Selasa, November 30, 2010

Suram....

Pagi semua...alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di mukabumi ini....sesuatu yang masih indah dalam kehidupan di dunia...

Pagi yang damai ini, tetiba rasa rindu pada seseorang yang dah lamaaaaa tak dengar berita....manakah dia...adakah sudah melupakan....huhu...sedih pilu kurasakan......hari2 mendatang yg kian suram.....seumpama bumi yg saban hari dibasahi hujan.....

Ish...kenapalah hati ini...kuubati keresahan dengan mendengar alunan ayat2NYA......semoga terubat jiwa...tabah hadapi segala.

Apakah aku telah kehilangan jejak....? Aku pasrah. (^_^)

(",)

Sabtu, November 27, 2010

Resepi Nasi Ayam

Jalan2 blog pagi ini kutemui resepi ini (dr. I LUV ISLAM) ....ermmmm dah lama tak makan nasi ayam... so sesiapa yg ingin mencuba, silalah :


Bahan-Bahan:
1. Sup
kepingan ayam bahagian tulang
bawang putih dihiris
halia dihiris
bawang besar dihiris
kulit kayu manis
1 batang bunga lawang
2 kuntum buah pelaga
4 biji

Cara Memasak :
1. Semua bahan di atas direbus sekali sehingga masak tanpa garam.
2. Ambil 2 cawan sup dan simpan.
3. Kemudian barulah ditambah garam secukup rasa.
4. Taburkan daun bawang dan daun sup untuk bau yang lebih enak.

2. Nasi
2 cawan beras (hidangan 4 orang)
2 cawan air sup (tanpa garam)
bawang besar dihiris
bawang putih dihiris
bunga lawang
2 kuntum kulit kayu manis
1 batang halia dihiris
buah pelaga 4 biji

Cara Memasak :
Sila tumis semua bahan dengan sedikit minyak sehingga garing kecuali sup dan beras
1. Masukkan beras yang telah dibasuh, bahan yang telah digoreng dan air sup ke dalam periuk, kemudian bolehlah dimasak (saya menggunakan periuk elektrik, untuk hasil terbaik)
2. Sila tambahkan sedikit gula dan garam
3. Ayam ambil 8 ketul ayam dan perapkan dengan bahan berikut : bawang besar,1/2 biji bawang putih,10 biji halia 1 inci.
4. Bahan ini di tumbuk halus kemudian dimasukkan kedalam ayam
5. Masukkan sos tiram sedikit kicap manis gaul semua sehingga sebati perap selama beberapa minit
6. Setelah itu barulah digoreng (sila simpan baki perapan ayam tadi untuk dimasak semula).

3. Sos baki perapan ayam
1. Ambil baki perapan tadi dan masak semula
2. Sila tambah bahan dibawah : sos tiram, kicap manis, kicap hitam, garam, gula
3. Tunggu sehingga mendidih dan angkat
4. Kemudian ambil ayam yang telah digoreng dan ketuk (cukup sekadar isi ayam tersebut pecah)
5. Ambil sos ini dan curahkan ke atas ayam tadi.

4. Sos merah
1. 8 biji cili hidup dikisar dengan sebiji bawang putih
2. air limau nipis (ambil 1/4 daripada sebiji limau)
3. garam,gula lagi lama diperap rasa semakin sedap (seeloknya dibuat pada malam hari)

5. Sayur
1. Seimbangkan nasi ayam dengan sayur seperti, timun, tomato buah dan juga salad.


Selamat Menjamu Selera di Hujung Minggu...nyum...nyum..;)

(",)

Jumaat, November 26, 2010

Tamat Sesi 1

Fuh! ....seminggu bertugas untuk sesi pertama tamat sudah...lega yg teramat...
Minggu depan rehat sebelum sambung bertugas seminggu lagi utk sesi 2....lepas tu rehat seminggu dan sambung lagi 'tugas untuk negara' plak sblm naik semula bertugas untuk sesi 2011 bermula 27 disember 2010......(^_^)

.....tapi masih beruntunglah menjadi seorang guru yg masih dapat 'menumpang' cuti murid2 sekolah....haha...walaupun sebenarnya tak dapat relaks sepenuhnya kerana setiap saat, minit, jam, hari dan ketika sentiasa memikirkan pasal...sekolah...sekolah...sekolah...

...2011....apa nak buat ye utk meningkatkan prestasi pelajar...?:)

(",)

Selasa, November 23, 2010

Cuti-cuti.....kerja.

Assalamualaikum wrt. wbt.

Bertemu kembali kita.....


Hahahai...cuti-cuti juga...kerja jangan dilupa, hari ini, hari pertama bertugas dalam cuti....emmm...rasa malas jer nak pi sekolah hari ini. Lepas tu...ingatkan dah terlewat....rupanya antara yg terawal....huhu...sesia je aku 'berlumba' pagi2 ni...mujur selamat sampai ke destinasi... alhamdulillah..;)

Dan hari ini juga merupakan hari pertama calon2 SPM menduduki kertas peperiksaan. Penghulu kertas.....Bahasa Melayu.....penentu keputusan dan pencapaian dalam SPM. Gagal BM, maka gagallah dalam peperiksaan. hanya dapat sijil menduduki peperiksaan. Alangkah ruginya mereka....huhuhu. Justeru, kepada semua calon SPM 2010, khas buat anak saudaraku Haikal Yong Syafiq, bekas anak muridku di SMKAB dan calon2 SMKTSOMS.....diucapkan selamat berjuang. Semoga berjaya dan lulus dengan cemerlang. Usah hampakan harapan ibu ayah, keluarga, guru2 dan semua yang mengharapkan kejayaan anda semua....

