Sabtu, Oktober 31, 2009

10 Bulan Berlalu Sudah

Demi masa..
Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian
Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh
dan berpesan dengan kebenaran
dan berpesan dengan kesabaran..


Alhamdulillah berlalu sudah 10 bulan tahun 2009. Peperiksaan akhir tahun tingkatan 1 dan 2 akan bermula Isnin nanti...peperiksaan SPM juga semakin dekat. Hanya tinggal 12 hari persekolahan saja lagi sebelum SPM bermula. Apa yang paling penting...cuti sekolah semakin hampir...Yahoo!.....tak sabar nak terbang ke Sarawak 2 Disember nanti.....

Tadi kena sekolah...ganti cuti deepavali yang telah diambil...hu...hu...hu..ingatkan tak kena ganti...tapi pergi sekolah pun tak dapat buat apa-apa....tetiba kena pulak mengikuti mesyuarat pentadbiran .....ha..ha..ha...dapat jawatan baru konon-kononya.. tapi belum ada hitam putih.....apa-apa pun buat ajelah dulu...prinsip hidupku yang memang suka membantu..so bantulah apa yang patut...Semoga Allah memberkati usahaku...

...

Selasa, Oktober 27, 2009

Selesai Aidi Fitri

Salam 1 Malaysia...

Lama tak update blog ni...sebenarnya leka dengan facebook. Seronok di sana kerana dapat 'jumpa' ramai ex-student yang dah lama2 dulu... tak sangka...dah beranak pinak mereka...dah berkerjaya dan punya keluarga sendiri. Dan yang paling tak kuduga, 'bertemu' kembali dengan ex-roomate masa first year kat UKM - 20 tahun dulu! Wah! benarlah ruang maya terbuka luas bagi yang menerokainya...satu laman lagi yg buatku terlupa seketika pada blog ini...tagged. Aduh! walaupun tak kukenal mereka itu tapi persahabatan membuatku tidak rasa sendirian. Cuma...tak dapat berbicara secara nyata...

Dan yang sebenarnya membuatku benar2 tak berkesempatan adalah musim peperiksaan di sekolah. Bertungkus lumus mencari bahan Program PASAK untuk para pelajar tingkatan 5 mempersiapkan diri sebelum menjelangnya hari peperiksaan SPM sebenar. Hai...cikgu bersunguh-sungguh inginkan kejayaan buat pelajar tapi budak2 tu buat tak tau aje.... geram pun ada.....apapun...cikgu tetap mendoakan kejayaan kalian....

.......................


Hospital Putrajaya

Minggu lalu kakak saya dapat berita bapa mertuanya kemalangan dan dirawat di unit ICU Hospital Putrajaya. Maka pada Jumaat 23 okt saya pun menemani kakak ke Selangor - Jenderam Hilir, ke rumah mertuanya. Abang ipar saya sudah ke sana terlebih dahulu. Mujurlah dapat pelepasan untuk pulang awal dari pengetua. Juga dapat excuse utk tidak menghadiri LDP pada hari sabtu... kalau tidak tak taulah. Kakak saya tu bukannya boleh memandu jauh2 atas masalah kesihatan matanya yang belum pulih sepenuhnya...

Hospital Putrajaya rupanya terletak nun jauh di hujung jalan...namun bagi pelawat atau sesiapa yang nak berurusan rasanya tak begitu sukar kedudukannya berhampiran dengan Putrajaya Central. Hanya berjalan kaki untuk menaiki train ke Kuala Lumpur....mudah kan. Oleh kerana kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit, disediakan pula kawasan permainan kanak2. So...tidaklah bosan mereka menunggu di bawah... Malang sekali saya tidak membawa kamera. Jika tidak bolehlah saya merakam foto2 menarik sepanjang hujung minggu itu.... tak teringat pulak nak guna kamera telefon....


...

