Isnin, Mei 31, 2010

Hidup Ini....

Hidup ini sukar...
dan aku cuba untuk memudahkannya...
namun siapalah aku,
tanpa bantuan orang2 di sekelilingku.


Hidup ini muafakat...
dan aku berusaha untuk bekerjasama...
namun siapalah aku,
tanpa sokongan orang2 di sekitarku.


Hidup ini indah...
dan aku gembira untuk menceriakannya....
namun siapalah aku,
tanpa kemesraan orang2 yang aku sayangi.


Hidup ini pinjaman...
dan aku redha melaluinya...
namun siapalah aku.
tanpa restu dari Ilahi.


(",)
Semoga Allah memudahkan perjalanan hidupku.

Selasa, Mei 25, 2010

BUKAN CINTA BIASA…

BUKAN CINTA BIASA…
Oleh:
Ustaz Pahrol Mohammad Juoi

Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu.“Apakah ini kerana Allah?” tanya hampir berbisik.
“Ya, wahai isteri ku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu segera berlalu. Tanpa toleh, tanpa berpaling.
Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim AS berlalu pergi. Tega dan redha. Kalau suami ku bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.
Itulah sedikit gambaran perpisahan kerana Allah. Nabi Ibrahim AS rela meninggalkan isteri dan anaknya Ismail di bumi yang kering kontang. Satu lembah yang gersang jauh daripada manusia, haiwan dan tumbuhan. Ya, itu semua perintah Allah. Demi cinta khalik yang lebih tinggi dan suci, ditinggalkannya cinta terhadap anak dan isterinya. Itulah hati Nabi Ibrahim. Jika dulu dia diuji dengan bakaran api, kini dia diuji lagi oleh perpisahan dengan anak dan isteri.
Jangan disangka hanya Siti Hajar sahaja yang menderita ditinggalkan, tetapi bayangkanlah juga derita suaminya Nabi Ibrahim yang “meninggalkan”. Kekadang orang yang meninggalkan lebih perit dan sakit penanggungannya daripada orang yang ditinggalkan. Namun apakah pilihan Ibrahim, bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa…
Mengapa hanya kata-kata “apakah semua ini kerana Allah?” yang diminta kepastian oleh Siti Hajar terhadap suaminya Nabi Ibrahim? Mengapa tidak ada ucapan yang lain? Mengapa tidak diucapkan, “kenapa sampai hati kau buat begini?” Tidak, ucapan seumpama itu sama sekali tidak terkeluar daripada mulut isteri solehah seperti Siti Hajar. Apa yang hendak dipastikannya hanyalah satu… semua itu dibuat oleh suaminya kerana Allah. Bila kerana Allah, tenanglah hati Siti Hajar… Tuhan pasti tidak akan mengecewakannya. Suaminya tidak akan menganiayanya.
Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin. Dan iktibar buat kita, untuk mengekalkan cinta dalam rumah tangga inilah juga teras dan asasnya. Jangan ada “kerana” yang lain. Jika ada yang lain, pasti cinta itu tergugat jua walaupun bagaimana teguh sekali pun janji dan peneguhan kata yang pernah dimeterai. Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya – berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.
Sekalipun terpisah, namun cinta Nabi Ibrahim dan Siti Hajar tidak pernah luntur. justeru kedua-dua berpegang kepada asas cinta yang kekal… cintakan Allah. Dan bila mereka bertemu kembali, beberapa tahun kemudiannya, cinta itu teruji lagi. Kali ini Nabi Ibrahim diperintahkan pula oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim tekad, Ismail mesti dikorbankan. Tetapi bagaimana Siti Hajar?
Siti Hajar teruji lagi. Nilai anak bagi seorang ibu, kekadang melebihi nilai suami kepada seorang isteri. Ikatan hati antara ibu dan anak jauh lebih teguh dan kukuh daripada ikatan suami dan isteri… begitu kekadang pakar-pakar psikologi mengungkapkan. Namun itu sedikit pun tidak menjejaskan jiwa Siti Hajar, sekali lagi “jika itu kehendak Allah” dia pasrah. Allah tidak akan mengecewakannya. Siti Hajar rela “kehilangan” anak dan suami berkali-kali. Seperti air zam-zam yang menyuburkan lembah Makkah yang gersang maka begitulah iman yang memperkasa jiwa Siti Hajar. Sekali lagi dia rela dan tega.
Ah, agungnya sejarah itu. Namun di mana asas kekekalan cinta itu masa kini? Kadar perceraian melonjak semakin tinggi. Janji hidup bersama, mati berdua hanya jadi mainan kata sewaktu bercinta. Tetapi sebaik musim bulan madu berlalu, cinta semakin hari semakin terhakis. Dan akhirnya usahkan untuk mati bersama, hidup berdua pun sudah tidak mampu lagi. Suami jemu dengan kerenah isteri. Isteri bosan dengan tingkah laku suami… tak berubah-rubah, macam-macam tu juga. Akhirnya, perceraian pun tidak dapat dielakkan lagi.
