Terasa sepi sangat hidup ini....sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Teringat kenangan lama...sangat mencengkam perasaan....esok...lusa tak siapa dapat menentukannya..aku berharap akan hadir takdir terbaik buatku...akan hadir seseorang yg memahami...mengerti dan sebagai tempat meluah isi hati...ermmm ...kini, tika ini dan saat ini...kurasakan amat sepi..... hanya alunan ayat suci menemani diri saban hari....
Sabtu, Disember 29, 2012
Khamis, Disember 20, 2012
Salam 20122012
Assalamualaikum wrt. wbt...
Berzaman sudah kutinggalkan arena penulisan blog ini...atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan...ceh ayat skema ni..emmm.
Okay, hari ini tergerak untuk meninggalkan sedikit catatan memandangkan tarikh hari ini dirasakan cantik jugak...[tahun ni banyak tarikh yang cantik2 kan...antaranya 12/12/12....1/2/34...dan hari ini 20/12/2012] set no telefon cantik jugak...tapi mesti mahal yg amat...
Sebenarnya takdelah yang istimewa sangat dengan tarikh hari ini. Setelah sekian lama menyepikan diri, tetiba tergerak pula untuk menulis malam ini. Itupun kerana ada sebab jugak. Kalau tak, takkan adalah coretan ini.
Sepanjang beberapa bulan yang telah berlalu, banyak sangat perkara/peristiwa yang telah dilalui...kebanyakkannya 'menyakitkan' jugak...memerlukan ketabahan yang sangat tinggi dari dalam hati dan jiwa...apa nak buat...nama pun hidup sendiri, justeru kenalah hadapi semuanya sendiri...apapun Alhamdulillah sangat sebab semuanya dapat dilalui dengan perasaan redha menghadapi segalanya. Makanya, cuti sekolah kali ini masa telah digunakan sepuasnya...sepenuhnya dengan cara aku sendiri.
Terima kasihlah kepada anak saudara Alya Nur Najiha yang sudi menemani aku kemana saja sebagai memenuhi acara 'percutian'ku...Emmm selepas ini takde kawanlah aku, sebab berdasarkan keputusan peperiksaan UPSRnya yg cemerlang memungkinkan dia menghuni mana2 sekolah berasrama...mudah2an cita-citanya nak jadi doktor tercapai...In Sya Allah.
Rasanya cukuplah dulu. In Syaa Allah...ada kesempatan akan ada coretan lagi dariku...Wassalam.