Sehabis solat sunat di Hijr Ismail, sempat berposing di tepi Kaabah.
Di rumah Hj Bachok. Bapa saudara Hj. Abdillah.
Dalam perjalanan balik (ke Airport Jeddah) singgah solat zuhur di Masjid Terapung di Laut Merah
Pagi Jumaat di Baitullah
Masjidil Haram
Pertemuan tidak terduga di Jabal Rahmah. Bersama Kak Yati teman sekolah yang mengikuti rombongan umrah sykt yang berbeza.
Masjid Quba, Madinah.
Masjid Nabawi (Malam)
Masjid Nabawi dari hadapan(siang)
Sebelum berlepas ke Jeddah, transit di Sri Lanka (Brown Beach Resort)
Sempat posing kat CIQ- tak perasan sebenarnya tak boleh ambil gambar. Mujur polis2 Singapore tak perasan...
Assalamualaikum wrt. wbt.
Terlalu lama tidak berkesempatan untuk meng'update' blog ini. Bukannya tiada cerita-ceriti untuk dicoretkan...tapi masa dan idea yang tidak memberi peluang untuk berkongsi cerita.
Sekian lama menyepi...akhirnya kutemui titik terindah dalam hidupku sehingga kini[harapanku agar hari-hari mendatang akan lebih indah lagi]. Impian ke Tanah Suci akhirnya tiba jua. Tanggal 28 Mei 2009 aku memulakan perjalanan memenuhi undangan Allah dengan penuh rasa kesyukuran. Terima kasih Ya Allah kerana memberiku rezeki dan kesempatan itu. Semoga aku akan kembali ke rumahMu untuk ibadah Haj pula. InsyaAllah.
Bagi sesiapa yang telah berkunjung ke sana, pastinya tahu apa yang tersurat dan tersirat di hatiku. Tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata betapa bahagianya aku di sana. Kebahagiaan yang hanya akan tersimpan jauh dilubuk hati. Alhamdulillah atas segala kurniaan yang diberi oleh Allah. Setelah kembali...rindu jua bertahta di hati.
Kini tersemat dalam hati, suatu hari aku pasti berkunjung lagi ke sana...InsyaAllah. 28 Mei - 10 Jun 2009 sentiasa dalam kenangan
..