Mengapa ini berlaku? Jawabnya, kerana dalam hati suami dan isteri itu tidak ada lagi prinsip “kerana Allah”. Rasa syak wasangka, marah melulu, kecewa, jemu, jeran dan terancam mula bersarang dalam jiwa apabila “bukan kerana Allah” menjadi begitu dominan dalam sanubari suami dan isteri masa kini. Semakin lama berumah tangga semakin ketara segala kelemahan dan kesalahan.
Pada mulanya dicuba-cuba juga bersabar. Ah, demi cinta ku pada nya, begitu pujuk-pujuk hati. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, segala-galanya masih “gitu-gitu” juga. Bila suami sampai di muka pintu (pulang daripada bekerja), muka isteri mencuka, keluhan atau leteran pun bermula, tidak ada lagi salam berkucup tangan, tidak ada lagi wangian dan haruman, tidak ada jawapan salam yang sopan…
Dulu pernah suami menegur bersulam kata dengan kiasan dan perlambangan. Namun isteri buat tidak tahu kerana di hatinya juga ada “dendam”. Ah, kau sahaja yang ingin aku berubah, kau pula bagaimana? Aku jemu melihat kau umpama raja dalam rumah tangga yang menyuruh aku membuat segala-galanya. Sejak bangun tidur aku bagaikan hamba sahaya yang asyik membersihkan, memasak, mengasuh, mengemas dan seribu satu kerja lagi, gerutu hati isteri.
Kau tidak pernah berubah wahai suami. Pakaian bersepah. Tingkah laku mu jauh daripada yang ku kenal dahulu. Pantang ditegur, ego mu meledak. Kau semakin bungkam dan bisu ketika aku ingin meluahkan dan menceritakan segala-galanya. Dan perlukah aku meluahkannya lagi, setelah berkali-kali kau seakan tuli untuk mendengarnya!
Jiwa yang kecil akan membesarkan masalah yang remeh apatah lagi masalah yang memang besar. Bila di hati tidak ada lagi “kerana Allah”, rumah tangga akan semakin goyah. Di dalam hati sudah timbul bibit-bibit ingin berpisah… Berpisah secara rasmi dengan jatuhnya talak bersendikan syarak atau berpisah secara sepi, dengan putusnya ikatan cinta tanpa kemesraan dan keharmonian hati.
Jasad rapat, tetapi hati kian jauh terpisah. Sesetengah pasangan nekad terus mengambil keputusan untuk berpisah. Jika begini apa gunanya ditunggu lagi, kita bercerai! Dan sesetengah pasangan pula tetap di situ mempertahankan cinta yang bagaikan hidup segan mati tak mahu – “better bend than break” (biar sekah asalkan tak patah). Golongan ini sabar mengharungi perkahwinan yang tidak bahagia.
Mereka yang memilih bercerai, inginkan bahagia di tempat, di suasana atau dengan keadaan yang lain (dan mungkin juga dengan orang yang lain?). Tidak ada gunanya mempertahankan perkahwinan yang tidak bahagia… cari sahaja bahagia di tempat yang lain. Mereka yang bertahan pula mungkin merasakan, jika pasangan ku ini pun tidak memberikan aku bahagia, sedangkan aku yang mencari dan dicarinya dulu, mana ada jaminan aku bahagia dengan orang atau di tempat yang lain? Biarlah, aku bertahan sahaja…
Siapa antara kedua golongan ini yang lebih bernasib baik? Yang bercerai untuk mencari bahagia atau yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia? Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu mereka yang bersabar degan perkahwinan yang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai!
Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman. Dan dalam iman itulah tersemat roh kalimah “kerana Allah”. Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang sabar. Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya bukan orang yang bijak, cantik dan ternama… tetapi oleh orang yang sabar.
Justeru, walau seteruk mana kerenah pasangan kita, belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana dia pun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki kerana kita juga hakikatnya tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki.
Kita tidaklah setabah Siti Hajar dan pasangan kita pun tidak sebaik Ibrahim… namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata “kerana Allah”. Ingatlah, ragam, karenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya untuk diselesaikan. Seperti juga masalah-masalah hidup yang lain ada yang dapat diselesaikan dan ada yang tidak.
Bagaimana menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? Ya, ada masalah yang kita “kena hidup dengannya.” Selama-lamanya. Ia memang tidak dapat dan tidak perlu diselesaikan… Mengapa? Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepada-Nya.
Oh, rupa-rupanya Allah pasangkan kita dengan pasangan kita untuk kita saling merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji kita melalui dia, Allah menguji dia melalui kita. Inilah yang kita belajar daripada cinta dan sabar dalam rumah tangga Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar. Sesungguhnya, cinta mereka itu bukan cinta biasa!


