Rabu, September 23, 2009

AIDIL FITRI 2009

Salam Aidil Fitri...
2009, Aidil Fitri tahun ini seperti 2 tahun lalu saya merayakannya dirumah kakak kedua saya di Pasir Ris, Singapura. Terpaksalah..kalau tidak saya akan bersendirian di rumah kerana kakak saya yang tinggal di sebelah rumah pulang beraya ke Selangor..


Blok 237 Pasir Ris, Street 21, Singapore.


Salah satu flat yang ada di Pasir Ris....Emmm macam kuih lapis plak....

Kesibukan menyiapkan juadah..hingga terlupa nak ambil gambar di pagi raya macam selalu.. Berbeza juadah di Singapura berbanding dengan tradisi orang Bugis di Johor. Saban tahun mesti ada burasak dan lepat lui, tapi di Singapura, juadah utama adalah lontong, sambal goreng dan rendang daging. Tiada ayam masak merah atau daging masak kicap jauh sekali ikan parang asam pedas kegemaranku...aduhai. Berbekal pengalaman 2 tahun lalu, maka pada tahun ini saya telah bersiap sedia membawa bekalan burasak, lepat lui dan ayam masak merah kegemaranku. Barulah puas rayaku...

Hari raya pertama, kami hanya di rumah kerana rumah abang ipar menjadi tumpuan anak2nya...maka dimasa terluang aku hanya menyendiri di dalam bilik menyiapkan tugas penandaan skrip jawapan pelajarku yang belum siap..Alhamdulillah siap juga satu paper perdagangan kutanda..untuk paper perakaunan, tanda di rumah saja nanti.

Raya kedua..kami ke Jurong West..beraya di apartment Cik Som..adik kepada abang iparku...seronok juga ramai2 naik van..







Raya ke 3...sebelum balik, singgah di Changi Airport. Konon nak beli kasut jenama 'crocs' yang dilelong di terminal 3, tapi malangnya saiz takde pulak. Yelah jualan penghabisan stok..kebanyakan saiz yang ada besar2 belaka.... tapi sempat jugak posing2 kat sana...




Kak Yah bersama anak, menantu dan cucu


Kak Yah bersama anak2nya...



Balik kampung... di Tambak Johor..lama tak lalu kat sini..selalu tu ikut secondlink(Tuas)jek..

..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...