Rabu, Ogos 25, 2010

Transformasi Diri....

Assalamualaikum wrt. wbt...
Agak lama tidak mencoret sesuatu di sini...ingatkan memang tak mahu mencoret apa2 sehingga ramadan berakhir...tapi akhirnya terpanggil jua untuk meluah rasa yang sudah semestinya sebahagian daripada kenangan terindah dalam hidup...

Isnin 23 Ogos 2010...lebih kurang jam 9.30 pagi kerani beritahu Tuan PPD ingin menemuiku pada jam 3 ptg...kecoh sepejabat...aku kebingungan...walaupun sebenarnya sebelum ini seorang pegawai diPPD telah menelefonku tentang tawaran jawatan baru di sebuah sekolah lain....cool..

Petang....dalam debar aku ke PPD Pontian....Oh! seramai 7 orang bersama2 denganku telah dipanggil menemui Tuan PPD. sah! aku diarahkan berpindah ke SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at sebagai Guru Kanan Teknik dan Vokasional berkuatkuasa 16 Ogos 2010. Relaks dan spontan aku menyampaikan rasa bahawa aku tidak menganggap ini sebagai rezeki bulan ramadan (kerana guru2 lain yg ditawarkan jawatan mengatakan itu...)sebaliknya menganggap ia sebagai ujian dan cabaran buatku...emm..manakan tidak jarak perjalanan akan semakin jauh (sebelum ni cuma 8km tp nanti menjadi hampir 30km...huhu). Justeru aku terpaksa bertolak lebih awal...mungkin seblm jam 6.30 pagi...sedangkan skrg ni 6.50 baru keluar rumah...;(...Cabaranlah kan??? Tambahan pula perpindahan aku adalah ke sekolah gred B maka tiada elaun tambahan untuk guru kanan...emm hello...aku bukannya mata duitan okay.... ;)

Perpindahan ini kulakukan kerana aku ingin berhijrah...mencari pengalaman baru...bak kata kakakku...ubah angin...kerana aku telah bertugas di sekolah sedia ada selama 14 tahun....(sejak mula posting lagi...lama kan??? )

24 Ogos....Pengetua masih bercuti...so belum dapat menemuinya untuk memberitahu arahan yg diterima....Hari ini masuk kelas 2RK...beritahu pelajar supaya menyiapkan kerja kursus dengan segera....terus beberapa orang pelajar menangis bila kuberitahu tentang arahan perpindahanku....aduhai...semakin sebak hatiku....dan...masing2 senyap menyiapkan projek kerja kayu...(selalu tu bising jer mulut dia orang)...But alhamdulillah 90% pelajar dapat menyiapkannya hari ini...

25 Ogos....hari ini sepatutnya pengetua masih bercuti...tetapi tengok dia datang pulak...so pilah jumpa dia...agak terkejut dia bila diberitahu tentang arahan yg aku terima...(atau dia buat2 terkejut...haha)...maka dia pun berilah amanat agar aku dapat menjalankan tugas sebaik mungkin...bersedia menghadapi cabaran baru...dan banyak lagilah pesanannya...hehe....InsyaALlah tuan...

10.30 pagi...bertolak ke sekolah baru untuk melapor diri....berdebar tu...hehe..mulut tak lepas dari segala macam doa...takut...teruja...semua rasa ada...sampai tepat jam 11.00 pagi...terus jumpa pengetua...hehe...penat aku tersengih2 dan senyum kat semua org yg aku jumpa...utk menghilangkan gugup sebenarnya...hahah..OK beres...jumpa pulak guru kanan Tekvo yg lama (dia akan jadi HEM kat skolah lain plak)...diberi amanat serba sikit dan berjanji akan datang lagi isnin nanti...untuk penyerahan tugas...

11.40 balik semula ke SMKAB untuk menyelesaikan kerja kursus pelajar yang nak berpindah...aduhai...tapi alhamdulillah sangat2 sebab aku tak rasa letih walau sedikitpun....

