Sabtu, Ogos 01, 2009

Puisi Hati

Apabila
dalam hati ada getaran melanda
dalam jiwa ada semangat membara
dalam minda ada impian teruja

Maka
pada siapakah bersuara
pada siapakah diluahkan kata-kata
pada siapakah dicurahkan segala

Hanya PadaMu....Ya Rabbi

Semoga
getaran akan mereda
semangat akan terus membara
impian akan menjadi nyata

Segalanya hanya padaMu....

.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...