Sabtu, November 28, 2009

Pengorbanan....

Wafa Afiqah de' amoi yg kuat 'berleter' dan merungut bila nak tidur...


'cucu' dan 'nenek' di hari raya qurban


Ahmad Huzairi yg juga kuat melalak dan sungguh keras hati..


Salam Aidil Adha....


27 November 2009.....Aidil Adha disambut tak seperti tahun2 sebelumnya......tahun ni aku sendirian...tak prepare apa2...menjalani hari seperti hari2 biasa...kakak sebelah rumah pula telah pulang ke Selangor petang semalam......Kira-kira jam 11.00 pg aku pun ke rumah kakakku di Kg Jelutong Laut....dia pun sendirian. Mujur ada seorang ibu saudara yang dtg dari Johor Bharu menemaninya....Tghari barulah anak tunggal dia balik selepas beraya dengan keluarga mertuanya di Pasir Gudang...

Petang barulah gi beraya kat Pulai Sebatang...tu pun sebab nak hantar mak saudara aku tu pi rumah sepupuku....malam...rasa nak tidur awal...tapi tak jadi sebab tetiba salah seorang sepupu datang dengan keluarganya....rasa happy sangat2 sebab ada gak orang sudi menjengukku di sini.....hu...hu...hu...


28 Nov. 2009.....plan awal hari ini nak pergi jemputan rumah cikgu Ramli dan rumah Yati Md. Noor, tapi keadaan sungguh tak mengizinkan... aku rasa masih tak sihat....migrain tetiba datang lagi....so duk rumah je...tidur...makan tengahari pun tak....malam....siapkan tugasan BPG2010....emm...semoga aku kuat untuk menyempurnakan tugas malam ini juga....

......

Rabu, November 25, 2009

Aktiviti AKhir Tahun....

Salam buat semua pembaca blog.....


Sejak awal cuti nampak semakin sibuk dgn tugas yang tak pernah sudah....ada aje yang menuntut agar disiapkan segera....apapun aku cuba buat semampu boleh....hu...hu...hu....nak update blog pun tak sempat....so hari ni kucuba update...dapat sikit pun jadilah kan...he...he...he...

Emmm...aku belum rasa 'bercuti' walaupun dah beberapa hari cuti sekolah bermula....masih setiap hari ke sekolah menjalankan tugas2 tertunggak dan menyiapkan tugasan akan datang...
dan...sepanjang seminggu ini pula aku rasa tidak berapa sihat...itu yg membuatkan beberapa aktiviti rutin tergendala....kuharap segalanya dapat kutempuhi dengan tabah....

Emmm...hari ini demi anak murid tersayang...aku meluahkan masa untuk mereka...membantu apa yg patut sebelum menghadapi peperiksaan sebenar 1 disember ini....huh...aku yg terlebih takut sebenarnya...harap2 mereka dapat jawab semuanya dengan mudah....

Hari ini, dari sejumlah 28 orang pelajar hanya 12 orang yg menghadirkan diri...selebihnya sedang menghadapi peperiksaan Math Tamb. di Dewan peperiksaan....tapi ada juga yg langsung sengaja tak mahu datang.....Takpelah...moga Isnin nanti mereka akan hadir....


Pelajar tekun buat latihan saat2 akhir....semoga semua yg hadir hari ini berjaya dengan cemerlang.....ameeen...

Jumaat, November 20, 2009

Selamat Bercuti..


Last Day......20 Nov 2009

Hemmmm...akhirnya sesi persekolahan 2009 tamat sudah....Cuti persekolahan bermula esok...
Kepada semua rakan seperjuangan...Selamat bercuti.....semoga ceria dan gembira bersama keluarga.....
Kepada semua pentadbir......selamat bertugas dalam cuti.....semoga dapat bertugas dengan penuh keikhlasan
Kepada semua rakan yang berpindah.....Selamat berpindah...semoga gembira dan selesa di tempat baru.....
Kepada rakan yg bakal jadi pengantin (Saliza ler) ....Selamat Pengantin Baru.....semoga kekal hingga ke akhir hayat...
Noma, Nadia, Ummi dan Ijan........jangan sedih ye...kami semua sayang kat awak......