Erm....oh lupa nak beritahu...semasa melapor diri tadi aku juga mohon penangguhan tugas sehingga 19 September 2010....haha...melampau kata kakak aku...selalunya orang minta tangguh seminggu jer...ni aku minta tangguh sebulan...dan Pengetua baru izinkan tanpa banyak soal...hehehe..ini barulah rezeki....jangan dia dera aku nanti sudah...huhuhu....alah sebulan tu sebab termasuk cuti raya 2 minggu....kalau tak seminggu lebih aje...(ish2..aku ni memanglah kan...rakan2 lain yg juga kena tukar tu...pengetua mereka beri sampai 31 ogos je...bererti 1 september dah kena bertugas di sekolah baru...hahah...alah mrk dah biasa pindah2 skolah...aku baru first time so agak terkejut jugalah...)

Okaylah....nanti aku cerita lagi...


(",)

Sabtu, Ogos 14, 2010

Khasiat Kurma

Salam Ramadhan....
Terasa nak berkongsi tentang khasiat kurma pulak di bulan ramadhan kali ini..... bacalah ya...semoga bermanafaat....InsyaAllah. ;)

KHASIAT BUAH KURMA




Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak. (Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.

Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Sumber : http://permai1.tripod.com/kurma2.html


(",)



Selasa, Ogos 10, 2010

Salam Ramadhan...2010/1431H


Mengharap sesuatu yang amat bererti sepanjang ramadhan kali ini...

Semoga Allah memberkati dan melimpahkan kasih sayangNYa buatku dan seluruh umat Islam di seluruh dunia...

(",)

Isnin, Ogos 09, 2010

Menangislah

Perkongsian ilmu .....diambil dari blog Agussafi...

Mengapa Kita Menangis?


Pernah ada yang bertanya, mengapa kita menangis? Karena Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi wa Salam menganjurkan kita agar menangis. Menangislah karena Allah, sebab menangis karena Allah adalah perbuatan mulia. Bahkan Allah akan memberikan dua hal bagi orang yang menangis karena Allah.

Pertama, mendapatkan cinta Allah. Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi wa Salam bersabda, 'Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai Allah karena takut kepada Allah selain dua tetesan dan dua bekas. Yakni tetesan air mata takut kepada Allah dan tetesan darah yang mengalir di jalan Allah. Ada dua bekas yakni bekas dari jihad di jalan Allah dan menunaikan salah satu yang Allah tetapkan.' (HR. Tirmidzi).

Kedua, tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka. Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi wa Salam bersabda, 'Dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka, yakni mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang terjaga karena waspada di jalan Allah (HR. Tirmidzi).

KIta dengan segala kesibukan duniawi kita seringkali lupa diri sehingga sadar atau tidak kita melakukan dosa dan kesalahan yang menyebabkan Allah memberi kita berbagai macam ujian, cobaan dan musibah. Menangis karena Allah menjadi titik balik kesadaran kita menemukan diri sendiri. Kita menjadi manusia yang memiliki sebuah kesadaran diri bahwa dimanapun kita berada dan kapanpun, Allah senantiasa melihat apa yang kita kerjakan.

Jadi, menangislah karena Allah!

(",)

Khamis, Ogos 05, 2010

Hidup Ini....

Ermmm..........macammanalah aku nak sambung buat Phd...baru ujian yg sikit ni...baru fikirkan tentang sesuatu yg mengguris hati dan perasaan.......aku dah jatuh sakit...demam...migrain....aduhai...belum lagi kena buat research bagai.....nasib baiklah dah selesai part master dulu...itupun nyaris2 gak kecundang di pertengahan jalan...nasib baiklah semangat aku kuat....tapi masa tu, masih ada yg memberi semangat dan kekuatan....mak yg memberi dorongan meski hanya sebentar cuma....bapak yang sentiasa memantau dan memastikan perjalanan sentiasa selamat.....meski tak dapat melihat hasil yg disemai......tapi kini aku telah kehilangan semua itu....dan ujian yg sedikit inipun aku rasa sudah tidak mampu menghadapinya lagi.......yang hanya mampu kulakukan.....pasrah pada Yang Esa.... semoga Dia terus memberiku kekuatan untuk meneruskan liku-liku perjalanan hidup ini....

Tidak kumengerti mengapa jadi begini....

(",)
Aku yang sering dilukai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...