Isnin, Oktober 05, 2009

Sungguh tak bermaya...


Hari ini saya rasa sangat-sangat tidak bermaya. Selsema dah hilang (mana tidaknya semalam telan 2 biji pil clarinase). Memang power ubat selsema tu. Selsema yang sangat teruk semalam, pagi tadi terus hilang. Tapi timbul satu lagi penyakit...batuk pulak. Rasa macam nak demam juga. Segera ambil suhu badan...eh...ok je. Cuma 37.3 drjh celcius. Aduhai...dugaan betul. Rasa memang tak larat nak pi sekolah tapi mengenangkan hari ini ada majlis perpisahan untuk Pn Pengetua (akan berpindah ke sekolah baru) dan juga ada majlis mohon restu bagi pelajar ting. 3, maka saya gagahkan juga kali melangkah ke tempat kerja....

Seharian di sekolah......
Pagi perhimpunan seperti biasa cuma ditukar ke majlis perpisahan Pn. Pengetua. Jam 10 -11 majlis mohon restu pelajar ting. 3 pulak. Wahai anak didikku...semoga berjaya dalam PMR dengan jayanya... Lepas tu terus masuk kelas beri latihan je... minggu depan baru bincang jawapan.. aduhai bilalah nak pukul 2 ni.... tak sabar nak balik tidur....lemah segala sendi badan...letihnya yang amat sangat...

....yang paling best makan time...sebelum balik, pukul 1.30 ada jamuan raya dan jamuan perpisahan. Wah ada burasak...kegemaranku...tapi makan sikit je...tak larat sangat dah nak balik...

Walaupun tak bermaya, masih sempat posing-posing sebelum menjamu selera


Petang lepak je.... tak tahan batuk yang semakin teruk...terus pi klinik Rashid kat Benut... Wah! teruk rupanya batukku... kalau tak makan ubat dengan segera boleh kena jangkitan paru-paru...tekak pun dah radang....patutlah badan lemah semacam je....yang best lagi...dapat MC....untuk esok...bolehlah aku rehat secukupnya.......

Lepas ni...makan ubat lagi...dan for sure...tidurrr......


.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...