Selasa, April 27, 2010

Tetiba....

Assalamualaikum wrt.wbt...
Salam kuucap bukan secara tetiba namun lahir terus dari hati...

Hari ini tiba2 kuterima berita pemergian seseorang yg baru saja kutemui sabtu lalu...semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh....AlFatihah buat Allahyarham Hj Yaakob Markom...Unit peperiksaan dan penilaian PPD Pontian.

Dan sepanjang hari...banyak yg tiba2 hadir dalam perjalanan hidupku....

Tetiba hari ini ada orang tu yg mengharapkan keselamatanku...
Tetiba hari ini ada orang peduli tentang aku....
Tetiba hari ini ada orang kata dia perlukan aku....
Tetiba hari ini aku rasa ada kerinduan dalam hati...
Tetiba hari ini aku rasa aku sangat sibuk sekali....
Tetiba hari ini aku rasa sangat2 berdikari....
Tetiba hari ini aku temui sebuah buku lantas aku terus beli....
Tetiba hari ini aku boleh buat keputusan sendiri....
Tetiba hari ini aku rasa ada rajuk dalam hati....
Tetiba hari ini aku tak peduli apa yang akan terjadi....
Tetiba hari ini aku rasa amat tabah sekali....

Dan akhirnya....
Aku tetap menyedari bahawa hidup ini masih dijalani.. sendiri...sendiri...tanpa perlu mengharap simpati...
Semoga ketabahan tetap bersamaku dalam meniti hari-hari mendatang...
Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yg tersirat dalam hati...


Aku yang bernama Siti...;)
(",)

Khamis, April 22, 2010

Salam ukhwah....

Setelah sekian lama...terasa rindu untuk menulis, namun masih tiada ide untuk mencoret kata...dan malam ini sekadar singgah untuk meninggalkan jejak...menghulur salam buat yg sudi bertandang ke sini...akan ada cerita yang bakal ditulis, akan ada kisah yg akan dikongsi bersama...apapun yang akan terpapar di sini memerlukan ketenangan dalam menghasil bait kata...InsyaAllah jika berkesempatan akan terluahlah apa yg dirasa.... :)

Semalam, telah kuterima 2 naskhah buku yg dibeli menerusi internet....Travelog Cinta Abadi, masa yg berlalu.....Teruja menerimanya justeru penulis sendiri menandatangani disamping mencoret sebaris kata yang begitu berkesan di hati....Hanya Cinta Allah Yang Abadi......... Semoga aku akan lebih mendekatkan diri kepadaNYA.


(",)

Ahad, April 04, 2010

Putaran hidup...

Salam buat semua pembaca.....

Setelah berduka...kesepian...gembira....kini aku sakit pulak....bukanlah sakit teruk sangat pun, hanya demam...selsema dan kini batuk pula....ujian Allah yang harus ditempuh. Aku redha kerana sakit itu penghapus dosakan....;)...berdosakah aku? Hanya Allah yang Maha Mengetahui kelemahan dan kekuatan makhlukNYA.....siapalah aku ini utk menentukan dosa dan pahala setiap insan...Aku sedaya upaya buat yang terbaik mengikuti landasan dan jalan yang telah ditetapkan...semoga Allah sentiasa memberiku petunjuk dan hidayahNYA...amiiin.

Apapun, alhamdulillah dalam keadaan yang tak berapa sihat ini aku masih mampu menjalankan tugas yang telah diamanahkan buatku...cuma berasa kurang selesa...
Terkadang aku terfikir....aku akan jadi terlebih rajin dan cergas bila aku kurang sihat atau dalam kesibukan terlampau...barangkali kerna aku sentiasa memikirkan bahawa aku mungkin tak cukup masa untuk melaksanakan segalanya... Bila sihat, seringkali pula bertangguh kerja dan buat sambil lewa.... Perlukah aku sakit dan terlalu sibuk baru baru nak siapkan tugas dengan segera? He...he...aku jelah yang boleh jawab...

Namun, itulah yang dinamakan roda kehidupan...kita akan rasa kehilangan apabila seseorang yg kita sayang tiada depan mata atau telah pergi jauh dari kita...sedang ketika dia ada kita buat sambil lewa, ambil sikap acuh tak acuh kehadirannya dan tidak meyayanginya sebagaimana sepatutnya...memikirkan bahawa dia akan sentiasa ada di sisi kita...tanpa kita sedar Allah menentukan segalanya...sebagaimana yang dikehendakiNYA.

Begitu jugalah dengan kesihatan..bila sihat, kita lupa menjaganya...membelainya...mencari alternatif untuk mengekalkan keadaannya disisi kita...kita alpa dengan kesibukan duniawi yang nyata. Dan apabila sakit...barulah sibuk nak mencari penawarnya...mengharap kesakitan itu akan segera pergi dan mengembalikan kesihatan semula disamping kita...

Wah! panjang pula celoteh saya. Emmmm...sekadar peringatan buat diriku dan insan2 yang sering lupa...Maka ingatlah 5 sebelum datangnya 5....yang antaranya...sihat sebelum sakit....

Saya sayang anda semua..

(",)....(^~^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...