Sabtu, Disember 29, 2012

SEPI....

Terasa sepi sangat hidup ini....sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Teringat kenangan lama...sangat mencengkam perasaan....esok...lusa tak siapa dapat menentukannya..aku berharap akan hadir takdir terbaik buatku...akan hadir seseorang yg memahami...mengerti dan sebagai tempat meluah isi hati...ermmm ...kini, tika ini dan saat ini...kurasakan amat sepi..... hanya alunan ayat suci menemani diri saban hari....

Khamis, Disember 20, 2012

Salam 20122012

Assalamualaikum wrt. wbt...

Berzaman sudah kutinggalkan arena penulisan blog ini...atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan...ceh ayat skema ni..emmm.

Okay, hari ini tergerak untuk meninggalkan sedikit catatan memandangkan tarikh hari ini dirasakan cantik jugak...[tahun ni banyak tarikh yang cantik2 kan...antaranya 12/12/12....1/2/34...dan hari ini 20/12/2012] set no telefon cantik jugak...tapi mesti mahal yg amat...

Sebenarnya takdelah yang istimewa sangat dengan tarikh hari ini. Setelah sekian lama menyepikan diri, tetiba tergerak pula untuk menulis malam ini. Itupun kerana ada sebab jugak. Kalau tak, takkan adalah coretan ini.

Sepanjang beberapa bulan yang telah berlalu, banyak sangat  perkara/peristiwa yang telah dilalui...kebanyakkannya 'menyakitkan' jugak...memerlukan ketabahan yang sangat tinggi dari dalam hati dan jiwa...apa nak buat...nama pun hidup sendiri, justeru kenalah hadapi semuanya sendiri...apapun Alhamdulillah sangat sebab semuanya dapat dilalui dengan perasaan redha menghadapi segalanya. Makanya, cuti sekolah kali ini masa telah digunakan sepuasnya...sepenuhnya dengan cara aku sendiri.

Terima kasihlah  kepada anak saudara Alya Nur Najiha yang sudi menemani aku kemana saja sebagai memenuhi acara 'percutian'ku...Emmm selepas ini takde kawanlah aku, sebab berdasarkan keputusan peperiksaan UPSRnya yg cemerlang memungkinkan dia menghuni mana2 sekolah berasrama...mudah2an cita-citanya nak jadi doktor tercapai...In Sya Allah.

Rasanya cukuplah dulu. In Syaa Allah...ada kesempatan akan ada coretan lagi dariku...Wassalam.

Rabu, Mei 16, 2012

Alhamdulillah

Selamat Hari Guru buat diriku sendiri hari ini....

Alhamdulillah setelah berkurun tidak menulis apa2 entry, hari ini hajat di hati hendaklah menaip sebaris dua kata. Alhamdulillah setelah sebulan lebih rasa tidak sihat dengan pelbagai jenis penyakit, dan setelah seminggu langsung tidak menjamah nasi, maka hari ini dengan penuh rasa syukur kehadrat Ilahi kerana masih dikurnia Allah nikmat makanan. Akhirnya dapat juga menikmati nasi baryani (walaupun tidaklah banyak mana) semasa jamuan hari guru tengahari tadi. Alhamdulillah. Semoga apa yg telah dilalui menjadi pengajaran berharga buat diri yang sering alpa ini.

Sekian. Wallahualam.

(",)

Ahad, April 08, 2012

Ia Hujan Air Batu.

[gambar ihsan http://www.facebook.com/profile.php?id=100000905880614]
Tempat gambar diambil lebih kurang 2km dari rumahku



Subhannallah..

Hari ini dalam sejarah hidupku. Ini kejadian pertama hujan air batu yang terjadi betul2 depan mata. Ketika kecil arwah emak pernah cakap, beliau pernah mengalami hujan air batu. ketika itu aku seakan tidak percaya. bagaimana mungkin hujan adalah air batu...pasti sakit kan. Hari berganti hari...dalam berita di sana sini juga ada melaporkan tentang hujan air batu yang terjadi di sesetengah kawasan. ketika itulah baru nak percaya. lantas dalam hati berkata, bilalah nak jumpa secara 'live' keadaan itu.

