang...hehe...bersemangat ni.... Semoga panjang umur dan murah rezekiku supaya dapat membantu insan2 yg memerlukan....Amiiin.
(",)
1 comments:
teringat zaman SPM 1998....huhuhu..kenangan yang x mungkin dilupakan....tak gitu "x " SMKAB...
Catat Ulasan