Pemantauan ISO......19 Nov 2009

Semalam telah dijalankan pemantauan oleh auditor dari 3 PPD (Johor Bharu, Pasir Gudang dan Pontian)...bermula jam 9.00 pagi hingga jam 4 ptg.....penat juga menunggu...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...tapi kena juga NCR (Non Complete Record)...biasalah...nobody's perfect...
Apa yang penting...dapat satu pengalaman yang sangat2 berharga dan berguna...

Peperiksaan SPM bermula....18 Nov 2009
Hari ini peperiksaan SPM bermula....awal pagi terasa sebak pulak bila melihat dan mendengar calon2 SPM tu baca yaasin beramai2...semoga semuanya dapat menjawab soalan dengan penuh ketenangan dan semoga semua beroleh kejayaan yang diharapkan....
Jamuan Perpisahan......17 Nov 2009

2 orang guru di kiri (Noma) dan kananku (Nadia) yang akan berpindah. Hujung tudung coklat tu KB Sains Sosial....Kak Jah Idris..

Seawal 7.30 pagi lagi kami dah berkumpul beramai-ramai di kantin untuk majlis jamuan perpisahan (Jamuan kuih teriak) 4 orang guru....seronok majlis pagi ni....banyak betul makanan.....Alhamdulillah kalau pasal makan...semua bermurah hati....semoga semuanya akan bertambah murah rezeki...ameeen....


Pemudi harapan bangsa.....


Sebelum majlis bermula pelajar terlebih dulu dihimpunkan dalam perhimpunan pagi mcm biasa....emmmm tertangkap pulaklah budak 4 orang di atas ni...kerana membawa tepung...ni takde kerja lainlah selain niat nak menabur tepung...kononnya untuk majlian jamuan akhir tahun kelas mereka....selalunya....dolu...dolu yg buat kerja cam tu adalah budak lelaki...tapi lain pulak kali ni......baru tingkatan 2...dah pandai nak buat sesuatu yg tak elok......apalah nak jadi...

...

Khamis, November 12, 2009

Cerita Minggu Ini..

KURSUS SEMAK SEMULA P.PERAKAUNAN

Hari Isnin 10/11/09 hungga 11/11/09 yang baru ni saya telah mengikuti kursus anjuran JPNJ. Kursus Semak Semula Matapelajaran Prinsip Perakaunan. Fuh! nampak gaya next year kena berkampung kat makmal komputer kerana hampir keseluruhan topik memerlukan penggunaan TMK dalam P & P....

Kursus telah diadakan di Hotel Seri Pelangi, Muar.


Emmm dah hujung tahun ni ada pulak kursus yang tertinggal......tapi terpaksalah pergi demi kepentingan pelajar tersayang he...he...he...selebihnya nak keluar dari sekolah sehari dua sebab tension sangat...dan yang penting memang kena pergi sebab saya ni ketua panitia...ha...ha...

Bersama Norizah Karim (Ketua Bidang Teknik Vokasional SMK Dato' Penggawa Barat)
.......Muka monyok je sebab letih sangat dengar macam2 peringatan/nasihat/motivasi/tip2/dll....

Kepada cikgu Hamzah (SMK Sri Tanjung), terima kasih kerana menumpangkan saya dan rakan2 yang lain....lain kali bolehlah saya tumpang lagi...


******************************************************

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR


Pagi tadi telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2008 (kurikulum)/2009(Kokurikulum). Majlis bermula jam 10.00 dan berakhir jam 12.00 tengahari. Majlis berjalan begitu lancar.

Wah! kebanyakan pelajar yang menerima anugerah terdiri daripada pelajar perempuan! Dari segi akademik, hanya 3/14 pelajar lelaki yang menerima anugerah. Manakala kedua-dua tokoh kokurilum dan tokoh kepimpinan juga diterima oleh pelajar perempuan! mengapa ini terjadi...Bangunlah duhai anak bangsaku pemuda harapan negara...