Renung-renungkanlah ..


(",)

Isnin, Mei 24, 2010

Cinta Dan Kedamaian

Salam untuk semua...
Kuselitkan sebuah lagi petikan dari http://www.facebook.com/agussyafii3


Bila kita menyebarkan cinta untuk orang disekeliling kita maka kita akan merasa damai dimanapun kita berada karena dengan cinta kita mampu membebaskan diri dari kebencian. Kebencian membuat hidup kita menderita. Tidur tak nyenyak, makanpun tidak enak. Dimanapun kita berada kita cemas dan penuh ketakutan.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala memerintahkan kita agar kita mencintaiNya. Cara mudah agar kita bisa mencintaiNya adalah dengan menyebarkan cinta untuk orang-orang disekeliling kita, lingkungan dan masyarakat. karena pada dasarnya alam semesta adalah Tajalli-Nya.

Sebagaimana Sabda Nabi, Kalau kalian mencintai Allah, ikutlah aku (HR. Muslim). Seperti kita tahu bahwa Nabi Muhammad mencintai sesamanya dengan setulus hati dengan membebaskan masyarakat dari perbudakan dan kebodohan. Akhlak dan perilaku Nabi sangat menghormati orang lain dengan istilah lainnya memanusiawikan manusia. inilah makna perintah 'Amar Ma'ruf.' Mengajak dalam kebaikan.

Maka perintah 'Amar Ma'ruf atau mengajak dalam kebaikan berarti sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi, sebagai bukti cinta kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah mencintai sesama dengan setulus hati. Menyebarkan virus cinta untuk orang-orang disekeliling kita, lingkungan dan masyarakat dan akhirnya memberikan kedamaian untuk alam semesta.


Dan sesungguhnya...aku mencintaimu kerana aku mencintai ALLAH....;)

(",)

Sabtu, Mei 22, 2010

DO U HATE SOMEONE?

Renungilah...sebuah cerita dari sekian banyak email yg masuk ke dalam inboxku...

A Nice story with a good moral. Please go through.

A kindergarten teacher has decided to let her class play a game.
The teacher told each child in the class to bring along a plastic bag containing a few potatoes.
Each potato will be given a name of a person that the child hates,
So the number of potatoes that a child will put in his/her plastic bag will depend on the number of people he/she hates.

So when the day came, every child brought some potatoes with the name of the people he/she hated. Some had 2 potatoes; some 3 while some up to 5 potatoes. The teacher then told the children to carry with them the potatoes in the plastic bag wherever they go (even to the toilet) for 1 week.

