Ahad, September 27, 2009

Gambar Sekitar Aidil Fitri 2009


Hakimi bersama teman sekolahnyanya Azim (anak kak Maznah)

Najiha dan Ahmad


Anis Saadah & Ahmad Huzairi


Beraya di rumah Kak Maznah..teman sekolah


Ahmad...


Dengan Anis (Kat Jurong West, S'pore)


Ahmad Huzairi




Annur Syazwani


Alya Nur Najiha


He..he..he...siapa lagi....tuan rumah ler....






SEKITAR KENDURI KESYUKURAN WAFA AFIQAH

Assalamualaikum...
Hari ini penat betullah... Ini kerana kakak saya yang ke3 telah mengadakan kenduri kesyukuran cucu pertama dari anak perempuan tunggalnya. Sekaligus jamuan rayalah...seronok...ramai saudara mara datang....


Dia akhir majlis dengan muka yang keletihan teramat sangat masih sempat berposing bersama
6 daripada 14 'cucunda'
Wafa Merenung Masa Depan...agaknyalah

Hai...nama saya Wafa Afiqah Binti Muhammad Fairuz. Hari ini 27 September 2009, saya baru 46 hari melihat dunia....bagaimanalah agaknya kehidupan saya nanti ya...


Dapat duit raya banyak ni...tidurlah..

Bestnya tidur...


so..cute


Abang ke 2 saya merangkap tukang masak...yang pakai songkok aji tu abang ipar saya merangkap ketua kendarat. Jemputan lelaki makan di balai yang disediakan... kaum wanita makan dalam rumah...


Sibuk angkat hidangan, berhenti posing sekejap..


Gosok jangan tak gosok..


Anak kecil main air... Aiman, Amir dan Hakimi tolong cuci gelas...umur baru 5/6 tahun... Najiha jadi mandur....Anis kat belakang tu sibuk petik buah kedondong

Antara tetamu yang hadir...menadah tangan...mengaminkan doa tanda kesyukuran.....amin..


Wafa dan Ibu....Khairunisak Mohd Khalid


Lepas doa....marhaban dulu...


Nah... Nasi beryani tak gam

Silalah menjamu selera...sedap tau...nampak je tak sedap tapi...emmm amat menyelerakan terutama daging masak kurma tu






Rabu, September 23, 2009

AIDIL FITRI 2009

Salam Aidil Fitri...
2009, Aidil Fitri tahun ini seperti 2 tahun lalu saya merayakannya dirumah kakak kedua saya di Pasir Ris, Singapura. Terpaksalah..kalau tidak saya akan bersendirian di rumah kerana kakak saya yang tinggal di sebelah rumah pulang beraya ke Selangor..


Blok 237 Pasir Ris, Street 21, Singapore.


Salah satu flat yang ada di Pasir Ris....Emmm macam kuih lapis plak....

Kesibukan menyiapkan juadah..hingga terlupa nak ambil gambar di pagi raya macam selalu.. Berbeza juadah di Singapura berbanding dengan tradisi orang Bugis di Johor. Saban tahun mesti ada burasak dan lepat lui, tapi di Singapura, juadah utama adalah lontong, sambal goreng dan rendang daging. Tiada ayam masak merah atau daging masak kicap jauh sekali ikan parang asam pedas kegemaranku...aduhai. Berbekal pengalaman 2 tahun lalu, maka pada tahun ini saya telah bersiap sedia membawa bekalan burasak, lepat lui dan ayam masak merah kegemaranku. Barulah puas rayaku...

Hari raya pertama, kami hanya di rumah kerana rumah abang ipar menjadi tumpuan anak2nya...maka dimasa terluang aku hanya menyendiri di dalam bilik menyiapkan tugas penandaan skrip jawapan pelajarku yang belum siap..Alhamdulillah siap juga satu paper perdagangan kutanda..untuk paper perakaunan, tanda di rumah saja nanti.

Raya kedua..kami ke Jurong West..beraya di apartment Cik Som..adik kepada abang iparku...seronok juga ramai2 naik van..







Raya ke 3...sebelum balik, singgah di Changi Airport. Konon nak beli kasut jenama 'crocs' yang dilelong di terminal 3, tapi malangnya saiz takde pulak. Yelah jualan penghabisan stok..kebanyakan saiz yang ada besar2 belaka.... tapi sempat jugak posing2 kat sana...




Kak Yah bersama anak, menantu dan cucu


Kak Yah bersama anak2nya...



Balik kampung... di Tambak Johor..lama tak lalu kat sini..selalu tu ikut secondlink(Tuas)jek..

..

Rabu, September 09, 2009

09/09/09

September 9, 2009
tarikh tak akan berulang
kenangan sepanjang zaman

suatu pagi yang indah
bahagia bila ada yang mengingati


sebenarnya takde story nak tulis...sekadar suka2 sebab tarikh hari ni sangat unik dan takkan berulang bila2 pun...

Sabtu, September 05, 2009

Sekadar renungan bersama……

Memang ALLAH sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA





10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM...

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.





9 Pembaziran Yg Sering Kita Lakukan...

"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
- Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
- Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
- Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
- Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
- Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
- Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
- Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
- Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.

- Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.


Wallahu'alam.

Semuga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan. Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...