***************************************

JAMUAN AKHIR TAHUN

Usai Majlis anugerah kami bergerak pula ke Kukup Golf Resort untuk Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009. Majlis bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang. Nampaknya majlis hari ini berjalan begitu lancar dan selesai lebih awal dari yang dijangkakan...

Bersama mantan pengetua Pn. Tan Moi Yan (baju purple)



Gambar ini pula bersama Kak Linda dan Kak Khadijah Daud (telah berpindah ke SMK Dato' Penggawa Barat). Wah! first time makan kat meja utama ...lauk pauk telah sedia terhidang..

Apapun...seronok sangat majlis hari ini..meriah dengan gelagat kak Zihan dan kak Jah Idris....hilanglah sikit sakit kepala yang kualami sejak sabtu lalu.....

Kepada rakan2 yang berpindah ke sekolah baru (Nurul Nadia ke SMK Pasir Gudang 3/ Ummi Salihah ke Keningau, Sabah/ Noma@Naisah ke Bentong, Pahang/ Norizan ke Temerloh, Pahang), jangan lupa kami di sini ya. Buat Wan Fauziah yang dah 12 kali minta pindah, bersabarlah dengan semua dugaan yang melanda semoga kesabaranmu dibalas dengan sejumlah kebaikan tak terduga...

******************************

Ahad, November 08, 2009

Tension...!

Aduhai...sakit kepalaku belum hilang lagi sejak semalam...mujur ada ubat kat rumah. So tak perlulah aku ke klinik untuk dapatkan ubat.....

Migrain....itulah yang kualami sejak semalam...sakitnya...masyaallah. Hanya Tuhan saja yang tahu...hinggakan aku tak boleh tidur lena... Kali terakhir aku kena migrain, mei lalu...kali ini....semuanya sebab cikgu sudin...tak payahlah kutulis kenapa...biarlah aku sendiri je yang tahu.....buat sakit hati aku jek...tak pe...akan kusimpan dalam hati.... Tuhan...tabahkan hatiku menempuh semua dugaan ini...

..

Khamis, November 05, 2009

Jawatan Baru

Wah! hari ni buat pertama kalinya aku balik lewat kerana tugas baru.....Sebenarnya aku dimaklumkan akan tugas baruku pada Sabtu (31 Oktober) lalu. Tapi aku seakan menidakkannya kerana masih tidak menerima surat hitam putih lagi...malah sampai saat ini pun aku tak terima surat perlantikan...Apapun...aku yang memang sedia berkhidmat ini tetap menerima tugas yang diamanahkan dengan rasa senang hati...kalau paksa diri nanti tak ikhlas pulak dan sudah tentu jadi tension dan stress.....so aku kenalah berfikiran rasional dan terbuka...

Sampai saat ini pun aku rasa tak layak untuk jawatan itu...siapalah aku...aku bukan pandai sangat dengan IT...tak pernah juga menghadiri kursus dalam bidang ni...tapi dah barisan pentadbir sekolah rasa aku boleh....maka akupun terpaksalah membolehkan diri meski telah kuberi pelbagai alasan yang agak munasabah....maka kuharap semua rakan seperjuangan...terima aku seadanya....

Tugas baruku...Guru Kanan Media dan Perpustakaan (aku tak pasti betul ke tidak...setahuku tidak ada perkataan 'kanan' dalam jawatan ini)...mula-mula kena buat Buku Panduan Guru 2010.....sebelum tu..barisan pentadbir mengagihkan tugasan untuk setiap guru...
Wah! tahulah aku bagaimana pengagihan tugas guru2 dilakukan selama ini...ho...ho...ho...tapi ini rahsia pentadbir...he..he...he...dan aku senyum je sepanjang menjalankan tugas baru ini (sebab aku teringat bagaimanalah agaknya keadaan mereka semasa nak beri aku tugasan tahun lepas...) selebihnya aku 'blur' tak tahu nak buat keputusan lagi..dan akhirnya aku jadi pencatat setia...

InsyaAllah...aku akan berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri dan mereka yang memerlukan...Semoga ALLAH memberkati segala usahaku...ameeen


...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...