Days after days passed by, and the children started to complain due to the unpleasant smell let out by the rotten potatoes. Besides, those having 5 potatoes also had to carry heavier bags. After 1 week, the children were relieved because the game had finally ended....

The teacher asked: "How did you feel while carrying the potatoes with you for 1 week?". The children let out their frustrations and started complaining of the trouble that they had to go through having to carry the heavy and smelly potatoes wherever they go.

Then the teacher told them the hidden meaning behind the game. The teacher said: "This is exactly the situation when you carry your hatred for somebody inside your heart. The stench of hatred will contaminate your heart and you will carry it with you wherever you go. If you cannot tolerate the smell of rotten potatoes for just 1 week, can you imagine what is it like to have the stench of hatred in your heart for your lifetime???"

Moral of the story: Throw away any hatred for anyone from your heart so that you will not carry sins for a lifetime. Forgiving others is the best attitude to take!

True love is not loving a perfect person but loving an imperfect person perfectly!!


(",)

Jumaat, Mei 21, 2010

Gembiramu...gembiraku... ;)

Hari ini kuterima berita gembira yang menggembirakan seseorang yg memberitahuku....hehehe...ntah kenapa aku rasa happy pulak bila dia happy...
Emmm sifat semulajadiku barangkali yg memang suka tgk org gembira...dan akan rasa sgt sedih bila org sedih...akulah itu...terjangkau melebihi apa yg sepatutnya kujangkau...

Dia...belum apa2 bagiku...namun aku telah merasa ikatan itu...gembiranya...sedihnya...dukanya... turut kurasakan meski tak terucap dek kata2...Semoga dia akan terus berjaya mengejar impiannya...InsyaAllah...Ira, ibu sayang kamu.... ;)


(",)

Rabu, Mei 19, 2010

Heart....

Mendengar lagu ini....tetiba hatiku terasa sayu dan pilu sekali malam ini...
PadaMu ya Allah aku bersujud...

(^_^)

Ibu Bapa Bukan Liabiliti

Salam seindah ceria...

Dalam meniti hari..
meneruskan perjalanan hidup ini...
menumpang di bumi Allah....
suatu kurniaan yang tidak terucap nikmatnya...
Justeru,
perjalanan hidup yang diwarisi.....
haruslah dilalui dengan penuh bererti...
mengimbau kenangan silam...
mengimbas memori terindah sepanjang kenangan..
bersama insan tersayang....ayahbonda tercinta...
Apapun situasinya....
jasa mereka tetap sama...
membesar dan mendidik setiap masa....
tanpa rasa duka nestapa....
menatang anak2 penuh makna....
kerna kita adalah aset bagi mereka...

Apakah sanggup bagi kita menganggap mereka liabiliti semata2???


Petikan tersebut penuh bererti dalam mengenal hakikat diri.....


PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi ) Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya. " Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah kekampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya. " Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya. "memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


So, sayangilah ibubapa sepanjang masa....kerana mereka ASET yang tak ternilai harganya...Semoga aku bisa jadi seperti mereka...penuh kasih sayang dalam keluarga....;)

(",)

Ahad, Mei 16, 2010

Selamat Hari Guru

Jumaat, Mei 14, 2010

Suara Hati....

Assalamualaikum wrt. wbt

Bertemu kembali di laman sepi ini....

Sukar untukku memulakan kali ini...ada yang terbuku di hati...ada yang terfikir diminda seni...apa benarkah jalan yang harus kuambil nanti. Semakin aku meneliti, semakin banyak persoalan yang kuragui...adakah aku benar2 mengerti akan perjalanan yg harus kutempuhi. Persoalan diri tak terjawab dihati...sehingga suatu saat nanti...sehingga aku benar2 memahami liku2 hidup ini.

Aku tak mengharap simpati...cuma mengertilah sekeping hati...aku yang masih begini...hanya kepadaNYA kuberserah diri...

