Selasa, Oktober 27, 2009

Selesai Aidi Fitri

Salam 1 Malaysia...

Lama tak update blog ni...sebenarnya leka dengan facebook. Seronok di sana kerana dapat 'jumpa' ramai ex-student yang dah lama2 dulu... tak sangka...dah beranak pinak mereka...dah berkerjaya dan punya keluarga sendiri. Dan yang paling tak kuduga, 'bertemu' kembali dengan ex-roomate masa first year kat UKM - 20 tahun dulu! Wah! benarlah ruang maya terbuka luas bagi yang menerokainya...satu laman lagi yg buatku terlupa seketika pada blog ini...tagged. Aduh! walaupun tak kukenal mereka itu tapi persahabatan membuatku tidak rasa sendirian. Cuma...tak dapat berbicara secara nyata...

Dan yang sebenarnya membuatku benar2 tak berkesempatan adalah musim peperiksaan di sekolah. Bertungkus lumus mencari bahan Program PASAK untuk para pelajar tingkatan 5 mempersiapkan diri sebelum menjelangnya hari peperiksaan SPM sebenar. Hai...cikgu bersunguh-sungguh inginkan kejayaan buat pelajar tapi budak2 tu buat tak tau aje.... geram pun ada.....apapun...cikgu tetap mendoakan kejayaan kalian....

.......................


Hospital Putrajaya

Minggu lalu kakak saya dapat berita bapa mertuanya kemalangan dan dirawat di unit ICU Hospital Putrajaya. Maka pada Jumaat 23 okt saya pun menemani kakak ke Selangor - Jenderam Hilir, ke rumah mertuanya. Abang ipar saya sudah ke sana terlebih dahulu. Mujurlah dapat pelepasan untuk pulang awal dari pengetua. Juga dapat excuse utk tidak menghadiri LDP pada hari sabtu... kalau tidak tak taulah. Kakak saya tu bukannya boleh memandu jauh2 atas masalah kesihatan matanya yang belum pulih sepenuhnya...

Hospital Putrajaya rupanya terletak nun jauh di hujung jalan...namun bagi pelawat atau sesiapa yang nak berurusan rasanya tak begitu sukar kedudukannya berhampiran dengan Putrajaya Central. Hanya berjalan kaki untuk menaiki train ke Kuala Lumpur....mudah kan. Oleh kerana kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit, disediakan pula kawasan permainan kanak2. So...tidaklah bosan mereka menunggu di bawah... Malang sekali saya tidak membawa kamera. Jika tidak bolehlah saya merakam foto2 menarik sepanjang hujung minggu itu.... tak teringat pulak nak guna kamera telefon....


...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...