Jumaat, Februari 19, 2010

Lagi--lagi Februari

Bangun pagi terdengar kicauan burung murai memecah sunyi....indahnya pagi ini...nyaman terasa...cuaca pun cerah .... Sudah lama tak dengar bunyi burung2 berkicau riang di pagi hari... Apakan tidak, selalunya sebelum terbit matahari dah sampai sekolah...bukan bunyi unggas didengar tapi jerit pekik budak2 sekolah dan cikgu2 yg mengajar...bingit juga kekadang tapi itulah tugas yg harus digalas...sebab diri sendiri pun terlebih biasa terpaksa mengeluarkan volume melebihi batasan... tapi sekarang dah bolehlah kontrol sikit.... selepas umrah aku lebih banyak muhasabah diri dan lebih pandai mengawal emosi... segala apa yg kumohon dan kujanji di depan Multazam...seboleh mungkin akan kulaksanakan...untuk menjadi insan yg lebih bertaqwa dan sentiasa sabar, redha dan pasrah menerima segala cubaan, dugaan dan pelbagai rintangan mendatang....Impianku...untuk menjadi insan muslimah dan solehah...sentiasa menyayangi dan disayangi....menghormati dan dihormati...menghargai dan dihargai....Mengasihi dan dikasihi... dan yg penting....tidak mahu ada perasaan benci-membenci mahupun dibenci....meski diri ini tidak disukai...

Semoga februari ini...dan seterusnya memberi erti yg lebih bermakna dalam hidup....menuju jalan lurus yang di redhaiNYA...

Buat insan2 yang disayangi....semoga akan lebih mengerti....:)


(",)..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...