Salam buat semua pembaca.....
Setelah berduka...kesepian...gembira....kini aku sakit pulak....bukanlah sakit teruk sangat pun, hanya demam...selsema dan kini batuk pula....ujian Allah yang harus ditempuh. Aku redha kerana sakit itu penghapus dosakan....;)...berdosakah aku? Hanya Allah yang Maha Mengetahui kelemahan dan kekuatan makhlukNYA.....siapalah aku ini utk menentukan dosa dan pahala setiap insan...Aku sedaya upaya buat yang terbaik mengikuti landasan dan jalan yang telah ditetapkan...semoga Allah sentiasa memberiku petunjuk dan hidayahNYA...amiiin.
Apapun, alhamdulillah dalam keadaan yang tak berapa sihat ini aku masih mampu menjalankan tugas yang telah diamanahkan buatku...cuma berasa kurang selesa...
Terkadang aku terfikir....aku akan jadi terlebih rajin dan cergas bila aku kurang sihat atau dalam kesibukan terlampau...barangkali kerna aku sentiasa memikirkan bahawa aku mungkin tak cukup masa untuk melaksanakan segalanya... Bila sihat, seringkali pula bertangguh kerja dan buat sambil lewa.... Perlukah aku sakit dan terlalu sibuk baru baru nak siapkan tugas dengan segera? He...he...aku jelah yang boleh jawab...
Namun, itulah yang dinamakan roda kehidupan...kita akan rasa kehilangan apabila seseorang yg kita sayang tiada depan mata atau telah pergi jauh dari kita...sedang ketika dia ada kita buat sambil lewa, ambil sikap acuh tak acuh kehadirannya dan tidak meyayanginya sebagaimana sepatutnya...memikirkan bahawa dia akan sentiasa ada di sisi kita...tanpa kita sedar Allah menentukan segalanya...sebagaimana yang dikehendakiNYA.
Begitu jugalah dengan kesihatan..bila sihat, kita lupa menjaganya...membelainya...mencari alternatif untuk mengekalkan keadaannya disisi kita...kita alpa dengan kesibukan duniawi yang nyata. Dan apabila sakit...barulah sibuk nak mencari penawarnya...mengharap kesakitan itu akan segera pergi dan mengembalikan kesihatan semula disamping kita...
Wah! panjang pula celoteh saya. Emmmm...sekadar peringatan buat diriku dan insan2 yang sering lupa...Maka ingatlah 5 sebelum datangnya 5....yang antaranya...sihat sebelum sakit....
Saya sayang anda semua..
(",)....(^~^)
0 comments:
Catat Ulasan