Khamis, Oktober 15, 2009

Cuti-Cuti 1 MALAYSIA

Wah! Seronoknya hari ini.... gembira dapat pengetua baru...tambah gembira apabila Tn. Hj. Mumazaini beritahu esok dapat cuti peristiwa khas....Yahoo... bestnya dapat cuti....boring dah pi sekolah...bukan apanya...kita sungguh-sungguh nak mengajar...budak2 buat muka seposen je! Ada pulak yang sengaja ponteng kelas sebab penat asyik buat latihan jek...Apalah nak jadi dengan pemuda-pemudi harapan bangsa...

..Buat Nadiah dan Mardiana...selamat mengikuti kursus Induksi...

.

Selamat Datang Pengetua Baru.....

Hari ini pengetua baru sampai....serius tu... En.Mastura Aladdin bin Masro...orang kampung sebelah je..Sama-sama posting ke Sarawak dengan kakak saya dulu. Sebelum ni pengetua SMK Taman Puteri, Kulai. Sebelum tu Penolong PPD Pontian. Semoga dapat memberi khidmat yang terbaik dan memulihkan semangat kami yang hampir-hampir kecewa ini...uhuk...uhuk...uhuk....hanya yang tahu maha mengetahui......


.

Jumaat, Oktober 09, 2009

Peperiksaan PMR

Peperiksaan PMR telah bermula sejak 3 hari yang lalu...nampaknya segala-galanya berjalan lancar. Alhamdulillah tiada kejadian histeria berlaku pada tahun ini sebagaimana tahun 2008 lalu. Semoga semua calon dapat menjawab soalan dengan tenang dan penuh keyakinan.



Isnin, Oktober 05, 2009

Sungguh tak bermaya...


Hari ini saya rasa sangat-sangat tidak bermaya. Selsema dah hilang (mana tidaknya semalam telan 2 biji pil clarinase). Memang power ubat selsema tu. Selsema yang sangat teruk semalam, pagi tadi terus hilang. Tapi timbul satu lagi penyakit...batuk pulak. Rasa macam nak demam juga. Segera ambil suhu badan...eh...ok je. Cuma 37.3 drjh celcius. Aduhai...dugaan betul. Rasa memang tak larat nak pi sekolah tapi mengenangkan hari ini ada majlis perpisahan untuk Pn Pengetua (akan berpindah ke sekolah baru) dan juga ada majlis mohon restu bagi pelajar ting. 3, maka saya gagahkan juga kali melangkah ke tempat kerja....

Seharian di sekolah......
Pagi perhimpunan seperti biasa cuma ditukar ke majlis perpisahan Pn. Pengetua. Jam 10 -11 majlis mohon restu pelajar ting. 3 pulak. Wahai anak didikku...semoga berjaya dalam PMR dengan jayanya... Lepas tu terus masuk kelas beri latihan je... minggu depan baru bincang jawapan.. aduhai bilalah nak pukul 2 ni.... tak sabar nak balik tidur....lemah segala sendi badan...letihnya yang amat sangat...

....yang paling best makan time...sebelum balik, pukul 1.30 ada jamuan raya dan jamuan perpisahan. Wah ada burasak...kegemaranku...tapi makan sikit je...tak larat sangat dah nak balik...

Walaupun tak bermaya, masih sempat posing-posing sebelum menjamu selera


Petang lepak je.... tak tahan batuk yang semakin teruk...terus pi klinik Rashid kat Benut... Wah! teruk rupanya batukku... kalau tak makan ubat dengan segera boleh kena jangkitan paru-paru...tekak pun dah radang....patutlah badan lemah semacam je....yang best lagi...dapat MC....untuk esok...bolehlah aku rehat secukupnya.......

Lepas ni...makan ubat lagi...dan for sure...tidurrr......


.

Ahad, Oktober 04, 2009

Sakit...

Hari ini tak berapa sihat....selsema yang begitu teruk sekali....
barangkali akibat kehujanan semalam...atau
kerana badan juga perlukan rehat...so sakit adalah salah satu caranya...
Bila badan tak sihat....hati juga jadi sangat tidak tenang....kenapa agaknya....
Nak kata sakit hati...tidaklah juga.....nak buat apa sakitkan hati sendiri..ye tak...
lebih baik kita enjoy!....alahai....enjoy buat ape....zikir lebih baik.....

Ya Allah...tenangkanlah hatiku ditempatnya.....

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...