Beberapa hari yang lepas cucu saudara [Hakimi] sibuk sangat bertanya tentang hujan air batu...dekat mana ia turun....bila ia turun...boleh turun kat rumah kita tak...dan macam2 persoalan dan jawapan yang boleh kuberikan, dengan kuasa Allah ia boleh turun di mana2 saja yang dikehendakiNYA, bila2 masa. Dan hari ini ia benar2 terjadi. Sebelum kejadian guruh berbunyi kuat sekali...berkali2...lain dari kebiasaan. Beberapa kali juga aku tersentak dan terkejut tatkala sedang melipat kain. tetiba kurasakan bunyi zing rumah berlainan sekali. Seperti ada benda keras menimpa bertubi2...sejurus kubuka pintu...masyaallah..sedang berteraburan air batu di halaman rumah...apalagi, sibuklah aku berteriakan memanggil seisi rumah melihat kejadian alam yang luarbiasa....sambil mulut berzikir mengagumi kebesaranNYA.

Tak sempat pun nak ragam foto atau video. Apapun ia merupakan kejadian sangat terindah setakat ini. Begitulah kebesaran Allah. Mungkin juga hendak menunjukkan kejadian sebenar kepada si Hakimi yang teringin sangat nak tengok.

Ketika entry ini ditulis, hujan sudah reda...tapi masih renyai-renyai...alam mulai kembali cerah.


(",)


Isnin, April 02, 2012

Hari ini dan esok

Astagfirullahalaziimmm...rasa nak marah dengan semua orang....apa ke halnya ni...takkan lah kerana 'nila setitik rosak susu sebelanga'. Selalu cuba untuk tidak membenarkan peribahasa itu...tapi apa yg berlaku hari ini...benar2 membuatkan perasaan jadi macam itu...geram...sebal...kecewa...semua rasa ada....duhai hati, tenanglah....

Semakin kucuba untuk melupakan, semakin kuat ingatan itu hadir. Kesal sungguh. Ya Allah, ampunilah aku.

Esok, semoga segalanya kembali pulih. Esok semoga semuanya baik2 belaka. Esok semoga hatiku kembali tenang...damai dan sabar menghadapi segalanya. Semoga esok lebih baik dari semalam. Semoga esok merupakan hari terindah kembali dalam hidupku.

Sesaat kau datang
sesaat kau hilang
kemunculan dirimu penuh misteri..
sungguh kejamnya dirimu.

(".)


Rabu, Mac 07, 2012

Sebulan Yang Berlalu..

Bertemu kembali...

2012 nampaknya merupakan tahun malas nak mengupdate blog...banyak benar kekangan dan rasa kemalasan melanda. Hari ini rasa rajin pulak nak menulis. Tulis apa ya? Emmm sepanjang sebulan berlalu...banyak benar yang dialami. tak mampu untuk dicurahkan di sini. Segalanya berkaitan hati, perasaan dan pekerjaan. haha buat suspen je kan. Apapun segalanya dapat dilalui dengan baik. Alhamdulillah.

2 hari lagi cuti...dan untuk pertama kalinya cuti akan dilalui tanpa melibatkan kerja2 sekolah. Ingin bercuti sepenuhnya sebab tak mahu pisang berbuah 2 kali...rehat itu penting. Tak mahu dah menjadi penghuni wad mana2 hospital. meskipun hanya 2 hari, serik rasanya...kecuali kalau terpaksa atau berehat bersantai tanpa sakit...ala-ala percutian gitu. Tapi ada ke? Bukanlah teruk sangat kalau kena tahan di wad tu...tapi bila kena cucuk sana sini...ambil darah...masuk ubat...huhu sakit...telan pil ok lagi..serik sungguh.

Dalam masa sebulan ini, sesuatu yang hilang muncul kembali....tapi aku rasa keliru..serba salah. Aku takut disakiti lagi. Namun, berkat kesakitan itu, aku kini lebih pasrah dan redha menghadapi segalanya. Semoga aku sihat sentiasa zahir dan batin, rohani dan jasmani...Amiiin.


(",)



Sabtu, Februari 04, 2012

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wrt. wbt..

Lama sungguh tak bersiaran...eceh. Ermm..sebulan adalah satu tempoh yang sememangnya lama. Biasalah, awal tahun sesi persekolahan, macam2 tugasan perlu disediakan. kepenatan sangat dirasakan kerana terpaksa menhadiri mesyuarat hampir saban petang...tak termasuk latihan rumah sukan...Saat dan tika ini pun, tugas tak habis-habis. Persediaan awal tahun telah lengkap (apa lagi buku rekod mengajarlah). Menjengah bulan februari...kelas tambahan akan bermula, ujian diagnostik juga perlu disedia. Persediaan harian tentulah agenda utama. Hurm..memang takkan habis. Apapun, diiringi dengan keikhlasan, segalanya tidaklah dirasakan beban. Alhamdulillah segalanya dapat dilalui dengan mudah. InsyaAllah.