Kesayuan tetiba meruntun kalbu...entah mengapa, aku pun tak tahu...apa yg kurasa terkadang apa yg kuduga...usahlah menjadi nyata ..kerna akan meruntun jiwa...

Kebahagiaan milik semua... yg tahu menghargainya...kedukaan hanya sementara sebagai dugaan dari yg ESA...buat insan yg disayangiNYA.

Aku sedar siapa diri ini. Hanya insan kerdil di bumi Allah ini...melaksanakan amanah yang diwarisi...sekiranya kesempatan itu yg diberi...akan kucuba dengan sepenuh hati...ikhlas dan sabar mewarnai hari..

Cukuplah sampai di sini...coretan hati insan sepi dipinggir hari....

Luahan hati aku yg bernama Siti...:)
(menjelang hari GURU 2010)


(",)

Ahad, Mei 09, 2010

Tiba-tiba....2

Salam....

Ahhha...hari ini tiba-tiba aku diajukan satu pertanyaan...soalan cepumas kata org...he...he...terkedu seketika...terdiam tanpa kata..terfikir tanpa duga...apakah cara utk menjawabnya...dan akhirnya hanya senyuman terukir dibibir...sebab tak tahu nak jawab macam mana....ha...ha...ha...sungguh telus pertanyaan itu....lurus...;)

Hari ini, aku diminta untuk melakukan transformasi diri.......bersediakah??
Hanya Allah yang mengerti isi hati...semoga Allah memudahkan perjalanan hidup ini....


(",)

Khamis, Mei 06, 2010

Allah Senantiasa Bersama Kita

Disaat macam2 yg melanda fikiranku....
disaat macam2 yg aku fikirkan....
disaat macam2 yang harus kuhadapi sehari-hari...
disaat segala yg harus kuhadapi sendiri....
Aku harus kuat dan tabah...
kerana kutahu...Allah senantiasa bersamaku...
semoga aku senantiasa mengingatiNYA saban waktu...



Petikan dibawah ini diambil dari http://agussyafii. blogspot. com/

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa dan berbuat kebaikan (QS. an-Nahl : 128).

Ditengah hidup penuh kegalauan, resah dan kesepian. Takut akan hilangnya sebuah harapan, kehilangan impian, tidak tahu apa yang akan terjadi di esok hari. Hal itu muncul karena fitrah kita sebagai manusia. Maka tidak usah khawatir karena Allah Subhanahu Wa Ta'ala selalu bersama kita. Bila kita mengingatNya, hati kita menjadi tenteram dan kedamaian dalam hidup kita.

Dalam ayat diatas mengisyaratkan kepada kita sesungguhnya Allah akan mengabulkan doa kita dan membantu kita dikala hati kita sedang gelisah, resah dan merasa kesepian. Bagi kita sebagai orang yang bertaqwa setiap permohonan akan dikabulkan oleh Allah apabila disertai dengan perbuatan baik terhadap sesama.

Disetiap langkah yang kita lakukan, disetiap perbuatan yang kita kerjakan kita senantiasa bersama Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Bila kita seolah-olah tidak mampu melihatNya maka Allah melihat diri kita. Sebagaimana hadist Nabi yang berbunyi.

' Ketika Malaikat jibril bertanya kepada Nabi, 'Beritahukan kepadaku tentang ihsan (kebaikan). Nabi menjawab, 'Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya, Dia melihatmu.' (HR. Bukhari & Muslim).

Sungguh indahnya hidup ini bila dalam kehidupan sehari-hari kita bisa merasakan hidup kita bersama Allah. Kita mampu dalam kesendirian kita bersama Allah, dalam duka kita bersama Allah, dalam kesedihan kita bersama Allah, dalam keadaan bahagia kita bersama Allah, dalam keadaan gembira kita bersama Allah. Menjadikan hidup kita senantiasa bersama Allah dalam kondisi apapun sehingga kita mendapatkan kasih sayang Allah.

'Sesungguhnya kasih sayang Allah sangat dekat dengan orang-orang yang berbuat kebaikan.' (QS. al-A'raf : 56).




Aku yang macam2....:)

(",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...