Berbalik kepada tugas....emmm...apa nak buat ye hari ini....sampai2 aje kat sekolah terus buka blog...haha.....mana kawan2 tak sampai lagi ni....(^_^)

(",)

Sabtu, November 20, 2010

Pagi Yang Ceria..

Selamat pagi semua.....wow...cuti sekolah telah bermula....seronok memikirkannya....walaupun kena bertugas pada minggu pertama dan ketiga, tapi taklah rasa terbeban...tak perlu nak bangun sebelum subuh macam selalu...jalan pun taklah 'jammed' dan tak perlu nak rush kejar traffic light...hehe...seronok...anggaplah mcm bertugas tu sekadar piknik2 je...cuma tempatnya di sekolah...haha...huhu...

Mana nak pergi ya cuti kali ini...last year bercuti ke Sarawak...tahun ni nak pi mana plak....alahai...smlm mcm teringin jer nak pi bersantai kat PD, tapi pepagi ni tetiba rasa nak pi main2 kat Genting pulak....mana ni?? Gi Universal Studio kat Singapore ke...mahallah plak...ish...ish...harap2 aku dapat gak pi mana2 tempat yang mendamaikan dan menenangkan jiwa serta meriangkan dan dapatlah aku melupakan segala yang terbeban di minda...haha

Ada idea tak???

(",)

Khamis, November 18, 2010

Raya 'outstation'

OUTSTATION lagi........hehe ingat kerja aje boleh di luar kawasan...raya pun boleh...dan meneruskan kebiasaanku yang hidup sorang2 ni..maka sekali lagi aidil adha kali ini aku raikannya di luar kawasan...kalau selalu tu aku beraya di Singapura...ceh!...Singaporelah, orang bilang...tapi kali ini dalam negara aje...kat negeri Johor ni jugak.....haha kat Pasir Gudanglah....kat Tmn Tg Puteri Resort.

Cantik tak? Taman comel ini berada di tengah2 rumah..hoho...bagus gak idea pemaju menyediakan kawasan utk taman mini...so boleh bersantai tanpa perlu keluar rumah...ops, tp taman ni bukan pemaju yg sediakan...buat sendiri maaa..pemaju sedia kawasan jer...;)


Haaa...tuuu...bumbung tu asalnya takda...telah diubahsuai..


Posing sesama ngan anak cucu...hehe...sebelah kiri dengan baby tu ler tuan rumah...

Sajer jer posing sorang2 dengan handbag merah meletop tu...handbag tu best friend sekolah lama bagi sebagai hadiah perpisahan...dia pesan suruh pakai raya....tu yg bergaya sakan tu..;)

Ish....kakak aku pun nak posing jugak haih...

Sebenarnya anak saudara aku tu baru pindah rumah baru....so ala-ala meraikan perpindahannya ke rumah barulah konon-kononnya...hehe... selebihnya saje je nak tukar2 angin...
Emmm...tu jelah story Aidil Adha kali ni...hari ni cuti...so takde buat pe kat rumah....lagipun tinggal sorang2 sunyi pulak...
Hingga jumpa lagi.....
(",)

Selasa, November 16, 2010

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum wrt. wbt...

Kepada semua samada saya kenal ataupun tidak...diucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha....semoga pengorbanan yang telah kita lakukan akan memberi kebahagiaan buat semua...apabila berduka dan kecewa, maka sematkan dalam hati bahawa :
"setiap kesulitan yang dihadapi, pasti ada kemudahan..."
(al-Insyiraah : 5 - 6)

Salam persaudaraan dan salam sayang....

(",)

Jumaat, November 12, 2010

Bahaya Tidur Pagi....

Buat semua org2 yg saya sayang...tak kira walau di mana jua anda berada...walau siapapun anda....saya sayang anda semua....dan sebagai tanda sayang marilah kita bersama2 berkongsi ilmu...ilmu yg bermanafaat untuk kebahagian sepanjang masa....InsyaAllah.

Artikel ni saya jumpa pagi2 ni....

Bahaya Tiduq Lepas Subuh...!!! (Untuk diri sendiri jgak ni...)

Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yanng penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan, “Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :
1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

2. Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci

3. Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

4. Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
- Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

5. Menghambat datangnya rezeki.
- Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

6. Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)


Di petik dari rumaysho.com.


(",)

Bertemu kembali...;)

Bertemu kembali.....lama rasanya 'rehat' kali ini....bukan apa, tetiba didapati blog yang tak seberapanya ini seperti ada virus...cuaklah juga...kepada sesiapa yg terjumpa...terbaca....atau tersinggah di blog ini...tolonglah jgn 'ganggu ketenteraman saya...biarlah ia terus menjadi sesuatu Yang Terindah dalam hidup saya...apa yg saya paparkan hanyalah catatan di celah2 kehidupan....yang baik jadikanlah pedoman...yg tidak tu...anggaplah sebagai asam garam kehidupan...


Hari ini sy mc....bukan baru nak pergi minta tapi dah dapat pun....sebenarnya mlm tadi terpaksa ke wad kecemasan....banyak sgt kerja menyebabkan stress dan stress menjadi punca pelbagai jenis penyakit......apapun sya terima ia sebagi satu pengajaran supaya lebih tenang menghadapi tugas2 seharian...alah.....penyakit itu penghapus dosa....tubuh pun nak rehat jugak...so rehatlah...

(",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...