*************************************************************************************

Alhamdulillah juga, hari ini aku masih bernafas...diberi Allah nikmat untuk meneruskan kehidupan....menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Diberi Allah kesihatan yang baik untuk mengharungi liku2 kehidupan.

Semalam 3hb Feb, genaplah usiaku setahun lagi....TERIMA KASIH kepada semua....sahabat handai....anak2 saudara.....anak2 murid....atas ucapan dan doa kalian. Semoga Allah membalasnya. Pada ulangtahun kali ini, hadiah yang sangat bernilai adalah doa supaya saya sentiasa sihat...semoga ada juga sihat. Ingatlah lima sebelum 5....dan salah satunya, sihat sebelum sakit.

Walaupun, saya pernah ditahan di wad tidak sampai 48 jam sebulan yg lalu, tetapi pengalaman itu sangatlah membuat saya sangat serik. Mungkin tidak jika sekiranya saya hanya berehat di wad...tetapi menjalani pelbagai ujian itu yang membuatkan saya tidak sanggup. Semoga saya sihat walafiat zahir dan batin.

Semoga saya sentiasa tabah menghadapi segala ujianNYA.

*************************************************************************************

Ops...sesuatu berlaku semalam...samada kenyataan atau sekadar mimpi. Benarkah apa yang saya dengar? atau sekadar ilusi. Biarlah keadaan yang menentukan. Pasrah pada ketentuan. Segalanya adalah Rahsia Allah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Semoga saya dipelihara daripada sebarang musibah. Semoga hati saya terhindar daripada rasa gundah.

Yang utama, semoga impian saya jadi kenyataan...yang antaranya, ingin segera menjejak kembali ke Baitullah, solat dan berdoa di Hijr Ismail, bermunajat di Masjid Nabi dan Raudzah...oh alangkah indahnya saat itu.



(",)


Khamis, Januari 05, 2012

Ujian yang berlalu

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan lagi usia untuk terus berbakti di dunia di samping mempersiapkan diri untuk akhirat.

Sebulan lebih tidak menulis apa2 entry dan pagi ini terpanggil untuk mencoretkan sesuatu.

Alhamdulillah. Allahuakbar. Dengan izinNya dapat saya menulis lagi di sini. Sepanjang disember keadaan sangat tidak menentu..sepanjang 16 tahun menjadi seorang guru, disember 2011 adalah cuti yang paling sibuk saya rasakan. Namun alhamdulillah segalanya dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Dan sepanjang 16 tahun menjadi guru juga, januari 2012 lah kali pertama saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada hari pertama persekolahan. Fuh! kenangan terindah kan? Hehe...walaupun terpaksa melalui pengalaman berada di wad. Dan itu pastinya terindah.

Pertama kali di tahan di wad, hanya 2 hari saya terpaksa melalui pelbagai ujian pengesanan.....ECG, Xray, MRI, CT scan... sungguh2 pengalaman terindah wpun perit...ermmm hanya kesabaran dan ketabahan bertahta di hati.

Walaupun terpaksa melalui semua ujian itu, saya sangat berpuas hati kerana mengetahui apa yang selama ini saya alami. Ada sedikit masalah dikesan namun tidaklah begitu serius. Buat masa ini tidak perlukan pembedahan tetapi perlu ubat2an. Segalanya kesan daripada aktiviti semasa kecil. Semasa kanak2 dulu saya pernah jatuh terhentak di bahagian kepala. Dan luka itu meninggalkan parut yg memberi kesan kepada saraf...sebab tu selalu migrain...huhu. So doktor kata kena kawal perasaan supaya tidak tertekan. Dengan lain perkataan kena bertenang sentiasa....Semoga saya mampu lakukannya. InsyaAllah.


Ok. oleh kerana saya dapat cuti untuk merehatkan otak...maka adalah masa untuk saya menulis entry lagi..

Sehingga itu, stop dulu. Masa untuk makan ubat sekarang...bye.

(",)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...